Hiasan |
Dari sudut psikologi, cemburu adalah perasaan sakit hati, marah, tidak
percaya, dan kurang yakin seseorang terhadap pasangan yang dicintai. Selalunya,
perasaan ini timbul lantaran sikap suami atau isteri yang gemar membayangkan
pasangannya mempunyai hubungan istimewa dengan seseorang di luar
pengetahuannya.
Tapi kalau setakat dengar bisikan halus atau melihat isteri berbual ditelefon
boleh cemburu, itu semua godaan syaitan atau memang sakit jiwa yang kronik.
Hampeh.. Cemburu biarlah bertempat...
Lelaki perlu cemburu untuk mengelak diri dari bergelar dayyuz dan perlu
mengelak dari berlakunya kemungkaran. Antara gejala kemungkaran yang sering
berlaku,
1. Cantik – membiarkan kecantikan dan tubuh badan isteri dan anak perempuan
dinikmati oleh lelaki lain sepanjang berada di luar rumah contoh di pejabat.
2. Balik kerja lewat – membiarkan isteri dan anak perempuan balik lewat dari
pejabat yang secara tak langsung membuka lebih banyak ruang ke arah maksiat
seperti pulang bekerja dengan lelaki lain.
3. Aurat - membiarkan aurat isteri dan anak perempuan dewasa oleh orang lain
yang bukan mahram seperti terselak kain ketika membonceng motosikal.
4. Berdua-duaan – membiarkan isteri dan anak perempuan berdua-duaan dengan
lelaki bukan mahram seperti membiarkan anak perempuan dengan tunang atau
pasangannya
Cemburu dan iri hati boleh dirawat. Ia secara langsung menyatakan bahawa
cemburu dan iri hati adalah satu bentuk penyakit. Jika penyakit, pasti ada
penawarnya. Namun, cemburu dan iri hati bukan penyakit fizikal tetapi penyakit
psikologikal.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan