Hiasan |
Wanita cantik ialah:
1) Melukis Kekuatan
Melalui Masalah.
seorang perempuan
itu akan terserlah kekuatannya apabila kita melihat bagaimana dia menghadapi
masalah yang datang padanya.sama ada dia lemah mahupun semakin tabah dengan
dugaan yang datang padanya.insyaAllah bagi yang kuat dia berjaya memanfaatkan
ujian Allah padanya untuk meningkatkan kekuatan dirinya.
2) Tersenyum Saat
Tertekan
percaya atau
tidak.kalau benar-benar seorang wanita itu mampu melalui masalah yang dihadapi
nya kita orang sekeliling dia tidak mampu meneka apakah perasaan dia yang
sebenar.kenapa?kerana terlalu dalam untuk kita memahami perasaan dia yang
selalu tersenyum tidak kira sama ada dia ada masalah ataupun
sebaliknya.alangkah indahnya kalau aku turut sedemikian rupa.
3) Tertawa Saat
Hati Sedang Menangis
bukan saja-saja dia
tertawa saat hatinya terluka dan menangis.dia bersikap sedemikian kerana dia
mahu menjadi seorang yang tabah dan tidak mahu menyusahkan orang
sekelilingnya.tambahan pula dia yakin akan pertolongan YANG ESA akan datang
kepadanya.dan dia tetap tertawa menutup segala gundah dan kelukaan yang ada
kerana keyakinannya terhadap bantuan Allah tidak pernah surut.
4) Tabah Di Saat
Terhina
setiap yang baik
itu sentiasa diuji olehNYA dan salah satu daripadanya ialah penghinaan dari
manusia.tapi bagi seorang wanita yang cantik pekertinya semua itu bukan lah
halangan untuk dia meneruskan hidupnya malah dia akan berusaha untuk menjadi
lebih tabah untuk meghadapi hari yang mendatang.ketabahan yang ada dalam diri
dia menjadi perisai untuknya menangkis segala hinaan daripada manusia lain yang
tidak pernah mengenal erti ketakutan akan azab YANG ESA.
5) Mempersonakan
Kerana Memaafkan
bukan mudah untuk
kita memaafkan kesalahan orang lain terhadap diri kita.lebih-lebih lagi apabila
melibatkan kesalahan yang melukakan hati hingga hancur musnah sesebuah
kehidupan itu.namun bagi seorang wanita yang cantik itu,kemaafan itu sentiasa
diberikan kepada yang pernah melukakan malah menyakitkan hatinya.kerana baginya
mereka-meraka inilah yang memberi peluang padanya untuk menjadi lebih
tabah.subhanallah.
6) Mengasihi Tanpa
Balasan
kasihnya terhadap
suami dan keluarganya memang datang dari hatinya yang ikhlas bukanlah kerana
mengharapkan sebarang pembalasan.kerana bagi wanita yang cantik seperti ini
kasihnya untuk meraka ini bukannya kasih yang dibuat-buat tetapi kasih yang
tulus.malah meraka inilah yang membuatkan dia kuat menahan segala tomahan dan
ujian dari YANG ESA.dan kasih seorang wanita yang cantik ini amat sukar untuk
kita cari dimana-mana melainkan kasih seorang isteri dan ibu yang solehah.
7) Bertambah Kuat
Dalam Doa Dan Pengharapan Ilahi
dia hanya berharap
kepada YANG ESA.dan dia juga tidak pernah mengenal erti lelah dalam terus
berdoa tidak kira siang dan malam untuk kehidupan orang yang dia sayang.wanita
yang cantik tidak mementingkan diri sendiri kerana mereka lebih mementingkan
kepentingan orang yang mereka sayang.suami dan keluarga mereka tidak pernah
terlepas dari setiap doa-doa yang dipohon kepada YANG ESA.
vf
Tiada ulasan:
Catat Ulasan