Ahad, 29 April 2012

Mengapa Kita Perlu Berdoa?


Hiasan

              Mengapa kita perlu berdoa? Bukankah Allah SWT sememangnya tahu semua keinginan kita tanpa kita berdoa pun? Bukankah Allah SWT mengetahui apa yang terlintas di fikiran kita? Mengapa kita perlu berdoa lagi kerana bukankah berdoa itu sama sahaja seperti apa yang ada di dalam hati dan fikiran kita?


            Berdoa adalah memohon dan meminta serta berharap. Pemohon sudah pasti memiliki darjat yang lebih rendah daripada Pemberi. Begitulah kita dengan Allah SWT. Jelas menunjukkan kita memerlukan Allah SWT dan memohon pelbagai perkara di dalam kehidupan kita ini. Darjat kita terlalu jauh malah amat jauh sehinggakan langsung tiada darjat atau juga sebenarnya tidak boleh membuat perbandingan langsung berbanding kebesaran Allah SWT.



             Berdoa itu merendahkan darjat kita sehingga daripada kita rasa ada apa-apa kepada tiada apa-apa langsung. Kita meletakkan diri kita benar-benar berada di bawah. Kita memohon dan berharap sesuatu daripada Allah SWT. Dengan berdoa kita lebih jelas siapa kita dan kepada siapa kita memohon. Kita sedar kedudukan kita dan kita sedar kedudukan Allah SWT. Kita sedar kita hanyalah hamba ciptaan Allah SWT dan Allah SWT adalah Tuhan yang Maha Besar.



            Namun persoalan besar di sini adalah adakah kita benar-benar SEDAR dan merasakan sebenarnya kita ini hamba yang lemah? atau sekadar tahu?



Doa memerlukan KESEDARAN.
           Apabila kita berdoa tanpa memiliki KESEDARAN yang kita ini lemah di sisi Allah SWT, kita tetap ego dan berasa hebat di sisi Allah SWT. Kita memohon tetapi permohonan kita tidak diserahkan kepada Allah SWT. Segala keinginan yang kita inginkan adalah sepenuhnya mengikut kehendak kita seluruhnya dan kita tidak dapat menerima kehendak Allah SWT. Lalu di dalam tidak sedar kita menganggap Allah SWT hanyalah sebagai Tuhan melakukan kerja untuk menunaikan segala kehendak kita.



        Apabila kita berdoa, kita menyatakan keinginan kita kepada Allah SWT dengan penuh KESEDARAN yang kita ini lemah, bodoh, tidak berdaya dan benar-benar mengharapkan pertolongan Allah SWT. Tetapi dalam masa yang sama kita sedia menerima segala ketentuan yang Allah SWT tetapkan. Kita juga akan terus mengikut segala ketetapan yang Allah SWT perintahkan kepada kita. Maka kita benar-benar akan berserah secara total kepada Allah SWT.



        Orang yang beriman itu tidak pernah kecewa kerana sentiasa menerima ketentuan Allah SWT dan tidak pernah putus asa di dalam mengikut ketetapan yang Allah SWT tetapkan. Orang yang beriman sentiasa aktif. Melakukan segala kerja dan berusaha melakukannya sebaik mungkin di atas nama Allah SWT. Urusan rezeki dan segala penyelesaian hidup adalah hak Allah SWT yang kita tidak boleh pertikaikan kerana ia bukan hak kita.



          Di dalam masa yang sama juga, kita yakin dan prasangka baik dengan Allah SWT bahawa Allah SWT akan memakbulkan segala permintaan kita. Kita sangat yakin dengan kehendak Allah SWT di mana kehendak Allah SWT merupakan ketentuan yang terbaik di sisiNya untuk diri kita.
Bagaimana untuk yakin? Kita perlu mencapai kesedaran. Apabila kita berada di dalam KESEDARAN, pasti kita sangat yakin,


          Memiliki kesedaran ini perlu dilatih. Ia tidak mampu dimiliki secara terus tetapi mampu dimiliki seawal latihan. Ia akan terus meningkat tanpa henti dan penghujung. Kesedaran ini ada turun naiknya tetapi apabila kita sudah mencapai ke satu tahap, ia akan tersimpan di dalam minda bawah sedar kita dan mudah untuk dicapai kembali jika kesedaran kita menurun.


         Semoga kesedaran kita akan hal Allah SWT (sifat dan perbuatan Allah SWT) sentiasa meningkat dari masa ke semasa dan menjadikan kita benar-benar merasai kehidupan hidup berTuhan yang dikehendaki Allah SWT yang mana akan membawa kepada kejayaan dunia dan akhirat seperti yang telah Allah SWT janjikan.

Isnin, 23 April 2012

Antara Mitos Dengan Fakta


Hiasan
Mitos ialah naratif yang dibuat bertujuan untuk memesongkan hakikat.

Contohnya: Raja dikatakan jelmaan tuhan - mitos ini bertujuan membodohkan kaum tani agar mereka memberikan tanaman mereka pada satu kumpulan manusia yang malas bekerja.

Mitos ini berpanjangan dan ditokok tambah: selepas satu, satu lagi ditambah. Hakikatnya mitos raja dari muntah lembu atau raja jelmaan tuhan bertujuan untuk menipu. Walhal antara raja dengan sesiapa sahaja tidak ada bezanya. Yang melahirkan perbezaan hanyalah mitos.

Contoh mitos: Pokok itu berhantu. Pokok itu wujud dan dapat dilihat dan dibuktikan. Tetapi hantu itu tidak wujud. Mitos hantu diwujudkan untuk menakut-nakut. Apabila kita takut, maka kita akan mencari perlindungan.

Peranan untuk melindungi kita daripada hantu ialah bomoh dan dukun. Akhirnya kita tunduk pada kuasa bomoh dan dukun.

Mitos diwujudkan untuk tujuan baik dan tujuan jahat. Jangan pergi di dalam gua ini, ada hantu adalah nasihat yang bersalurkan penakutan. Nasihat ini baik kerana cuba menjaga keselamatan. Ia juga tidak baik kerana asasnya satu pembohongan.

Hari ini mitos masih cuba di wujudkan – tetapi agak susah. Dengan kemajuan ilmu, tidak ramai yang akan mempercayai mitos-mitos baru yang hendak direka.

Mitos seperti angkasawan Neil Armstrong turun ke bulan dan kemudian terdengar suara azan. Atau mitos Bruce Lee mati kerana bersilat dengan Dicky Zulkarnain – semua ini cuba disebarkan untuk menjadi bahan lawak jenaka.

Tujuan asal mitos ialah untuk membodohkan dan dalam masa yang sama menakut-nakutkan orang ramai. Kalau Raja Jepun berasal daripada Tuhan, maka diharapkan rakyat Jepun akan tunduk. Walhal kalau Raja Jepun ini makan petai, kencing dia tetap hancing. Kalau Putera Charles tercirit, baunya tetap busuk.

Lawan mitos ialah fakta. Fakta dapat dibuktikan melalui pengkajian. Ilmu pengetahuan manusia datang dari fakta dan pemikiran manusia. Semua ilmu dalam dunia ini berpunca daripada tiga sumber.

Pertama: Pengumpulan pengalamnan. Kedua: Kaji selidik. Ketiga: Ujian dalam bilik makmal.

Sesuatu mitos akan pecah jika kita berfikir secara rasional. Kajian ilmiah akan dapat membuktikan sama ada sesuatu itu mitos atau fakta. Jika sesuatu masih dalam kajian dan belum dapat dibuktikan betul atau salah, maka ia masih di tahap teori.

Satu ketika dahulu Letupan Besar atau Big Bang hanya satu teori. Hari ini ia telah diterima sebagai fakta. Teori menjadi fakta apabila kajian dapat membuktikan teori ini.

Ilmu pengetahuan adalah pengumpulan pengalaman manusia dari suatu zaman ke suatu zaman. Buruk atau baik pengalaman ini akan menjadi panduan. Panduan ini adalah ilmu pengetahuan. Ada ilmu pengetahuan yang turun dari mulut ke mulut. Ada yang dibukukan.

Dalam negara kita, ada beberapa mitos yang disebarkan. Pada ketika mitos ini disebarkan, ramai warga negara kita belum bersekolah. Maka mitos ini diterima bulat-bulat. Penyebaran mitos ini memang bertujuan untuk membodohkan kita semua.

Tetapi dengan adanya internet, kita dapat memecahkan mitos-mitos ini melaui pengkajian berdasarkan fakta-fakta.

Mitos pertama
Hari Malaysia bukan pada 31 Ogos tetapi 16 September. Bohong. Sabah, Sarawak, Singapura dan Tanah Melayu menjadi persekutuan Malaysia pada 16 September 1963.

Singapura meninggalkan Malaysia pada 9 Ogos 1965. Tidak percaya, sila tanya orang Sabah dan Sarawak.

Mitos kedua
Merdeka dimulakan oleh United Malays National Organisation. Bohong. Parti yang awal memperjuangkan dan melaugkan slogan MERDEKA ialah Kesatuan Melayu Muda (KMM) yang ditubuh pada 1938. United Malays National Organisation belum wujud lagi.

Apabila wujud, slogan United Malays National Organisation ialah HIDUP MELAYU dan bukan MERDEKA!

Mitos ketiga
Kemerdekaan dicapai tanpa pertumpahan darah. Bohong. Parti Komunis Malaya, Angkatan Pemuda Insaf (API), Angkatan Wanita Sedar (AWAS), Hizbul Muslimin, Peta, Malayan Democtaric Union, KMM dan ribuan warga telah bangun mengangkat senjata.

Pada mulanya melawan Jepun, kemudian melawan British. Tanpa angkat senjata, British tidak akan undur.

Mitos keempat
Lagu Negaraku dikatakan lagu kebangsaan kita. Bohong. Lagi ini bukan ciptaan warga Tanah Melayu. Penciptanya orang Perancis bernama Pierre Jean de Beranger (1780-1857).

Nama asal lagu ini, Memula Moon. Bertukar menjadi Terang Bulan.

Di zaman konfrontasi Malaysia-Indonesia, radio repuklik itu memainkan lagu ini untuk mengejek Tunku Abdul Rahman yang dianggap budak suruhan British. Dari Terang Bulan menjadi Negaraku.

Mitos kelima
Bendera Jalur Gemilang – namanya baru berusia lima tahun. Ia adalah tiruan bulat-bulat bendera Amerika Syarikat yang bernama Star Spangled–Banner, Stars and Stripes dan Old Glory. Jalur Gemilang diciplak daripada bendera Amerika.

Buktinya, lihat Jalur Gemilang tidak ada motif Nusantara atau Melayu. Warna merah dan putih adalah motif Nusantara - merah ertinya darah rakyat dan putih pula hati rakyat. Motif Nusantara ini wujud pada bendera Singapura dan Indonesia.

Mitos keenam
Wujud perpaduan Melayu. Bohong. Tidak ada perpaduan Melayu. Tidak pernah terjadi perpadun Melayu semenjak konsep Melayu itu wujud. Tidak mungkin adanya perpaduan Melayu seperti mustahilnya lahir perpaduan Cina, perpaduan Arab, perpaduan Itali, perpaduan India.

Mitos perpaduan Melayu bergerak dengan menakut-nakutkan orang Melayu daripada 'ditelan' oleh Cina dan India. Apabila Melayu jadi takut maka akan datang pembantu. Seperti mitos pokok ada hantu. Orang kampung yang takut pada hantu memanggil bomoh untuk menghalau hantu.

Ini cara klasik sesuatu mitos bergerak - takut-takutkan orang ramai. Apabila orang ramai takut, maka mereka akan mencari perlindungan. Maka muncul United Malays National Organisation menjadi pelindung, walhal yang menimbulkannya gerombolan ini juga.

Mitos ketujuh
Malaysia negara unik. Bohong. Mitos ini disebarkan untuk membodohkan rakyat negara ini yang malas membaca dan hanya suka mendengar.

Mitos ini bertujun untuk menunjukkan hanya gerombolan United Malays National Organisation sahaja yang dapat memerintah kerana Malaysia ini unik.

Hakikatnya Malaysia tidak unik; bukan Malaysia sahaja dalam dunia ini yang berbilang-bilang kaum, berbilang-bilang bahasa, pelbagai agama dan budaya. Tidak ada negara yang monolithic dalam dunia ini – semua ada kepelbagaian. Setiap negara dalam dunia ini ada kepelbagaian.

Teknologi boleh memecahkan mitos. Lihatlah betapa teknologi dan ilmu pengetahuan telah memecahkan mitos-mitos ini. Betapa internet telah membolehkan kita bersama-sama mencari fakta dan menilai dokumen sejarah.

Kalau dulu kita tidak tahu asal-usul lagu Negaraku. Hari ini gambar dan riwayat hidup pembuat lagi ini kita kenali. Kalau dulu ada yang menerima mitos tentang kemerdekaan dicapai tanpa tumpah darah. Hari ini mitos ini telah terbarai, pecah.

Dokument-dokumen sejarah ini semuanya boleh kita baca melalui internet.

Kemajuan manusia akan terus memecahkan mitos-mitos yang lapuk dan berkarat ini. Teknologi akan membebaskan manusia daripada diperangkap dan dibelenggu mitos-mitos.

Tanpa mitos, manusia akan jadi berani. Insan yang berani bebas adalah insan yang berfikir. Manusia yang berfikir tidak akan tunduk kepada sesipa kecuali fikrahnya yang rasional.


Sumber > jaah-VF

Ahad, 8 April 2012

Belajar Mengaji Al-Quran Dirumah Di Kawasan Kajang, Semenyih dan Beranang

Assallamualaikum…..
Ingin Belajar Mengaji Al-Quran di rumah oleh guru bertauliah daripada Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).
Sedia mengajar Al-Quran secara Tajwid dan Tarannum serta Iqra’ disekitar kawasan Kajang, Semenyih dan Beranang.
Sedia datang mengajar ke rumah anda. Ibubapa yang mahu mengaji bersama anak-anak adalah digalakkan.
Sekiranya berminat untuk mendalami pengajian Al-Quran boleh hubungi :
H/Set : 016-5220165 – Zailani
010-2854498 – Pn. Nor (Isteri)
Masa dan bayaran boleh dibincangkan.
Terima Kasih.

Bahasa Tubuh Wanita

Sebagai seorang wanita, seringkali anda mempamerkan senyuman kepada orang lain. Mungkin ada yang gemar tersenyum lebar sehingga memperlihatkan barisan gigi anda. Mungkin ada yang senyum tanpa memperlihatkan gigi. Masa anda tersenyum juga berbeza-beza. Semuanya bergantung atas sebab-sebab tertentu. Namun berhati-hatilah, setiap senyuman yang anda lahirkan, boleh mengungkap sesuatu yang anda cuba sembunyikan daripada orang lain.
Tahukan anda bahawa suatu senyuman yang sebenarnya, dapat ditandai dengan munculnya kerutan-kerutan dipinggir bahagian luar mata. Apabila anda mendapati wanita melontarkan senyuman dengan tanda-tanda tersebut, wanita itu sungguh berasa senang, tidak berpura-pura.
Untuk memahami keadaan sebenarnya si wanita, tidak cukup dengan sekadar mengamati bibirnya yang tersenyum, harus dilihat secara keseluruhan. Seorang lelaki perlu memperhatikan seberapa besar wanita yang ditemuinya menunjukkan bahagian tapak tangannya. Apabila wanita itu melakukan gerakan-gerakan yang mengungkap bahagian tapak tangannya itu, atau dia menyilangkan kakinya ketika duduk kemudian meluruskannya lagi, hingga menampakkan sebahagian pahanya, itu merupakan suatu petanda niat si wanita untuk menunjukkan sikap terbukanya.
Perilaku lain dengan makna serupa, yang juga boleh menjadi ciri universal bahasa tubuh wanita, adalah dalam gerakan-gerakan memiringkan atau memutar kepala hingga dapat menampakkan bahagian lehernya. Tanda-tanda lain bahawa wanita berasa dirinya kurang senang dengan lelaki teman bicaranya, boleh dilihat dari gerakan-gerakan tubuh yang berlebihan seperti dalam menyilangkan kaki, melipat tangan , atau kedua bibirnya terkatup erat. Malah seorang wanita yang kerap menyentuh atau merapikan rambutnya dengan jari-jari tangannya dapat diertikan sebagai wanita yang suka mendapat belaian.
Namun, seorang wanita yang merasa tertarik kepada seoang lelaki ketika bertemu, dapat memberi bahasa tubuh berupa menyelak rambutnya agar tidak menutup wajah. Itu boleh juga dianggap sebagai salah satu isyarat godaan. Sedangkan apabila wanita malah membiarkan rambutnya menutupi wajah atau terurai menutupi sebahagian matanya, dapat diertikan wanita itu berusaha mengurangi tingkat suatu hubungan.
Lelaki juga boleh mengamati gerakan kaki wanita. Apabila bercakap-cakap gerakan kakinya tampak gelisah, atau mengarah ke pintu, itu bererti si wanita ingin keluar dari suasana yg ada saat itu. Meskipun dia tampak senang, misalnya dengan tertawa-tawa atau banyak tersenyum. Sebaliknya apabila wanita mulai menggerakkan kaki bagai ingin melepaskan kasutnya, dengan tingkah dan cara yang sugestif, itu merupakan suatu isyarat perhubungan akan terus berkesinambungan dengan baik.

Rabu, 4 April 2012

Menegur Dengan Cara Berhemah

Islam telah menggariskan dalam membuat teguran, kita haruslah berhati-hati apatah lagi jika kita cuba bertindak sebagai ‘orang perantaraan’ bagi menjelaskan sesuatu perkara.

Tiga faktor yang digariskan oleh Islam boleh menjayakan sesuatu teguran itu ialah:

1. Tidak merendahkan ego orang yang ditegur
2. Mencari waktu yang tepat
3. Memahami kedudukan orang yang ditegur

Islam memberi panduan yang jelas dalam kita memberi teguran dan bagaimana sikap kita apabila ditegur. Kita tidak harus melatah apatah lagi terlalu emosional sehingga menyebabkan kita melafazkan kata-kata yang tidak sepatutnya.


Semua itu tidak akan menyelesaikan masalah sebaliknya hanya akan mengeruhkan lagi keadaan, tidak kira samaada kita pemimpin atau tidak, tetapi apa yang kita perkatakan pasti akan dinilai oleh manusia. Kalau kita gagal mengawal perasaan kita berhujah, pasti akan menyebabkan berlaku tuduh-menuduh yang kesudahannya akan mencetus permusuhan antara kita.

Islam tidak hanya mengajar etika menegur umat seagama tetapi Islam juga mengajar kita bagaimana cara menegur yang betul kepada umat daripada agama lain. Ia terkandung dalam Al-Quran melalui perintah Allah kepada Nabi Musa dan Nabi Harun untuk berkata lembut kepada Firaun seperti mana firman-Nya dalam surah Thaha ayat 44 yang bermaksud; ‘‘Berbicaralah kalian berdua kepadanya (Firaun) dengan kata-kata yang lemah lembut, mudah-mudahan ia ingat atau takut.”

Oleh itu kita perlulah berhemah apabila menegur “kesilapan” orang lain. Jangan kita mudah ikut hati atau emosi kita tanpa menyiasat keadaan sebenar. “Kesilapan” orang lain mungkin bukan “kesilapan” bagi mereka, kerana mungkin mereka ada sebab-sebab yang kukuh yang mendorong mereka membuat sesuatu perkara. Jadi, eloklah kita siasat atau tanya dengan cara berhemah untuk mengetahui kedudukan sebenarnya.