1. Sentiasa tersenyum dan jangan bersikap sombong apabila
berinteraksi dengan mereka.
2. Pandai memasak adalah ciri-ciri utama mengapa
lelaki mudah terpikat dengan anda.
3. Berpewatakan menarik mampu menarik minat
mereka.
4. Jujur dan sentiasa merendah diri.
5. Lakukan apa yang dia suka dan jangan lakukan
apa yang dia tidak suka.
6. Mempunyai bentuk badan yang menarik (terpulang
kepada individu).
7. Mempunyai tingkah laku yang baik dan lemah
lembut.
8. Pandai dalam memainkan peranan sebagai seorang
wanita ketika berada di samping lelaki yang anda minati.
9. Jangan terlalu mengongkong.
10. Ketika berinteraksi dengan mereka jangan lupa
gunakan bahasa tubuh yang anda ketahui seperti mata dan tangan.
11. Jaga cara pemakaian anda, seksi atau tidak
terpulang kepada lelaki yang anda minati.
12. Sering memberikan kad ucapan buat si dia yang
kamu minati untuk 'plan' pertama memikat dirinya.
13. Lelaki sukakan wanita yang suka berterus
terang tanpa menyembunyikan sesuatu.
14. Apabila berhadapan dengan lelaki yang kamu
minati, renungi matanya dan tunjukkan sifat humor kamu. Ini adalah taktik untuk
memberitahu si dia bahawa kamu boleh didekati tetapi bukan bererti kamu ini
perempuan murahan dan mudah didekati.
15. Jangan bersikap selalu jual mahal apabila
berada bersama mereka.
16. Bijak menyesuaikan diri dalam apa jua keadaan.
17. Tidak mudah putus asa dan sentiasa berdiri di
atas kaki sendiri tanpa meminta pertolongan dari orang lain.
18. Jangan suka bercakap benda yang tidak
berfaedah ketika bercakap dengan mereka.
19. Jangan bandingkan 'dia' dengan lelaki-lelaki
yang pernah kamu kenali.
20. Menjadi temannya ketika dia susah dan senang.
21. Lelaki suka kamu menjadi pendengar yang setia
dan tidak suka wanita yang suka membangkang.
22. Yang paling penting lelaki suka dimanjai
dengan belaian dan kata-kata yang romantik.
23. Bunyi derapan kasut ketika berjalan juga mampu
menarik perhatian lelaki.
24. Lelaki tidak suka jika kamu memakai mekap yang
terlalu tebal.
25. Mengetahui bila hari lahirnya.
26. Menghormati dirinya, keluarga dan teman-teman
yang rapat dengannya.
27. Bersikap matang dalam tutur-kata dan tingkah
laku. Lelaki tidak suka wanita yang bersikap terlalu kebudak-budakan.
28. Agresif.
29. Jangan terlalu 'excited' ketika bertemu dan
berbual dengannya. Contohnya berbual terlalu lama di telefon untuk perkenalan
pertama.
30. Jangan terlalu bersikap 'kelakian' dan ganas
dalam pergaulan.
31. Jangan terlalu menunjukkan bahawa kamu ini
terlalu baik dan 'perfect'.
32. Jangan perasan bahawa kamu ini mempunyai paras
rupa yang jelita.
33. Sentiasa memegang prinsip sederhana dan tidak
boros di dalam perbelanjaan.
34. Bersikap keibuan adalah antara tips yang perlu
kamu titik beratkan.
35. Sentiasa bercakap lembut dengan mereka.
36. Ketahuilah mereka ini adalah golongan yang
terlalu sensitif dan suka akan kelembutan apatah lagi dari seorang gadis.
37. Kenali siapa dirinya sebenarnya sebelum kamu
memulakan langkah untuk memikat.
38. Lelaki sukakan wanita yang suka menjaga kulit.
Jangan biarkan wajah kamu dipenuhi jerawat batu!
39. Aset penting bagi kamu untuk memikat lelaki
adalah mata, punggung dan gaya langkah kamu yang kemas.
40. Jangan bersikap terlalu kuno.
41. Bertanya khabar sekurang-kurangnya dua kali
seminggu agar tali persahabatan kamu dengannya tidak putus begitu sahaja.
Mungkin suatu hari nanti sikap kamu yang terlalu mengambil berat mampu menarik
perhatiannya.
42. Usia dan bentuk badan bukan menjadi ukuran
yang penting tetapi kecerdikan, kejujuran dan tingkah laku yang
bersopan-santun.
43. Lelaki sukakan seorang wanita yang beriman dan
beragama namun begitu kamu tidaklah perlu terlalu alim.
44. Menunjukkan bahawa kamu bukanlah seorang gadis
yang mudah dipermainkan.
45. Jangan terlalu merengek dan mengada-ngada.
46. Jangan tunjukkan kelemahan kamu ketika berada
di samping lelaki yang kamu minati.
47. Lelaki sukakan wanita yang bijaksana dan
matang serta mudah diajak berbincang.
48. Berjaya di dalam apa jua bidang yang kamu
ceburi.
49. Tidak terlalu meminta dan jaga tata tertib
kamu di meja makan.
50. Jangan terlalu over nanti lelaki akan meluat
pula dengan kamu!
Wallahualam.....