Seorang suami yang
pandai mengambil hati, memujuk rayu jika diperlukan, bercakap lemah lembut dan
rajin bergurau senda, ia sudah cukup dan memadai. Perhatikan hasilnya, si
isteri akan sanggup bersusah payah menyediakan makan dan minum di samping
menguruskan rumah tangga, malah sanggup pula ke hulu ke hilir menambah
pendapatan suami. Walaupun hidup dalam serba kekurangan, insya-Allah hidup
pasangan begini akan rukun damai sampai bila-bila.
Bagaimanapun hal
ini merujuk kepada wanita yang melimpah ruah dengan kasih dan sayang.
Mengutamakan rumah tangga dan berusaha menceriakannya walaupun si suami bukan
berpangkat besar atau mempunyai wang yang banyak. Apabila ditujukan kepada
wanita yang memegang prinsip, ada wang abang sayang, tak ada duit abang
melayang lain pula penyudahnya. Jika yang dicintai itu adalah wang, yang
disayang itu adalah kemewahan, memang rumah tangga tidak bahagia dan aman.
Kerana yang diburu adalah wang dan harta, maka bila ada kedua-duanya di depan
mata, si isteri akan berasa nikmat kebahagiaan namun bila semuanya melayang,
wanita begini akan berasa terlalu kecewa dan bersusah hati, ujarnya.
Beliau
menambah, "Bagaimanapun kalau dikatakan, peranan wang membeli kasih dan
sayang, ia memang berkait antara satu dengan yang lain. Namun wang itu sekadar
dijadikan sebagai alat dan bukan matlamat. Wang berperanan menyenangkan
pasangan membina rumah tangga. Mendapatkan sebuah rumah untuk keluarga,
memiliki kenderaan dan apabila berlaku sebarang bencana, wang dapat merungkai
masalah yang melingkari. Jika mengandaikan wang untuk membeli cinta dan
mengeratkan kasih dan sayang, tandanya kita sudah tersilap menafsir. Sepatutnya
utamakan nilai kasih dan sayang yang diberikan oleh suami atau isteri, justeru
andai suatu hari kita ditimpa musibah dan hidup dalam serba kekurangan,
tidaklah cepat melatah.
Cuba perhatikan
mereka yang tinggal di kampung. Ada pasangan yang hidup melarat dan menderita
kerana tidak mempunyai wang yang banyak, namun ikatan kekeluargaan erat dan
sendat dengan kasih dan sayang," jelasnya. Beliau tidak menafikan, wanita
sekarang lebih ramai yang celik mata dan sedar tentang perlunya membelai cinta
sampai ke tua, sedangkan lelaki asal ada orang yang menguruskan rumah tangga
sudah memadai. Golongan begini, malas hendak memupuk atau membajainya walaupun
mereka mampu melakukan.
Wanita ketara sudah
celik mata. Ini dapat diperhatikan dalam ceramah atau syarahan. Mereka lebih
banyak jika dibandingkan dengan kaum Adam. Sekiranya intipati ceramah mengenai
pasangan, pihak si isteri akan mudah terima dan berusaha berubah apatah lagi
jika kena dengan cara dan pendekatan yang betul. Sebaliknya si lelaki yang
turut mendengar tetapi kurang menghayati. Jika terima pun dengan perasaan
sombong dan egonya dan memang sukar mengubah kesilapan.
vf
Tiada ulasan:
Catat Ulasan