Selamat Tahun Baru 2014. Semoga amal ibadat kita dapat dipertingkatkan dari semasa kesemasa. Jika tahun lepas ada terkurang maka tahun ini selagi kita bernafas buatlah amal ibadat sebanyak mungkin. Walaupun kita tidak nampak ganjaran di depan mata sekarang, In Sha Allah di akhirat nanti kita akan dapat. Jika sebelum ini kita hanya ke masjid hanya seminggu sekali semasa solat Jumaat sahaja. Apakata tahun ini kita pergi ke masjid solat berjemaah sekurang2nya satu waktu sehari ( 5 waktu adalah terbaik). Biarlah bermula dari sikit daripada tiada permulaan langsung. Lama kelamaan In Sha Allah hati kita akan resah kalau tidak ke masjid berjemaah. Bukannya susah untuk mendapat pahala dari Allah taala. Marilah bersama kita mengimarahkan masjid2 tidak kira dimana berada.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan