Sabtu, 28 Januari 2012

Apa yang Orang Bujang Mesti Tahu Tentang Kos Kahwin ?

Hiasan

Anda tahu perkahwinan tu yang paling penting adalah ijab, qabul, anda, pasangan anda, saksi dan wali. Err… dan juga sijil pra-perkahwinan dan ujian HIV.
Maskahwin boleh hutang tapi siapa berhutang janganlah bernafsu sangat untuk sentuh-sentuh anak dara orang oooi …
Mengadakan kenduri kahwin adalah perkara yang sangat dianjurkan sekalipun hanya dengan menyembelih seekor kambing. Tetapi budaya di Malaysia, susahlah nak cukup dengan perkara macam tu sahaja.
Mari kita lihat apa yang perlu anda sediakan beserta ongkosnya sekali.
(Ini adalah kos anggaran untuk kebanyakan daripada kita. Status Siti Nurhaliza tidak masuk ya.)

Kos # 1 - Maskahwin
Ini kena rujuk negeri sebelah perempuan. Walaupun nilainya (dari sudut kos) rendah, tapi kalau anda terlupa sediakan susah juga tu. Kalau berhutang, isteri ada hak kata, “Nehi kanda…!” bila anda cuba usik-mengusik.

Kos # 2 - Duit Hantaran
Ini bergantung kepada keluarga. Tetapi pengalaman saya apabila mengadakan seminar-seminar keusahawanan di universiti, bila ditanya isu ini, paling sikit siswi-siswi ni minta wang hantaran adalah RM 10,000. Level Diploma pun diorang dah mintak begitu tau sekarang.
Ada juga keluarga ikut nilai hantaran seperti mana yang telah ditetapkan sebelum ini macam perkahwinan kakak / adik perempuan sebelum ini.
Duit hantaran ini ada keluarga jadikan ia duit belanja hangus. Ia digunakan untuk kos kenduri.
Ada juga keluarga yang berikan semua kepada pengantin perempuan.

Kos # 3 - Barang kemas seperti cincin perkahwinan dan lain-lain.
Kosnya berubah-ubah mengikut harga pasaran emas. Siapa yang melangsungkan perkahwinan waktu harga emas tengah tinggi nasib lah.
Sediakan lah sekitar RM 3,000 - RM 5,000

Kos # 4 - Barang hantaran lain
Kasut. Baju. Kek. Buah. Telekung. al-Quran. Sirih. Coklat. Standard lah tuh.
Yang tak ikut standard adalah seperti handphone, PS3, laptop.
Sediakan lah sekitar RM 1,000 untuk barang hantaran standard.
Itu belum campur kos buat perhiasan barang hantaran.

Kos # 5 - Baju nikah
Selalunya baju ini ditempah. Boleh pakai masa hari raya yang pertama sebagai suami isteri.
Baju lelaki selalunya lebih murah dari baju perempuan.
RM 200 - RM 600.

Kos # 6 - Baju Bersanding / Baju Pengantin
Baju ini selalunya disewa. Cukup-cukuplah tu jadi raja. Kita layak jadi raja sehari je. Baju tu tak pakai dah di waktu lain melainkan anda mengidam nak bernikah lagi.
RM 1,000 - RM 2,500.

Kos # 7 - Mekap
Selalunya dipakejkan dengan set baju pengantin. Tetapi masih boleh dapatkan secara berasingan.
RM 200 - RM 500.

Kos # 8 - Set Pelamin
Selalunya dipakejkan bersama set baju pengantin dan mekap. Tetapi masih boleh dapatkan secara berasingan.
RM 500 - RM 1000.

Kos # 9 - Jurugambar
Takkan lah nak suruh jurugambar biasa-biasa ambil kan gambar untuk anda. Ini hari istimewa anda bukan ?
RM 1000 - RM 3000

Kos # 10 - Duit untuk jurunikah dan saksi
Perkahwinan di Selangor ada duit yang perlu anda bayar kepada jurunikah dan para saksi. Sila rujuk ke pejabat agama negeri masing-masing.
Kos sekitar RM 150.

Kos # 11 Kad Jemputan
Ada yang murah dan ada yang mahal. Paling murah photostat sendiri. Ada orang kisah kita jemput guna sms, email dan website. Ada orang yang tidak. Mahu kad juga.
Kalau satu kad RM 0.50 / kad dan kalau jemputannya dah 1000 orang ?
Style sekarang selalunya dibuat sekali untuk kedua-dua pihak.
RM 500 - RM 3,000


Ini adalah kos yang selalunya ditanggung oleh pengantin sahaja dan tidak membabitkan keluarga. Jumlahnya (mengikut anggaran kos terendah) adalah

RM 17,550
Dan berikut adalah kos yang selalunya ditanggung bersama oleh keluarga (tidak semestinya). Jadi kalau ibu bapa minta anda bayar kan juga, kena lah bayar juga. Kan ini kenduri untuk anda.

Kos # 12 Duit khemah / Sewa dewan
Untuk pihak perempuan yang gunakan konsep belanja hangus, ia akan ditanggung sebahagian oleh duit hantaran.
Sewa khemah adalah lebih murah dari menyewa dewan. Tapi tak semua orang ada halaman rumah yang sesuai untuk kenduri.
RM 2,500 - RM 10,000

Kos # 13 Duit makan kenduri
Untuk pihak perempuan yang gunakan konsep belanja hangus, ia akan ditanggung sebahagian oleh duit hantaran.
Masak sendiri adalah lebih murah dari catering. Tetapi lebih banyak guna tenaga kerja.
Kalau di kawasan lembah Klang dapat catering menawarkan RM 10 / kepala dah cukup rendah dah tu.
RM 10,000 - RM 20,000

Kos # 14 Bilik pengantin
Katil. Cadar. Tilam. Almari. Langsir.
Ada keluarga yang dah ada “bilik pengantin” khas. Jadi, selagi mana tiada pasangan adik-beradik lain yang akan berkahwin, maka “pengantin baru” akan menghuni di situ.
Yang kena beli semua, ingat murah ka?
RM 1,500 - RM 5,000.

Kos # 15 Doorgift
Gula-gula. Telur. Sapu tangan. Apa - apa lah.
Walaupun kosnya barangkali cuma RM 1 / item tapi kalau dah tetamunya mencecah 1000 orang ? Untuk sedara lagi. Untuk keluarga sebelah sana lagi.
RM 1000 - RM 3000.

Kos # 16 Untuk bertandang ke rumah pihak satu lagi
Kalau dekat, satu kampung ok lah. Kalau perlu merentas beberapa negeri ?
Duit minyak. Duit Tol. Duit hotel / homestay. Duit makan.
Anda minta saudara anda meriahkan majlis anda, tapi bukan semua mereka ada kereta sendiri dan cukup wang untuk menemani anda kalau tidak disediakan duitnya. Itu yang kadang-kadang mereka “menolak” pelawaan anda.
Ia berbeza mengikut lokasi.
Sediakan lah RM 500 sebagai jumlah minima.

Kos # 17 Contigency
Adakalanya duit yang digunakan terlebih dari belanjawan asal.
Sediakan lah sekitar 5 - 10% dari jumlah belanjawan yang asal.
Dalam pengiraan kita ini, RM 3000.
Jadi, kos yang pada kebiasaannya ditanggung oleh pengantin
RM 17,550 (jangan lupa tolak nilai duit hantaran bagi pengantin perempuan)
Dan, kos yang boleh bincang dengan keluarga
RM 15,500

Dan, kos untuk kecemasan
RM 3,000

Maka anda perlu sediakan anggaran belanjawan perkahwinan sekitar

RM 36,050


Haaa!!
Umak Aih!
Psst. Tutup mulut tu abang long.
Amacam ?
Berani beli kereta baru ?
Berani simpan 10% je dari pendapatan bulanan ?
Berani tak mahu buat business part time ?
Berani tak mahu belajar investment ?
Walaupun boleh kongsi dengan pasangan, paling kurang pun kena ada duit untuk tanggung separuh kos dan dalam pengiraan ini adalah sebanyak

RM 18,000

Ini belum campur kos-kos renovation rumah yang dibuat bagi sesetengah keluarga. Juga belum campur kos memanjakan diri ke spa-spa dan juga berbulan madu.
Kalau nak berhutang kahwin sampai anak sulung berumur 7 tahun baru selesai bayar dekat bank, terus-teruskan lah dengan gaya hidup anda yang tidak mahu menyimpan dan suka menambah liabiliti tu.

sumber - vf

Ahad, 15 Januari 2012

Menilai Diri


Manusia dibekalkan oleh Allah dengan dua sifat, iaitu sifat keji dan sifat terpuji. Sifat-sifat ini tidak dibekalkan kepada binatang, jin dan malaikat. Bahkan malaikat itu sendiri dibekalkan dengan semata-mata taat kepada Allah dengan melaksanakan perintah-Nya. Lantaran adanya sifat keji atau mazmumah dalam diri manusia, perlulah manusia itu menghisab atau muhasabah dirinya.


Hadis Rasulullah bermaksud: "Buatlah perhitungan ke atas dirimu sebelum kamu dihitung pada hari akhirat"



Perkara-perkara yang perlu dihisab pada diri setiap Muslimin dan Muslimat ialah:



Apakah ilmu Allah yang telah dipelajari?



Apakah amanah Allah yang telah disempurnakan?



Apakah Ilmu Allah yang telah disebari?



Kemanakah rezeki Allah dibelanjakan?



Bagaimanakah rezeki Allah digunakan?



Sudahkan anak-anak yang dikurniakan Allah diuruskan dengan kehendak Islam?



Sudahkan isteri-isteri yang dikurniakan Allah diuruskan dan dilayani seperti kehendak Islam?



Apakah sudah memberi makan kepada anak-anak yatim dan orang miskin?



Adakah anak dan isteri menjalankan solat dan sentiasa taat kepada Allah?




Adakah kesombongan diri dan ego telah menguasai diri? Apakah diri sudah bersedia untuk menghadap Allah? Sabda Rasulullah yang bermaksud: "Peliharalah diri kamu dan ahli keluarga kamu dari api neraka".

Khamis, 12 Januari 2012

Kekuatan Sebelum Mencinta


1.      Kekuatan berfikir
Cinta bermula dari fikiran kita. Berfikir tentang pasangan ideal yang ingin kamu kenali akan membantu kamu mengenali dia, ketika kamu akhirnya bertemu dengan orang yang tepat tersebut.

2. Kekuatan untuk menghormati
Kamu tidak mampu mencintai seseorang atau apa saja kalau kamu tidak menghormati mereka. Orang pertama yang patut kamu hormati ialah dirimu sendiri. Untuk mulai menghormati diri sendiri, kita patut bertanya pada diri sendiri “apa yang aku hormati dalam diriku?”. Untuk mendapat perasaan hormat dari orang lain, bahkan dari orang yang kamu tidak suka, kita patut bertanya pada diri sendiri.”apa yang aku hormati dalam diri mereka?”.

3. Kekuatan untuk memberi
Jika kamu mahu menerima cinta, kamu harus mampu memberikannya terlebih dahulu. Makin banyak cinta kamu beri, makin banyak yang akan kamu terima. Mencintai sama ertinya dengan memberi cinta tulus pada dirimu sendiri. Belajarlah untuk melakukan berbagai macam kebaikan. Formula rahsia untuk meciptakan hubungan yang ceria,penuh cinta,dan abadi adalah dengan selalu berfikir “Apa yang dapat aku beri?”dan bukan Apa yang akan aku dapat?”.

4. Kekuatan persahabatan
Untuk mencari cinta sejati, kamu mesti mencari sahabat sejati terlebih dahulu. Cinta bukan bererti mata kalian saling berpandangan, tapi lebih bererti bersama – sama melihat ke satu tujuan. Untuk mencintai seseorang seutuhnya, kamu harus mencintai keperibadiannya, bukan fizikalnya. Persahabatan adalah tanah dimana benih cinta dapat tumbuh. Jika kamu ingin membawa cinta ke suatu hubungan, kamu harus menciptakan persahabatan terlebih dahulu.
bagi perkahwinan pula... adalah proses melengkapi dan untuk menjadi lebih sempurna dan bukan mencari kesempurnaan semata2... 


5. Kekuatan dari sentuhan
Sentuhan adalah salah satu ekspresi cinta yang paling kuat,
menghancurkan dinding pemisah dan menyatukan suatu hubungan. Sentuhan membuat kita lebih dapat merasakan getaran cinta yang sebenarnya.Tetapi agama Islam melarang kita bersentuh-sentuhan tatkala bercinta, kekuatan ini difokuskan kepada suami isteri..


6. Kekuatan untuk melepaskan
“Jika kamu mencintai seseorang, bebaskanlah dia. Jika dia kembali kepadamu, maka dia adalah milikmu. Jika tidak, maka dia tidak akan pernah jadi milikmu”. Bahkan dalam hubungan percintaan, seseorang perlukan ruang untuk dirinya sendiri. Jika kita mahu belajar untuk mencintai, pertama kita harus belajar untuk memaafkan dan melupakan masa lalu yang buruk serta kedukaan hati kita. Mencintai bererti melepaskan rasa takut, curiga, dan ego. “Hari ini aku melepaskan semua rasa takutku, masa lalu tidak akan dapat mempengaruhiku- hari ini adalah lembaran baru bagi hidupku”... ..

7. Kekuatan dalam komunikasi
Ketika kita belajar untuk berkomunikasi secara terbuka dan jujur, hidup lalu berubah. Mencintai seseorang bererti berkomunikasi dengannya. Biarkan orang yang kamu cintai tahu bahawa kamu mencintai dan menghargainya. Jangan pernah takut untuk mengucapkan 3 kata magik : “Aku cinta kamu”. Jangan pernah melewatkan kesempatan untuk mengucapkan itu kepadanya. Selalu tinggalkan orang yang kamu cintai dengan kata – kata mesra, kerana ia mungkin boleh jadi hari terakhir kamu melihatnya. Contohnya, jika kamu akan mati tapi diberi kesempatan untuk menelefon orang yang kamu cinta, siapa yang akan kamu telefon, apa yang akan kamu katakandan sekarang¦kenapa kamu
menunggu?


8. Kekuatan dari komitmen
Jika kamu ingin mendapatkan cinta yang berlimpah, kamu harus mampu menciptakan komitmen, dan komitmen tersebut akan tercermin dalam fikiran dan tindakanmu. Komitmen adalah ujian cinta yang sejati. Jika kamu ingin memiliki hubungan yang penuh cinta, kamu harus setia dengan hubunganmu itu. Ketika kamu terikat komitmen pada seseorang, berhenti mencintainya bukan merupakan pilihan. Komitmenlah yang membezakan antara hubungan yang mudah hancur, dengan hubungan yang kuat.

9. Kekuatan semangat.
Semangat, membakar cinta dan membiarkan cinta tetap hidup. Semangat yang terus berkobar, bukan hanya datang dari daya tarik fizikal, tapi datang dari komitmen yang dalam, kemahuan, dan rasa saling tertarik. Semangat dapat diciptakan kembali dengan cara membayangkan saat indah di masa lalu dengannya. Spontan dan kejutan dapat menciptakan semangat cinta. Pokok dari cinta dan kegembiraan selalu sama yang harus kita lakukan adalah mengisi hari – hari kita dengan penuh semangat..

10. Kekuatan dari rasa percaya
Rasa percaya selalu menjadi komponen penting dalam suatu hubungan.Tanpa rasa percaya, seseorang bisa menjadi curiga, cemas, dan takutdan orang lain akan merasa terperangkap dan secara emosional menjadi tertekan. Kamu tidak boleh mencintai seseorang secara utuh sehinggalah kamu mempercayainya secara utuh pula. Bersikaplah seakan – akan hubunganmu dengan orang yang kamu cintai tidak akan berakhir. Salah satu cara untuk mengetahui apakah seseorang itu benar – benar untuk kamu, tanyakanlah pada dirimu sendiri “Apakah aku benar – benar mempercayainya sepenuh hati ?” jika jawapannya adalah “tidak”, maka kamu harus berfikir dengan mendalam sebelum kamu membuat komitmen yang lebih jauh dengannya.

Jumaat, 6 Januari 2012

Siapakah Mereka Ini?


Siapakah orang yang sibuk ? 

Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s. 



Siapakah orang yang manis senyumannya ? 
Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang ditimpa musibah lalu dia kata "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun." 
Lalu sambil berkata,"Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuan Mu ini", sambil mengukir senyuman. 



Siapakah orang yang kaya ? 
Orang yang kaya adalah orang yang senantiasa bersyukur dengan apa yang ada dan tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini. 



Siapakah orang yang miskin ? 
Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada sentiasa menumpuk-numpukkan harta. 



Siapakah orang yang rugi ? 
Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikan. 



Siapakah orang yang paling cantik ? 
Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak serta budipekerti yang baik. 



Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas? 
Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal-amal kebaikan di dunia di mana kuburnya akan diperluaskan saujana mata memandang. 



Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit? 
Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikan lalu kuburnya menghimpitnya. 



Siapakah orang yang mempunyai akal ? 
Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah mengunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari siksa/azab neraka. 



Siapakah org yg KEDEKUT ? 
Orang yg kedekut ialah orang yang membiar atau membuang email begitu sahaja, malah dia tidak akan menyampaikan pula pada orang lain berkenaan perkara-perkara kebaikan.




"Ikatan UKHUWAH bukanlah sesuatu yang dapat dibeli dengan harta serta wang ringgit , tetapi ia merupakan roh yang dihidupkan oleh ALLAH dalam hati orang-orang yang beriman apabila DIA mengkehendakinya agar mereka dekat dan bersatu".

Ahad, 1 Januari 2012

Selamat Tahun Baru 2012

Selamat Tahun Baru 2012

            Menjelmanya Tahun Baru 2012 menandakan umur kita semakin meningkat dan bertambah kematangan pada diri kita. Juga bermakna umur kita semakin pendek berada di dunia pinjaman dari Allah ini. Oleh itu perbanyakkan amal ibadat sebelum kita pergi buat selama-lamanya. Sekurang-kurangnya kita telah membawa bekal ke akhirat nanti. Renung-renungkan dan selamat beramal.... 


Selamat Tahun Baru 2012.