Ahad, 5 April 2015

Cerita Hari Ini

0930H : Sedang saya melihat pemandangan di luar jendela tiba-tiba ada benda jatuh dari aras atas terkena tingkap rumah saya dan saya terkejut..Eehhh! !! Apa pula yang jatuh nie ( dalam hati berkata). Bila tengok dibawah, Owwhh. .!!! Cucur kodok pagi yang disediakan hari nie x sedap agaknya sebab tu dibuang.
Tengok ke bawah lagi..Alhamdulillah. ...jatuh jauh dari kereta yang parking dibawah. Lagi pun yang jatuh pun cucur kodok sahaja pun. Tak membahayakan agaknya. Hheeee...

Inilah ragam hidup bermasyarakat tinggal di apartmen. Kerjasama semua amatlah diharapkan untuk menjaga kebersihan dan keselamatan antara satu sama lain.

Sabtu, 4 April 2015

Terima Kasih

Asalamualaikum....rasanya dah lama aku tak aktifkan blog ini disebabkan terlalu banyak tugasan lain yang perlu dibuat. Walau bagaimanapun Alhamdulillah hari ini ada masa sedikit terluang untuk update blog walaupun untuk ubah 'template' dengan harapan untuk semangat yang baru untuk terus menulis blog. Terima kasih pada yang sentiasa mengikuti blog maelburger.blogspot.com