Ahad, 27 Februari 2011

Hidupkan Istilah ‘Wang Pembayar Cukai’ Dalam Media : Minda Tajdid

Istilah memainkan peranan penting dalam menyedarkan penggunanya dan pendengar. Seringkali media melaporkan bantuan atau belanja yang dikeluarkan oleh kerajaan digambarkan seakan itu adalah harta kerajaan atau orang politik yang terbabit. Maka bantuan yang disalurkan seakan dari sifat pemurah kerajaan seperti disebut ‘kerajaan bermurah hati membantu’. lagi.......

Sabtu, 26 Februari 2011

Kekayaan : Kenapa Kita Masih Bekerja?


Sebuah inspirasi daripada cerita oleh Robert T. Kiyosaki tentang Kekayaan (Pengarang buku Rich Dad's Guide To Financial Freedom ) seorang Self-Made American Multi-Milionnaire.


Sebuah cerita yg membuatkan jiwaku memberontak menuntut perubahan semasa gaya hidupku...

Nak jadikan cerita, buku ini pada mulanya dipinjamkan oleh rakan aku. Dahlah aku tak terer bahasa Inggeris tapi aku cuba bacalah gak. Sekali baca, aku terus tersentak dengan isi kandungannya... Allsome ! Nih, ada sikit petikan dari cerita ni yg aku rasa patut dikongsikan bersama...



Ceritanya begini, dulu ada sebuah kampung. Kampung ni memang selesa untuk didiami kecuali satu perkara, penduduknya tak dapat bekalan air kalau musim kemarau sebab tasik yang berdekatan kering kontang.
Jadi nak jadikan cerita, penghulu dia buat keputusan offer tender kat sesaper yang minat untuk bekalkan air kat penduduk kampung. Offer itu diumumkan dan ada dua orang yang sukarela untuk rebut tender itu. Tok penghulu pun bagilah tender tu kat dua orang mamat nih, sorang nama Ed dan sorang lagi nama dia Bill. Tok Penghulu sengaja buat macam ni pasal untungnya nanti kat dia ngan penduduk kampung jugak sebab ada persaingan.



Gembiranya tak kepalang, Ed ni bila tahu dia dapat tender tu, terus la pegi kedai beli dua buah besen besi yang besar untuk tangguk air kat tasik. Kerja dia, berulang-alik bawak besen tu pergi tasik untuk tangguk air dan bila dia sampai kampung, isi kat satu tangki konkrit yang besar. Dia mula dapat duit dari servis dia tu dari penduduk kampung. Si Bill pulak, sejak dari masa dapat tender tu, tak nampak batang idung buat beberapa bulan. Lagilah Ed suka, sebab dia pulun duit semua.



Rerupanya, Bill masa tu dah buat satu plan bisnes, dapat 4 pelabur, tubuhkan kompeni, upah sorang presiden untuk bekerja, dan pulang 6 bulan kemudian kat kampung tu. Bila sampai jer, Bill dan krew dia terus buat satu paip besar yang boleh supply air terus dari tasik ke tangkikon krit besar air tu. Bila siap jer kerja tu, Bill buat satu ceremony dan umumkan yang dia boleh supply air kat penduduk kampung tu 24 jam sehari, 7 hari seminggu sebab dia tahu Ed cuma kerja pada hari kerja jer tangguk air, weekends dia lepak ler. Masa ceremony tu jugak, Bill cakap dia boleh jamin air dia lagi bersih sebab dia pun tahu ada orang kampung komplen air Ed tu kotor. Pastu, dia tambah lagi, kalau sesaper nak, dia bagi cas 75% lagi murah dari cas Ed. Apalagi, orang kampung pun gila babas suka.



Sebab Bill punya pasal, ngan x nak gak kalah, Ed pun improve servis dia. Dia tambah lagi beli dua lagi besen, cas dia turunkan lagi 75% murah, upah anak dia sendiri kerja shif malam ngan weekends dan beli cover untuk tutup besen dia (jaga kualiti ler citernya). Bila anak dia dapat offer belajar kat u, dia cepat2 pesan kat anak dia tu supaya cepat2 abis belajar sebab satu hari nanti diorang dpt bisnes ayah dia nih. Lain cerita dah jadi, lepas jer abis belajar, dua-dua anak dia x balik2. Dahlah tu, pekerja Ed mula tunjuk perasaan, mintak gaji ngan faedah yang lagi baik. Kerja menangguk air pun nak sekali jer seminggu.



Bill pulak releks jer, tak kira la dia kerja ker tidak, dia tetap dapat duit. Orang kampung pun memang puas hati. Jadi dia terfikir kalau orang kampung puas hati kenapa tidak dia offer servis dia kat kampung2 lain. Jadi dia pun copylah balik bisnes plan dia tu dan offer servis dia kat kampung lain. Pendekkan cerita, servis dia tu dah sampai ke seluruh dunia. Walaupun untung yang Bill ambik tu sikit, tapi berbilion-lion orang guna servis dia. Akhirnya, Bill yang success dan Ed rasanya lingkup kot pasal Robert x pulak cerita ending mamat Ed nih kat bukunya.



Kesimpulannya, kalau koranglah ada peluang macam nih, mana satu karektor yang korang pilih atau kalau ada, korang pernah tak terfikir jalan action korang tu mirip SIAPA dalam cerita nih ?



Mutiara Kata :
Setiap INSAN dilahirkan untuk jadi JUARA. Gagal sekali bukanlah bererti GAGAL selama-lamanya. Kita GAGAL jika kita tidak bangkit/belajar dari KEGAGALAN kita itu.

Why must WE work for MONEY while MONEY could works for US ? The RICHES never works for MONEY but MONEY works for THEM...

Jumaat, 18 Februari 2011

Seks Hebat Selepas Usia 50?

Oleh NORAINI ABD. RAZAK


TIDAK ramai yang mahu memperkatakan tentang seks selepas menopaus (bagi wanita) dan lelaki yang mencecah usia 50 tahun. Kalangan masyarakat timur yang terikat dengan budaya dan agama, seks bukan topik yang boleh dibual bicara secara bebas. Apatah lagi seks pada usia emas.



Tentu ada segan dan silu mahu bercakap tentang isu itu lantaran pada usia emas, ramai yang percaya seks bukan sesuatu yang penting. Malah, ada wanita yang terus meminggirkan seks biar pun hakikatnya ruang dan waktu untuk bersama pasangan amat terbuka luas selain tidak lagi ‘diganggu’ anak-anak yang telah dewasa. Lain pula ceritanya bagi lelaki. Usia bukan faktor, walaupun ada istilah andropaus untuk merujuk kepada ‘kebolehan’ mereka tetapi lelaki selalu mendakwa ‘boleh’ tidak kira berapa usia.



Hakikatnya seks pada usia emas tidak hanya terbatas di ranjang. Kemesraan, belaian, jalan berpimpin tangan serta saling mencurahkan perasaan mesti terus dipupuk. Tanggapan bahawa seks dan usia emas tidak lagi berjalan seiring menjadi salah satu punca kadar perceraian di kalangan warga emas semakin meningkat.....lanjut klik Utusan Malaysia Online - Kesihatan

Khamis, 10 Februari 2011

Hari Kekasih Tradisi Penganut Kristian

Oleh
Fadzilah Musa

SETIAP Februari, merentasi benua, pasangan kekasih, suami-isteri dan mereka yang berjiwa romantis akan saling bertukar hadiah, kad ucapan, bunga-bungaan atau makan malam. Tidak kurang berhibur dan menari semalaman di disko dan kelab malam sempena merayakan suatu hari yang dikenali sebagai ‘Saint Valentine’s Day’ atau Hari Kekasih.
Siapakah dia St Valentine dan mengapakah beliau dikaitkan dengan perayaan Hari Kekasih di seluruh dunia ini?Ada pelbagai versi asal asul Hari Kekasih . Pihak gereja Katholik mengenal pasti sekurang-kurangnya tiga paderi bernama Valentine @ Valentinus yang dikaitkan dengan mitos ini. Ketiga-tiga paderi ini menerima pengakhiran hidup yang sama iaitu mati dibunuh.
Versi pertama menceritakan mengenai St Valentine yang dikatakan sebagai seorang paderi yang berkhidmat dengan kerajaan Rom pada kurun ke-3 Masihi. Maharaja Claudius III mengeluarkan arahan melarang pemuda berkahwin dengan alasan pemuda bujang dapat memberi komitmen, taat setia dan khidmat yang lebih baik sebagai tentera Rom. St Valentine menganggap arahan Maharaja tidak adil. Lalu, secara rahsia terus mengahwinkan pasangan muda-mudi yang bercinta. Apabila kegiatan paderi ini terbongkar, Maharaja Claudius III memerintahkan beliau dihukum bunuh.
Versi kedua pula menyebut bahawa St Valentine dibunuh atas cubaan membebaskan tahanan beragama Kristian daripada kekejaman dan keganasan penjara kerajaan Rom. Sewaktu di penjara, dia bersahabat rapat dengan seorang gadis anak kepada pegawai penjara itu. Sebelum dibunuh, St Valentine menulis surat kepada kekasihnya itu dan menandatanganinya dengan ungkapan From Your Valentine.Mengapakah 14 Februari dipilih sebagai merayakan perayaan hari memperingati kekasih ini?Tanggal 14 Februari 269 Masihi adalah tarikh St Valentine dijatuhi hukuman mati. Lalu, untuk mengingati dan menghormati dirinya yang dianggap sebagai wira cinta, tokoh yang dikaitkan dengan sifat kasih sayang serta sanggup berkorban demi persahabatan, Pope Gelasius, pada 496 Masihi mengisytiharkan 14 Februari sebagai ‘St Valentine’s Day’.Sejarah St Valentine telah lama berlalu walaupun masih terus diselubungi misteri.
Namun, sesuatu yang pasti, sambutan Hari Kekasih ini berkait rapat dengan tradisi penganut agama Kristian dan kepercayaan masyarakat Rom kuno. Sambutan hari memperingati kekasih tidak ada kena mengena dengan adat resam dan budaya Melayu atau tata susila orang Timur. Jauh sekali bersumber daripada ajaran agama Islam yang suci. Malangnya, orang Islam pada hari ini, terutama remaja, hatta pasangan suami isteri, begitu ghairah dan tanpa usul periksa membudayakan sambutan Hari Kekasih dalam kehidupan mereka. Keseronokan ini disemarakkan lagi oleh pelbagai pihak yang mengambil kesempatan meraih keuntungan.
Renungi firman Allah bermaksud: “Orang Yahudi dan Nasara (Kristian) tidak akan senang kepada kamu sehingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah, ‘Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang benar).’ Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti keadaan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu.” (Surah al-Baqarah, ayat 120)
Daripada Anas, Nabi Muhammad saw bersabda bermaksud: “Tiga sifat yang sesiapa memilikinya akan merasakan kelazatan iman. “Pertama, jika dia mencintai Allah dan Rasulullah lebih daripada lain-lainnya. Kedua, jika dia mencintai sesama manusia semata-mata kerana Allah. Ketiga, enggan kembali kepada kekafiran setelah diselamatkan Allah daripadanya, sebagaimana enggan dimasukkan ke dalam neraka.”(Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).
Abu Hurairah berkata, bersabda Rasulullah bermaksud : “Demi Allah yang jiwaku di tangan-Nya, kamu tidak dapat masuk syurga selagi tidak beriman, dan tidak beriman selagi tidak berkasih sayang sesama manusia. Sukakah saya tunjukkan perbuatan yang kalau kamu kerjakan dapat menimbulkan kasih sayang? Sebarkanlah salam antara kamu.” (Hadis riwayat Muslim)
Umat Islam sewajarnya mengambil iktibar daripada peristiwa pengorbanan Nabi Ibrahim dan Ismail dalam sambutan Aidiladha yang baru saja berlalu. Kisah kecekalan hati seorang ayah dan kesabaran serta keredaan seorang anak dalam menunaikan perintah Allah itu dirakamkan dalam firman-Nya bermaksud : “Maka tatkala anak itu sampai (pada umur sanggup) berusaha bersama-sama (Nabi) Ibrahim, Ibrahim berkata : “Hai anakku, Sesungguhnya aku melihat dalam mimpi bahawa aku menyembelihmu. Maka, fikirkanlah apa pendapatmu.” Dia (Nabi Ismail) menjawab: Hai ayahku! Kerjakanlah apa yang perintahkan kepadamu, insya-Allah kamu akan mendapatiku termasuk orang yang sabar.” (Surah as-Saffat, ayat 102-103)Ayat seterusnya merakamkan ketabahan dan kecekalan hati kedua-duanya dalam menjunjung perintah Allah walaupun ternyata begitu berat dan hampir tidak mampu dilakukan, melainkan dengan keimanan kukuh dan kecintaan yang mendalam terhadap Rabb-nya.Hayati lagi kisah mereka menerusi firman Allah bermaksud : “Tatkala kedua-duanya telah berserah diri dan Ibrahim membaringkan anaknya atas pelipis(nya), (nyatalah kesabaran kedua-dua kamu telah membenarkan mimpi itu), sesungguhnya demikianlah Kami memberi balasan kepada orang yang berbuat baik. Sesungguhnya ini benar-benar suatu ujian yang nyata. Dan Kami tebus anak itu dengan seekor sembelihan yang besar.” (Surah as-Saffat, ayat 103-107)Peristiwa besar itu diangkat martabatnya oleh Allah, lalu mewajibkan mereka yang mampu untuk melakukan ibadah korban setiap tahun pada Aidiladha, ketika berjuta-juta umat Islam seluruh dunia menunaikan ibadah haji.Itulah lambang keimanan dan kasih sayang sejati iaitu melakukan sesuatu hanya kerana mengharapkan ganjaran dan keredaan Allah semata-mata.
Dalam suasana umat Islam masih berduka cita lantaran kesengsaraan dan musibah yang melanda, terutamanya di bumi Aceh, Palestin, Iraq dan seumpamanya. Marilah, kita menghulurkan bantuan demi kasih sayang sesama insan. Pastinya bantuan kita itu tidak sia-sia kerana pahala sedekahnya akan dinikmati sepanjang hayat selagi insan yang menerima sumbangan itu memanfaatkannya.



Isnin, 7 Februari 2011

Bersyukur Apa Yang Ada


Allah benar janji-Nya. Allah telah menentukan sesuatu. Yang hilang tidak bermakna binasa. Yang pergi tidak bermakna kita hilang segalanya.
Kalau kita ukur - banyak mana yang Allah ambil, dibanding dengan banyak mana yang Allah telah beri kepada kita.

Firman Allah:

"Kalau kita cuba hitung nikmat Allah, nescaya tidak akan terhitung banyaknya." - (Ibrahim 14:34)

Mata, telinga, mulut, kaki dan sebagainya. Harta yang melimpah ruah. Pandang sahaja di sekitarmu. Apa yang kurang? Tiada apa yang kurang, saudara. Rumah, kereta, isteri, anak-anak, segalanya cukup.

Dan apabila musibah menimpa, Allah tarik balik sedikit sahaja dari kurnia-Nya, mengapa harus berdukacita? Mengapa harus bersedih? Bukankah itu petanda bahawa Allah mungkin menggantikan dengan sesuatu yang lebih baik? Allah tarik sesuatu untuk Allah berikan sesuatu yang lain. Tidak mustahil.

Berlapang dada kepada Allah, bahawa Allah menentukan segalanya. Yakinlah.

Firman Allah:

"Jangan takut, jangan berdukacita." - (Al-Ankabut 29:33)

Kadang-kadang manusia merasa dukacita kerana beban hidup yang terlalu banyak. Penyakit yang menimpa. Masalah keluarga yang banyak. Masalah anak, masalah isteri, masalah jiran, masalah kerja, masalah kereta, masalah itu ini dan sebagainya. Maka dia bersedih, dia berdukacita, jiwanya tertekan.

Mengapa harus bersedih? Bukankah hidup ini penuh dengan perjuangan mengatasi segala masalah? Hidup bermakna kita berdepan dengan masalah. Orang yang tidak mahu berdepan dengan masalah maka dia tidal layak untuk hidup di dunia ini.

Masalah yang besar yang tetap akan kita hadapi ialah hasutan iblis dan syaitan. Tidak ada masalah yang lebih besar daripada itu.

Mungkin kita merasakan bahawa masalah anak yang terlalu menekan. Anak kita nakal, anak kita degil, anak kita tidak mendengar cakap, anak kita suka melawan, dan sebagainya. Saudara, bukankah itu mengajak kita berusaha berjihad mendidiknya?! Dan setiap didikan kita kepada anak kita akan diberikan pahala oleh Allah SWT. Lantas berusahalah untuk mendidiknya, mengajarnya, mengasuhnya, dengan cara yang terbaik.

Apakah ada masalah yang lebih besar di dunia ini daripada masalah berdepan dengan hasutan syaitan, dengan iblis? Syaitan yang sentiasa mengajak kita untuk melakukan kejahatan, syaitan yang sentiasa mengajak kita untuk melakukan maksiat. Itu masalah yang besar. Sebab itu mujahadatun-nafs -- melawan nafsu, melawan syaitan, melawan iblis, itu adalah asas kepada perjuangan jihad manusia di muka bumi ini.

Iblis bersumpah dengan Allah SWT bahawa dia akan mengganggu Bani Adam, dia akan menggoda Bani Adam, dia akan menyesatkan Bani Adam. Mereka akan berusaha melakukan itu secara berterusan, sejak kita kecil, dewasa hingga kembali kepada Allah SWT. Ini masalah yang perlu kita hadapi. Adapun selain daripada itu anggaplah ia asam garam kehidupan.

Masalah yang kita lalui mematangkan jiwa kita, mematangkan akal kita, mematangkan peribadi kita. Akhirnya orang yang sudah banyak melalui masalah, dia menjadi manusia yang tenang, kerana dia rasa lapang dengan segala penyelesaian yang dia hadapi.

Yakinlah dengan sebarang masalah diserahkan kepada Allah. Kita setakat berusaha, Allah jua yang menentukan. Aminnnn......