Isnin, 8 April 2019

Kedudukan Relay Fuel Pump Waja 1.6

Alhamdulillah.... 
Akhirnya jumpa juga kedudukan Relay Fuel Pump Waja 1.6 setelah puas mencari. Search kat pakcik googles pun tak jumpa. Nak tak nak kena selongkar juga di mana tempatnya. Bila dah jumpa dimana kedudukannya rasa lega. 

Nahhh... photo dikongsi ini bertujuan, sekurang-kurangnya dapat membantu bakal-bakal pomen atau pun pomen sendiri sebab relay ni bukan senang nak rosak dan ramai tak familiar tempatnya. Bila dah tahu lokasinya senang la sikit..boleh jimat masa dan tenaga. Semoga bermanfaat untuk semua.

Kat sebelah kiri bersambung wire merah hitam , relay ada plate

Centre Pedestal

Kedudukan yang Tepat dan Senang Nak Tengok

Ahad, 27 November 2016

Meja Jepun dengan Bangku

Alhamdulillah...cuti hujung minggu hari ini dapat menyiapkan kerja-kerja membaiki 06 x meja jepun dengan 07 x bangku kayu di masjid. Walaupun kerja ini nampak ringan tetapi dapat memberi pengalaman baru pada aku dengan dibantu oleh 2 orang pembantu. Suatu kepuasan apabila mendapat hasil yang memuaskan walaupun hanya membaikinya sahaja...
Lepas ni kalau ada sesiapa memerlukan perkhidmatan kami, bolehlah menghubungi kami. In shaa Allah kami boleh membantu dengan kos yang minima.


kerja-kerja membaik-pulih sedang di buat
Gambar meja jepun (asal) sebelum dibaiki
Meja Jepun yang relah siap dibaik-pulih
Bangku kayu yang telah siap

Semoga hasil usaha ini dapat dimanfaatkan oleh semua jemaah masjid ini dengan sebaik mungkin.  Terima kasih kerana sentiasa memberi kepercayaan kepada kami.

Sabtu, 26 November 2016

Gambar Retak Seribu

Inilah gambar yang dikatakan retak seribu tu....ada ke sampai seribu?
hheeee....

Cermin yang retak
Cermin yang telah siap diganti baru

Retaknya ini tiada kena mengena dengan unsur2 tidak baik..mungkin dah tiba masanya untuk ditukar baru..Redho dengan ketentuan Allah...

Khamis, 24 November 2016

Retak Seribu

dah lama tak menulis blog. Kalau baca pada tajuk retak seribu ni biasanya dikaitkan dekat hati dan perasaan, tapi retak ini memang betul-betul retak. Cermin tingkap kereta kenari yang aku guna selama ini tiba-tiba retak. Berkemungkinan faktor cuaca bukan dari unsur-unsur lain sebab retaknya datang dari bawah cermin naik ke atas menyebabkan semua retak. Nasib baik tinted..tidaklah terus berderai. Kejadian pun masa kereta parking..dah banyak hari tak berjalan. Entah berapa harga cermin tingkap sebelah pemandu Wallahuaklam...esok ada masa aku pergi kedai pasang cermin tingkap yang baru. Harap-harap ada sparepart walaupun kenari dah tak di keluarkan oleh Perodua.
Tak sempat nak ambil gambar retak seribu tu..

Isnin, 11 Julai 2016

Pengalaman Nyaris Dirempuh Kereta

10 Julai 2016 - mungkin kenangan yang tidak dapat dilupakan sewaktu memandu kereta dalam perjalanan balik dari MRSM Terendak ke Shah Alam melalui jln tepi pantai...
Dari arah bertentangan, sebuah kereta wira putih...tetiba saja pakcik tu dgn wifenya buat 'drift' depan aku..apa lagi..aku sempat mengelak..terpaksa langgar tong sampah plastik tepi jalan..nasib baik tong sampah plastik dan kosong..macam dalam filem pulak..'at the end' Alhamdulillah...kami semua selamat termasuk sebuah kereta Alphard putih..bukan laju pun lagipun jalan kampung..bila suruh pakcik tu ketepi jln utk berehat sekejap..aku tanya padanya..pakcik mengantuk ke..katanya tak..tak taulah sebab apa tetiba 'DRIFT'..
Pengajaran boleh diambil ialah berhati2 dijalanraya..walau kelajuan 40/50kmh pun kalau nk jadi kemalangan akan terjadi juga..kita perlu sentiasa berwaspada dijalanraya..apa yg penting sebelum bertolak..bacalah doa naik kenderaan..In shaa Allah kita sentiasa dibawah lindunganNya..amiinn...

Ahad, 3 Julai 2016

SELAMAT HARI RAYA AIDIL-FITRI 2016

Assalamualaikum w.b.h...

Kesibukan masa membataskan aku untuk update blog sepertimana biasa. Dah setengah tahun tak update walaupun banyak pengalaman baru yang ku perolehiDikesempatan ini aku ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDIL-FITRI, MAAF ZAHIR BATIN kepada sesiapa yang mengenali diri ini tak kira jauh atau pun dekat. Jika ada salah silap, jutaan kemaafan dipohonkan kerana kita adalah manusia biasa, ada terdapat kekurangannya...
Semoga Aidil-fitri tahun ini memberi cahaya yang gemilang untuk terus menempuh hari-hari mendatang dengan sebaik mungkin dan jadikan Ramadhan yang tinggal beberapa hari ini sebagai landasan untuk terus mempertingkatkan amalan kerana belum tentu kita akan berjumpa lagi dengan Ramadhan akan datang...
SELAMAT BERPUASA DAN SELAMAT MENYAMBUT 01 SYAWAL 1437H (InshaaAllah dijangka pada 06 Jul 2016).