Jumaat, 30 November 2012

Tidur Yang Terlarang

Sekadar Hiasan
Telah menjadi kebiasaan masyarakat di negara ini khususnya segelintir golongan muda, apabila datangnya hari hujung minggu pasti akan bangun tidur lambat. Sebab malamnya asyik dipenuhi kegiatan-kegiatan membuang masa dengan borak-borak kosong, lepak, merempit dan macam-macam lagi aktiviti yang kurang sihat. Tapi ada juga yang mencari rezeki halal.

Bila esoknya matahari dah terpacak pun masih tidak mahu bangkit dari kesedaran. Lebih-lebih lagi kalau yang tiada aktiviti pada hari itu, apalagi... .. disambung dengan aktiviti terlampaulah - tidur. Ada pula yang sepanjang harinya asyik berkepit dengan
perempuan bantal peluk busuk. Hanya bangun semata-mata untuk ke tandas atau membesarkan otot perut sahaja.

Orang-orang yang berakal amat tidak menyukai mereka yang hidupnya hanya dihiasi dengan aktiviti tidur sahaja sepanjang hari dan suka tidur pada waktu-waktu yang terlarang. Ini kerana dipercayai boleh menyebabkan:

1) Akal menjadi lemah
2) Pengamal tidur terlarang ini akan mengalami kegoncangan dan gangguan saraf.
3) Otak cepat dungu/bebal
4) Tubuh badan menjadi lemah
5) Suburnya sikap pemalas
6) Tiada adab

Jika diperhatikan, apabila sering mengamalkan tidur yang terlarang ini mungkin otak akan mengalami rasa bingung seketika dan tidak dapat membezakan adakah waktu tersebut adalah pagi atau senja.

Dipandang dari sudut akhlak, ianya menggambarkan keperibadian seseorang itu tidak terurus, pemalas, kurang adab pada diri dan orang ramai serta membuang masa.

Apabila diamalkan secara 'istiqamah', maka kemungkinan besar akan terjadinya penyakit gila. Dan cepat mati - tahu-tahu dah sampai umur ajalnya (masa hidup terasa pendek). Na'udzubillah.

Antara tidur yang dilarang adalah:

1) Tidur selepas Subuh iaitu pada awal-awal pagi (rezeki mahal).
2) Tidur selepas Asar.
3) Tidur selepas Maghrib
4) Tidur di bawah cahaya matahari walaupun hanya sebahagian daripada badan terkena cahaya matahari.
5) Tidur dalam majlis ilmu (kurang sopan)
6) Tidur dalam solat (ini kurang ajar)
7) Tidur dalam tandas (ini pun ada?)
8) Tidur yang terlalu banyak.

Amalan yang mulia dari pandangan para solihin adalah dengan mengurangkan tidur supaya banyak masa dapat diluangkan dengan ibadah dan aktiviti-aktiviti berfaedah.

Tips kurangkan tidur - KURANGKAN KANDUNGAN DI PERUT! 


vf

Rabu, 14 November 2012

Cemburu Lelaki

Hiasan

Dari sudut psikologi, cemburu adalah perasaan sakit hati, marah, tidak percaya, dan kurang yakin seseorang terhadap pasangan yang dicintai. Selalunya, perasaan ini timbul lantaran sikap suami atau isteri yang gemar membayangkan pasangannya mempunyai hubungan istimewa dengan seseorang di luar pengetahuannya.

Tapi kalau setakat dengar bisikan halus atau melihat isteri berbual ditelefon boleh cemburu, itu semua godaan syaitan atau memang sakit jiwa yang kronik. Hampeh.. Cemburu biarlah bertempat... 
Lelaki perlu cemburu untuk mengelak diri dari bergelar dayyuz dan perlu mengelak dari berlakunya kemungkaran. Antara gejala kemungkaran yang sering berlaku,


1. Cantik – membiarkan kecantikan dan tubuh badan isteri dan anak perempuan dinikmati oleh lelaki lain sepanjang berada di luar rumah contoh di pejabat.


2. Balik kerja lewat – membiarkan isteri dan anak perempuan balik lewat dari pejabat yang secara tak langsung membuka lebih banyak ruang ke arah maksiat seperti pulang bekerja dengan lelaki lain.


3. Aurat - membiarkan aurat isteri dan anak perempuan dewasa oleh orang lain yang bukan mahram seperti terselak kain ketika membonceng motosikal.


4. Berdua-duaan – membiarkan isteri dan anak perempuan berdua-duaan dengan lelaki bukan mahram seperti membiarkan anak perempuan dengan tunang atau pasangannya


Cemburu dan iri hati boleh dirawat. Ia secara langsung menyatakan bahawa cemburu dan iri hati adalah satu bentuk penyakit. Jika penyakit, pasti ada penawarnya. Namun, cemburu dan iri hati bukan penyakit fizikal tetapi penyakit psikologikal.

Selasa, 6 November 2012

Siapa Wanita Cantik?

Hiasan

Wanita cantik ialah:

1) Melukis Kekuatan Melalui Masalah.
seorang perempuan itu akan terserlah kekuatannya apabila kita melihat bagaimana dia menghadapi masalah yang datang padanya.sama ada dia lemah mahupun semakin tabah dengan dugaan yang datang padanya.insyaAllah bagi yang kuat dia berjaya memanfaatkan ujian Allah padanya untuk meningkatkan kekuatan dirinya.

2) Tersenyum Saat Tertekan
percaya atau tidak.kalau benar-benar seorang wanita itu mampu melalui masalah yang dihadapi nya kita orang sekeliling dia tidak mampu meneka apakah perasaan dia yang sebenar.kenapa?kerana terlalu dalam untuk kita memahami perasaan dia yang selalu tersenyum tidak kira sama ada dia ada masalah ataupun sebaliknya.alangkah indahnya kalau aku turut sedemikian rupa.

3) Tertawa Saat Hati Sedang Menangis
bukan saja-saja dia tertawa saat hatinya terluka dan menangis.dia bersikap sedemikian kerana dia mahu menjadi seorang yang tabah dan tidak mahu menyusahkan orang sekelilingnya.tambahan pula dia yakin akan pertolongan YANG ESA akan datang kepadanya.dan dia tetap tertawa menutup segala gundah dan kelukaan yang ada kerana keyakinannya terhadap bantuan Allah tidak pernah surut.

4) Tabah Di Saat Terhina
setiap yang baik itu sentiasa diuji olehNYA dan salah satu daripadanya ialah penghinaan dari manusia.tapi bagi seorang wanita yang cantik pekertinya semua itu bukan lah halangan untuk dia meneruskan hidupnya malah dia akan berusaha untuk menjadi lebih tabah untuk meghadapi hari yang mendatang.ketabahan yang ada dalam diri dia menjadi perisai untuknya menangkis segala hinaan daripada manusia lain yang tidak pernah mengenal erti ketakutan akan azab YANG ESA.

5) Mempersonakan Kerana Memaafkan
bukan mudah untuk kita memaafkan kesalahan orang lain terhadap diri kita.lebih-lebih lagi apabila melibatkan kesalahan yang melukakan hati hingga hancur musnah sesebuah kehidupan itu.namun bagi seorang wanita yang cantik itu,kemaafan itu sentiasa diberikan kepada yang pernah melukakan malah menyakitkan hatinya.kerana baginya mereka-meraka inilah yang memberi peluang padanya untuk menjadi lebih tabah.subhanallah.

6) Mengasihi Tanpa Balasan
kasihnya terhadap suami dan keluarganya memang datang dari hatinya yang ikhlas bukanlah kerana mengharapkan sebarang pembalasan.kerana bagi wanita yang cantik seperti ini kasihnya untuk meraka ini bukannya kasih yang dibuat-buat tetapi kasih yang tulus.malah meraka inilah yang membuatkan dia kuat menahan segala tomahan dan ujian dari YANG ESA.dan kasih seorang wanita yang cantik ini amat sukar untuk kita cari dimana-mana melainkan kasih seorang isteri dan ibu yang solehah.

7) Bertambah Kuat Dalam Doa Dan Pengharapan Ilahi
dia hanya berharap kepada YANG ESA.dan dia juga tidak pernah mengenal erti lelah dalam terus berdoa tidak kira siang dan malam untuk kehidupan orang yang dia sayang.wanita yang cantik tidak mementingkan diri sendiri kerana mereka lebih mementingkan kepentingan orang yang mereka sayang.suami dan keluarga mereka tidak pernah terlepas dari setiap doa-doa yang dipohon kepada YANG ESA.

vf