Khamis, 1 Januari 2015

SELAMAT TAHUN BARU 2015

Alhamdulillah kita masih diberi peluang untuk melangkah ke tahun 2015 yang penuh mencabar ini. Semoga azam dan semangat kita terus dipertingkatkan untuk menempuh hari-hari mendatang. Selamat Tahun Baru 2015 diucapkan. Bantuan mangsa-mangsa banjir tetap diteruskan.

Walaupun tahun ini tiada sambutan tahun baru 2015 secara besara-besaran namun ianya tetap diadakan secara ringkas dengan majlis bacaan doa. Kami yang bertugas di Pusat Pengumpulan Bantuan Banjir di Pangkalan Udara Subang menyambut tahun baru disana. Berikut serba sedikit gambar yang sempat dirakamkan. 


Sukarelawan dari pusat-pusat pengajian tinggi membuat kerja-kerja pembungkusan barang-barang sumbangan

Sukarelawan sedang memuatkan barang-barang bantuan banjir ke dalam treller untuk dihantar melalui 'jalan darat'.

Petugas dari No.16 skuadron sedang menyusun barang-barang untuk dibawa ke pusat pengumpulan mangsa banjir daerah

Bertugas 24 jam demi memastikan bekalan sampai 

Sukarelawan dari Media Prima

Taklimat sebelum detik 1200 malam tahun 2015 oleh Pegawai Executif Pangkalan Udara Subang


Sukarelawan yang hadir mendengar taklimat


Sebaik sahaja detik 1200 malam, bacaan doa oleh dipimpin oleh Pegawai Agama Pangkalan Ust. Kapt Norazli bin Mazlan Al-Hafiz

Bacaan doa 


Acara ringkas sambutan Harilahir sukarelawan

Tugas meunggah barang-barang bantuan banjir diteruskan oleh sukarelawan
Tahun 2014 meninggalkan banyak kenangan dan jadikan ia sebagai pengalaman yang amat berharga kerana 2014 tidak akan kembali lagi. Usia kita pun semakin meningkat...

Wallahhuaklam....