Rabu, 26 Oktober 2011

Hati Dan Perasaan

Hiasan

Mungkin Tuhan sengaja mahu kita berjumpa dengan orang yang salah sebelum menemui insan yang betul supaya apabila kita akhirnya menemui insan yang betul, kita akan tahu bagaimana untuk bersyukur dengan nikmat pemberian dan hikmah di sebalik pemberian tersebut. Apabila salah satu pintu kebahagiaan tertutup, yang lain akan terbuka tapi lazimnya kita akan memandang pintu yang telah tertutup itu terlalu lama hinggakan kita tidak nampak pintu yang telahpun dibukakan untuk kita. 

Kawan yang paling baik ialah seseorang yang anda boleh duduk di dalam buaian dan berbuai bersama tanpa berkata apa-apa pun dan kemudian berjalan pulang dengan perasaan bahawa itulah perbualan yang paling hebat yang pernah dialami.Memang benar yang kita tidak akan tahu apa yang telah kita punyai sehinggalah kita kehilangannya dan juga benar bahawa kita tidak tahu apa yang kita rindukan sehinggalah 'ia' datang. 

Memberi seseorang seluruh cinta anda bukanlah satu kepastian yang mereka akan menyintai anda kembali! Jangan harapkan cinta sebagai balasan. Nantikan sahaja ia untuk mekar di dalam hati mereka tapi sekiranya ia tidak, pastikanlah ia terus mekar di dalam hati anda. Ia cuma mengambil masa seminit untuk jatuh hati pada seseorang, satu jam untuk menyukai seseorang, satu hari untuk menyintai seseorang tetapi ia mengambil masa sepanjang hidup untuk melupakan seseorang. 

Jangan pandang kepada kecantikan kerana boleh jadi ianya palsu. Jangan kejar kemewahan kerana ianya akan susut. Carilah seseorang yang membuatkan anda tersenyum kerana ia cuma memerlukan sekuntum senyuman untuk mencerahkan hari yang suram. Carilah yang membuatkan hati anda tersenyum. Akan tiba satu ketika di dalam kehidupan apabila anda teramatkan rindukan seseorang sehingga anda ingin menggapainya dari mimpi anda dan memeluknya dengan sebenar.Mimpilah apa yang ingin anda mimpikan, pergilah ke mana-mana yang ingin anda tujui dan jadilah apa yang anda inginkan kerana anda hanya memiliki satu kehidupan dan satu peluang untuk melakukan semua perkara yang ingin anda lakukan. 

Semoga anda memiliki kebahagiaan yang cukup untuk membuatkan diri anda menarik, percubaan yang cukup untuk membuatkan anda kuat, kesedihan yang cukup untuk memastikan anda adalah seorang insan dan harapan yang cukup untuk membuatkan anda bahagia. Selalu bayangkan diri anda di dalam kasut seseorang. Jika anda rasa ianya menyakitkan anda, fikirlah ia mungkin menyakitkan orang lain juga. 

Kebahagiaan seseorang manusia tidak semestinya dalam memiliki segala yang terbaik. Mereka hanya membuat yang terbaik dalam hampir apa saja yang datang di dalam perjalanan hidup mereka. Kebahagiaan terletak kepada mereka yang menangis, mereka yang terluka, mereka yang telah mencari dan mereka yang telah mencuba. Hanya mereka yang boleh menghargai kepentingan manusia yang telah menyentuh hidup mereka. Cinta bermula dengan senyuman, mekar dengan ciuman dan berakhir dengan tangisan. 

Masa depan yang cerah sentiasa berteraskan kehidupan yang lalu yang telah dilupakan. Anda tidak boleh meneruskan kehidupan dengan sempurna sehingga anda melupakan kegagalan dan kekecewaan masa silam. 

Semasa anda dilahirkan, anda menangis dan orang di sekeliling anda tersenyum. Teruskanlah hidup anda supaya apabila anda mati nanti, andalah yang akan tersenyum dan orang sekeliling anda pula yang akan menangis


Sabtu, 22 Oktober 2011

Lapan Petanda Dia Adalah Jodoh Kamu

Hiasan

Dua manusia yang merasa saling berjodoh pasti memiliki ikatan emosional, spiritual dan fizikal antara keduanya. Hanya dengan menatap mata atau mendengar suaranya, kita akan merasakan getaran dan seolah ingin terus bersamanya. Benarkah seperti itu? Lalu, apakah ada petanda lainnya agar seseorang dapat merasakan bahawa si dia jodoh (soulmate) kita atau bukan?

 Pertama - Rahsia sepasang kekasih agar dapat memiliki usia hubungan yang panjang adalah dengan adanya saling kerjasama. Kamu dan dia selalu dapat saling membantu, dalam urusan remeh atau besar. Paling penting adalah kamu berdua selalu dapat melalui segala aspek kehidupan secara bersama- sama. Dan semuanya terasa amat menyenangkan meskipun tanpa harus melibatkan orang lain. Apakah kamu sudah merasakan perkara tersebut? Jika ya, selamat... kerana ada harapan bahawa dia adalah calon pendamping hidup kamu!

 Kedua - Salah satu kriteria yang menentukan sesuai atau tidaknya dia sebagai jodoh kamu atau bukan adalah kemampuannya bersikap bersahaja di depan kamu. Cuba sekarang perhatikan, apakah gerak-gerinya, caranya berpakaian, gaya rambutnya, caranya berbicara serta tertawanya mengesankan apa adanya? Apakah setiap ucapannya selalu tampak spontan dan tidak dibuat- buat? Jika tidak, maaf kemungkinan besar dia bukan jodoh kamu!

 Ketiga - Adanya deria batiniah membuat hati kamu berdua dapat selalu saling tahu. Dan bila kamu atau si dia dapat saling membaca fikiran dan menduga reaksi serta perasaannya satu sama lainnya pada situasi tertentu. Selamat! Sebenarnya dialah destini kebahagiaan kamu...

 Keempat - Bersamanya dapat membuat perasaan kamu menjadi tenang, selesa dan tanpa perasaan tertekan. Berjam-jam bersamanya, setiap waktu dan setiap hari tanpa membuat kamu merasa bosan... Inilah petanda bahawa kamu berdua kelak akan saling terikat.

 Kelima - Dia selalu ada untuk kamu dalam situasi apapun. Dan dia selalu dapat memahami situasi dalam hati kamu baik dalam suka dan duka. Percayalah pasangan yang berjodoh pasti tak takut mengalami pasang-surut, suka-duka saat bersama. Sekarang, ingat-ingat kembali. Apakah dia orang pertama yang datang memberi bantuan tatkala kamu dirundung musibah? Dia selalu faham saat emosi kamu terganggu? Dia tahu keadaan waktu anda sakit? Jika ya, tak salah lagi. Dialah orangnya...

 Keenam - Dia tak terlalu peduli dengan masa lalu keluarga kamu, dia tak peduli dengan masa lalu kamu saat bersama kekasih terdahulu. Dia juga tak malu- malu menceritakan masa lalunya... Nah, kalau begitu ini bisa berarti dia sudah siap menerima kamu apa adanya..

 Ketujuh - Setiap orang pasti memiliki kekurangan, dan kamu tak malu-malu perlihatkannya pada si dia. Bahkan pada saat kamu tampil 'buruk' di depannya sekalipun, misalnya saat kamu bangun tidur atau saat kamu sakit dan tak mandi selama dua hari. Ataupun menceritakan sejujurnya kepada kamu tentang kelemahan dan kekurangannya... Nah! Kamu dan dia memangnya disuratkan untuk bersama!

 Kelapan - Bila merasa rahsia kamu bisa lebih selamat di tangannya daripada di tangan sahabat-sahabat kamu yang lain. Atau kamu merasa sudah tak dapat lagi menyimpan rahsia apapun darinya, maka berbahagialah! Kerana ini bererti pasangan sejati telah kamu temukan! Apakah kelapan petanda di atas telah kamu temukan padanya?

 Nota: "Manusia Hawa diciptakan dari rusuk manusia Adam,bukan dari kepalanya utk dijunjung diatasnya, bukan pula dari kakinya untuk dijadikan alasnya, tetapi disisinya untuk dijadikan teman hidupnya, dekat pada lengannya utk dilindungi & dekat dihatinya utk dicintai".

http://virtualfriends.net

Sabtu, 15 Oktober 2011

Malaysian Festival Motorsikal 2011



Diantara gambar-gambar yang sempat dirakam  di Malaysian Festival Motorsikal yang diadakan dari 14-16hb. Oktober 2011 bertempat di Tapak Bazarena Stadium Shah Alam. Banyak aktiviti menarik disana. 






Rabu, 12 Oktober 2011

Perkara Yang Tidak Boleh Dibincang Dengan Lelaki

Bukan senang hendak membina hubungan yang bahagia. Banyak perkara yang mesti kita buat. Termasuk dalam perkara ini, adalah soal apa yang harus dan tidak harus diceritakan pada pasangan kita. Perkara ini semua akan menyusahkan diri orang juga.

Apakah perkara-perkara tersebut?....bacalah dibawah

1. Jangan cerita tentang lelaki lain yang dalam diam-diam mencintai anda.

2. Membenci ibunya. Pantang baki lelaki membenci ibunya.

3. Cerita tentang kecurangan yang anda buat dibelakang lelaki itu.

4. Jangan juga cerita tentang keburukan kawan baik lelaki itu. Kawan itu penting bagi mereka.
.
5. Jangan membuat perbandingan dia dahulu dengan sekarang, lagi-lagi tentang kegagahannya. Buruk padanya.

6. Jangan buat dia patah semangat terhadap pekerjaan yang dia lakukan. Sebaliknya cubalah membantu.

7. Bercerai memang satu perkataan yang lelaki tidak boleh dengar. Eloklah dihindarkan.

8. Kalau pendapatan anda melebihi pendapatan dia. Janganlah nak diperbesarkan. Semua itu akan menyinggung perasaan dia.

9. Bila jumpa dengan teman lelaki lama. Tidak perlulah terlalu ghairah dan janganlah diceritakan perasaan tu kat dia. Benda itu bukan lama.

..berfikir dahulu sebelum membuat sesuatu..Wasalam...

Selasa, 11 Oktober 2011

Perasaan Wanita Terhadap Lelaki

Hargailah Wanita

1. Bila seorang wanita mengatakan dia sedang bersedih, tetapi dia tidak menitiskan airmata, itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.

2. Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya, lebih baik kamu beri dia masa utk menenangkan hatinya semula sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf.

3. Wanita sukar nak cari benda yang dia benci tentang orang yang paling dia sayang (sebab itu ramai wanita yang patah hati bila hubungan itu putus di tengah jalan).

4. Sekiranya sorang wanita jatuh cinta dengan sorang lelaki, lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain.

5. Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya, dia akan cair seperti coklat!!

6.Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu tidak tau macam mana nak menerima pujian.

7. Jika kamu tidak suka dengan gadis yang sukakan kamu separuh mati, tolak cintanya dengan lembut, jangan berkasar sebab ada satu semangat dalam diri wanita yang kamu tak akan tahu bila dia dah buat keputusan, dia akan lakukan apa saja.

8. Sekiranya sorang gadis mula menjauhkan diri darimu selepas kamu tolak cintanya, biarkan dia untuk seketika. Sekiranya kamu masih ingin menganggap dia sorang kawan, cubalah tegur dia perlahan-lahan.

9. Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa. Muzik,puisi,lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.

10. Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka ni lansung tak berguna.

11. Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.

12. Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan respon positif, misalnya menghubunginya melalui telefon, si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat, tetapi sebaik saja ganggang diletakkan, dia akan menjerit kesukaan dan tak sampai sepuluh minit, semua rakan-rakannya akan tahu berita tersebut.

13. Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi wanita. Jadi jangan senyum sebarangan.

14. Jika kamu menyukai sorang wanita, cubalah mulakan dengan persahabatan. Kemudian biarkan dia mengenalimu dengan lebih mendalam.

15. Jika sorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak keluar, tinggalkan dia sebab dia memang tak berminat denganmu.

16. Tetapi jika dalam masa yang sama dia menghubungimu atau menunggu panggilan darimu, teruskan usahamu untuk memikatnya.

17. Jangan sesekali mengagak apa yang dirasakannya.Tanya dia sendiri!!

18. Selepas sorang gadis jatuh cinta, dia akan sering tertanya-tanya kenapalah aku tak jumpa lelaki ini lebih awal.

19. Kalau kamu masih tercari-cari cara yang paling romantik untuk memikat hati sorang gadis, cubalah rajin-rajinkan tangan menyelak buku-buku cinta.

20. Bila setiap kali gambar kelas keluar, benda pertama yang dicari oleh wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya, kemudian barulah dirinya sendiri.

21. Bekas teman lelaki akan sentiasa ada di fikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berada di tempat teristimewa iaitu di hatinya!!

22. Satu ucapan 'Hi/Assalamualaikum' sahaja sudah cukup menceriakan harinya.

23. Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui.

24. Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata nak tackle kawan mereka yang paling cantik.

25.Cinta bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur dan kebahagiaan tanpa sebarang kompromi.

26. Semua wanita mahukan sorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati..

27.Senjata wanita adalah airmata!!

28. Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya mengadakan surprise buatnya (hadiah,bunga atau sekadar kad ucapan romantis). Mereka akan rasa terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati. Dengan ini dia tak akan ragu-ragu terhadapmu.

29. Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil berat tentang mereka dan baik terhadapnya. So,kalau nak memikat wanita pandai-pandailah...

30. Sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana apa yang dia mahu hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa.

Note: tidak semestinya 30 perkara diatas semuanya wujud dalam diri setiap wanita..tapi zaman sekarang ni lelaki pun ramai yang 'apply' perkara-perkara diatas tu .

Jumaat, 7 Oktober 2011

Ungkapan-Ungkapan Cinta

Sekadar Hiasan

1. Jangan tertarik kepada seseorang kerana parasnya sebab keelokan paras dapat menyesatkan. Jangan pula tertarik kepada kekayaannya kerana kekayaan dapat musnah. Tertariklah kepada seseorang yang dapat membuatmu tersenyum, karena hanya senyum yang dapat membuat hari-hari yang gelap menjadi cerah. Semoga kamu menemukan orang seperti itu.

2. Bermimpilah tentang apa yang ingin kamu impikan pergilah ke tempat-tempat kamu ingin pergi. Jadilah seperti yang kamu inginkan, karena kamu hanya memiliki satu kehidupan dan satu kesempatan untuk melakukan hal-hal yang ingin kamu lakukan.

3. Ketika satu pintu kebahagiaan tertutup, pintu yang lain dibukakan. Tetapi acap kali kita terpaku terlalu lama pada pintu yang tertutup sehingga tidak melihat pintu lain yang dibukakan bagi kita.

4. Sahabat terbaik adalah dia yang dapat duduk berayun-ayun di beranda bersamamu, tanpa mengucapkan sepatah katapun , dan kemudian kamu meninggalkannya dengan perasaan telah bercakap-cakap lama dengannya.

5. Sungguh benar bahawa kita tidak tahu apa yang kita miliki sampai kita kehilangannya, tetapi sungguh benar pula bahawa kita tidak tahu apa yang belum pernah kita miliki sampai kita mendapatkannya.

6. Pandanglah segala sesuatu dari kacamata orang lain. Apabila hal itu menyakitkan hatimu, sangat mungkin hal itu menyakitkan hari orang lain pula.

7. Awal dari cinta adalah membiarkan orang yang kita cintai menjadi dirinya sendiri, dan tidak merubahnya menjadi gambaran yang kita inginkan. Jika tidak, kita hanya mencintai pantulan diri sendiri yang kita temukan di dalam dia.

8. Orang-orang yang paling berbahagiapun tidak selalu memiliki hal-hal terbaik, mereka hanya berusaha menjadikan yang terbaik dari setiap hal yang hadir dalam hidupnya.

9. Mungkin Tuhan menginginkan kita bertemu dengan beberapa orang yang salah sebelum bertemu dengan orang yang tepat, kita harus mengerti bagaimana berterimakasih atas karunia itu.

10. Hanya diperlukan waktu seminit untuk menaksir seseorang, sejam untuk menyukai seseorang dan sehari untuk mencintai seseorang, tetapi diperlukan waktu seumur hidup untuk melupakan seseorang.

11. Kebahagiaan tersedia bagi mereka yang menangis, mereka yang disakiti hatinya, mereka yang mencari dan mereka yang mencuba. Kerana hanya mereka itulah yang menghargai pentingnya orang-orang yang pernah hadir dalam hidup mereka.

12. Cinta datang kepada mereka yang masih berharap sekalipun pernah dikecewakan, kepada mereka yang masih percaya sekalipun pernah dikhianati, kepada mereka yang masih mencintai sekalipun pernah disakiti hatinya.

13. Sungguh menyakitkan mencintai seseorang yang tidak mencintaimu, tetapi lebih menyakitkan adalah mencintai seseorang dan tidak pernah memiliki keberanian untuk mengutarakan cintamu kepadanya.

14. Jangan pernah mengucapkan selamat tinggal jika kamu masih mahu mencuba, jangan pernah menyerah jika kamu masih merasa sanggup, jangan pernah mengatakan kamu tidak mencintainya lagi jika kamu masih tidak dapat melupakannya.

15. Memberikan seluruh cintamu kepada seseorang bukanlah jaminan dia akan membalas cintamu. Jangan mengharapkan balasan cinta, tunggulah sampai cinta berkembang di hatinya, tetapi jika tidak, berbahagialah karena cinta tumbuh di hatimu.

23. Ada hal-hal yang sangat ingin kamu dengar tetapi tidak akan pernah kamu dengar dari orang yang kamu harapkan untuk mengatakannya. Namun demikian, janganlah menulikan telinga untuk mendengar dari orang yang mengatakannya dengan sepenuh hati.

24. Waktu kamu lahir, kamu menangis dan orang-orang disekelilingmu tersenyum. Jalanilah hidupmu sehingga pada waktu kamu meninggal, kamu tersenyum dan orang-orang di sekelilingmu menangis.


Wassalam...

Khamis, 6 Oktober 2011

Selamat Menduduki Peperiksaan PMR 2011



Rehat Seketika Elak Tekanan

“APABILA calon asyik memikirkan peperiksaan, mahu tidak mahu mereka akan rasa berdebar dan bimbang.

“Ini kerana mereka bimbang jika tidak dapat menjawab soalan dengan baik. Apa yang perlu dilakukan ialah me rehatkan minda buat seketika dengan melakukan sesuatu yang boleh mengalihkan perhatian.

“Contohnya, bersukan yang tidak terlalu berat, berjalan di taman atau di kawasan perumahan, menonton televisyen dan bermain permainan video.

“Namun, ini hanya untuk mengalihkan perhatian buat seketika. Elak daripada melakukan semua aktiviti ini terlalu lama hingga hilang masa untuk belajar dan mengulangkaji,” kata pengendali program motivasi, Osman Affan.

Dia tidak menafikan, debaran yang semakin rancak setiap hari itu boleh mengganggu persediaan yang dijalankan.

“Jika anda sedang membuat persiapan terakhir untuk peperiksaan dan mula berasa resah, gelisah, tidak tenteram dan tak boleh menumpukan perhatian, mohonlah bantuan ibu bapa serta keluarga.

“Mereka paling rapat dengan anak dan ingin melihat anak berjaya dalam peperiksaan, seterusnya masa depan ma sing-masing.

“Bantuan apakah yang perlu diminta? Ini terpulang kepada situasi anda. Jika anda menghadapi masalah belajar kerana adik-beradik suka membuat bising, minta kerjasama supaya mereka tidak mengganggu. Minta ibu bapa jelaskan kepada adik-beradik daripada menambahkan bebanan yang sedang ditanggung.

“Jika ada ibu bapa menyuruh anda melakukan perkara itu dan ini menjelang peperiksaan, terangkan dengan baik yang anda sedang bersedia menghadapi peperiksaan. Anda per lukan lebih masa untuk belajar dan mengulang kaji,” ka tanya.

Untuk mereka yang mengalami tekanan perasaan, luangkan masa berbual-bual dengan ibu bapa dan ahli keluarga tanpa berbicara mengenai peperiksaan kerana ia akan menam bahkan resah.

“Selain itu, dalam kesungguhan untuk mendapat keputusan baik, ada pelajar yang terlupa untuk berehat dan ada yang mula mengabaikan masa tidur. Belajar hingga lewat malam menunjukkan seseorang pelajar itu bekerja keras dan bakal berjaya sebenarnya satu tanggapan salah,” katanya.

Dia turut mengingatkan calon bahawa aset utama pelajar ialah otak mereka. Mereka perlukan otak dalam keadaan segar dan cergas untuk mengingati serta memahami pelajaran.

“Namun, jika otak dalam keadaan letih dan lesu akibat kurang rehat serta tidur, bagaimana proses ulangkaji menjadi sesuatu yang berkesan? Bayangkan pelumba kereta yang mahu berlumba dengan kereta yang rosak. Bolehkah dia menang?” katanya yang mengendalikan motivasinya menerusi www.MotivasiBelajar.com.

Osman turut menyarankan waktu tidur awal manakala waktu terbaik adalah sebelum jam 12 tengah malam dan sebaik-baiknya antara jam 10 hingga 11 malam.

Namun, calon peperiksaan disarankan bangun awal ke esokan harinya untuk menyambung belajar. Ini akan mem buat otak lebih segar dan bertenaga sekali gus lebih mudah untuk mengingati pelajaran.

Berikut panduan yang boleh dimanfaatkan oleh calon peperiksaan dan ahli keluarga mereka:
  • Yakinkan anak jika cukup tidur dan rehat, mereka rasa selesa semasa belajar. Selain itu, ibu bapa harus berikan bantuan dengan menimbulkan rasa yakin anak boleh meng hadapi peperiksaan dengan baik.
  • Sebagai ibu bapa, hentikan membebel dan menyuruh anak belajar setiap masa. Ini berlaku kerana ibu bapa sendiri yang rasa berdebar dan bimbang, sama seperti anak mereka yang bakal menghadapi peperiksaan.

Akibatnya, ibu bapa mudah melepaskan rasa berdebar itu dengan leteran pada anak.
  • Elakkan daripada terlalu mengingatkan anak mengenai peperiksaan kerana anak mempunyai cara mereka tersen diri.
  • Sebagai ibu bapa, bantu anak menyediakan apa yang mereka perlukan seperti tempat belajar selesa, alat tulis dan buku.

Elakkan daripada cuba membantu dengan mengingatkan mereka mengenai peperiksaan setiap masa. Semakin banyak anda bercerita mengenai peperiksaan, semakin kuat tekanan perasaan yang mereka alami.
  • Tanya anak-anak secara bersahaja mengenai persiapan mereka. Anda cuma perlu senyum dan tanya, “Macam mana dengan persiapan? Ok ke tidak?” Elakkan daripada me nunjukkan anda resah dan berdebar kerana ia akan membuat keadaan mereka lebih teruk.
  • Menjelang peperiksaan, ibu bapa perlu kurangkan ber ceramah mengenai kepentingan mendapat keputusan pe periksaan yang baik. Anak-anak sudah tahu perkara itu.

Mereka sudah diingatkan sepanjang tahun di rumah dan di sekolah. Semasa makan bersama, anak-anak yang sibuk belajar perlukan masa untuk melegakan fikiran mereka.
  • Selain itu, jangan asyik berceramah mengenai kesan buruk jika keputusan tidak baik. Ini juga boleh membuatkan mereka lebih tertekan.
  • Dalam program pecutan akhir menjelang peperiksaan, satu perkara yang amat dititikberatkan ialah rasa tenang semasa menghadapi peperiksaan.

Perasaan tenang boleh membuat pelajar rasa lebih selesa dan mudah ingat apa saja yang sudah dipelajari. Satu cara paling mudah untuk menenangkan hati dan perasaan ialah melalui doa.
  • Berdoa, bayangkan apa yang diminta menjadi kenyataan. Selepas solat bersama keluarga, bapa atau imam berdoa dengan kuat (supaya boleh didengar dengan jelas oleh makmum) dengan memohon ketenangan hati dan keupayaan untuk mencapai kejayaan.

Jika boleh, berdoa dalam bahasa ibunda supaya apa yang didoakan difahami oleh sesiapa yang didoakan itu. Ini pasti akan menambahkan rasa tenang di dalam hati.


Pesanan Berguna Dalam Melayari Kehidupan

Gambar Hiasan

1. Senyum itu tanda kemesraan, diberi kepada manusia dianggap sedekah. Ketawa itu lambang kelalaian. Selalu dilakukan hati akan mati. Dibuat di hadapan manusia menghilangkan maruah diri.

2. Setiap kesalahan yang dilakukan jadikanlah pengajaran, insaflah ini tanda kelemahan diri, kesalilah keterlanjuran itu dan berazamlah tidak mengulanginya lagi.

3. Syukur nikmat dan sabar di dalam ujian amat mudah diucapkan tetapi amat sulit dilaksanakan.

4. Kesenangan dan kemewahan selalunya membawa kepada kesombongan dan kelalaian. Kesusahan dan penderitaan itu, selalunya membawa kekecewaan dan putus asa, kecuali orang yang mukmin.

5. Di antara tanda-tanda orang-orang yang sombong itu cepat melahirkan sifat marah, suka memotong percakapan orang, suka bermujadalah yakni bertegang leher, nampak di mukanya rasa tidak senang jika ada orang yang lebih darinya di satu majlis, bercakap meninggikan suara, pantang ditegur, tidak ada tanda-tanda kesal di atas kesalahan.

6. Orang yang sudah hilang sifat marah - dayus, cepat melahirkan sifat marah - lemah mujahadah. Orang yang ada sifat marah tapi dapat disembunyikan kecuali di tempat-tempat yang munasabah inilah manusia normal.

7. Tahu diri kita hamba itu adalah ilmu, merasa diri kita itu hamba itu penghayatan, yang kedua inilah akan lahir sifat tawaduk, malu, khusyuk, takut, hina dan lain-lain lagi sifat kehambaan.

8. Jika kita mengingati dosa, kita tidak nampak lagi kebaikan kita, apatah lagi untuk dibanggakan.

9. Lahirkan kemesraan kita sesama manusia kerana itu adalah haknya tapi jangan putus hati kita dengan Allah, ini adalah hakNya pula.

10. Apabila rasa senang dengan pujian, rasa sakit dengan kehinaan menunjukkan kita ada kepentingan peribadi, tanda kita tidak ikhlas membuat kebaikan.

renung2kanlah.....