Ahad, 27 November 2016

Meja Jepun dengan Bangku

Alhamdulillah...cuti hujung minggu hari ini dapat menyiapkan kerja-kerja membaiki 06 x meja jepun dengan 07 x bangku kayu di masjid. Walaupun kerja ini nampak ringan tetapi dapat memberi pengalaman baru pada aku dengan dibantu oleh 2 orang pembantu. Suatu kepuasan apabila mendapat hasil yang memuaskan walaupun hanya membaikinya sahaja...
Lepas ni kalau ada sesiapa memerlukan perkhidmatan kami, bolehlah menghubungi kami. In shaa Allah kami boleh membantu dengan kos yang minima.


kerja-kerja membaik-pulih sedang di buat
Gambar meja jepun (asal) sebelum dibaiki
Meja Jepun yang relah siap dibaik-pulih
Bangku kayu yang telah siap

Semoga hasil usaha ini dapat dimanfaatkan oleh semua jemaah masjid ini dengan sebaik mungkin.  Terima kasih kerana sentiasa memberi kepercayaan kepada kami.

Sabtu, 26 November 2016

Gambar Retak Seribu

Inilah gambar yang dikatakan retak seribu tu....ada ke sampai seribu?
hheeee....

Cermin yang retak
Cermin yang telah siap diganti baru

Retaknya ini tiada kena mengena dengan unsur2 tidak baik..mungkin dah tiba masanya untuk ditukar baru..Redho dengan ketentuan Allah...

Khamis, 24 November 2016

Retak Seribu

dah lama tak menulis blog. Kalau baca pada tajuk retak seribu ni biasanya dikaitkan dekat hati dan perasaan, tapi retak ini memang betul-betul retak. Cermin tingkap kereta kenari yang aku guna selama ini tiba-tiba retak. Berkemungkinan faktor cuaca bukan dari unsur-unsur lain sebab retaknya datang dari bawah cermin naik ke atas menyebabkan semua retak. Nasib baik tinted..tidaklah terus berderai. Kejadian pun masa kereta parking..dah banyak hari tak berjalan. Entah berapa harga cermin tingkap sebelah pemandu Wallahuaklam...esok ada masa aku pergi kedai pasang cermin tingkap yang baru. Harap-harap ada sparepart walaupun kenari dah tak di keluarkan oleh Perodua.
Tak sempat nak ambil gambar retak seribu tu..