Isnin, 11 Mei 2015

Pulut Inti Ayam vs Gulai Kawah

Semalam sempat hadir majlis bacaan surah Yasin dan Tahlil serta doa selamat di Seksyen 18 Shah Alam. Apa yang menariknya ialah terjumpa sejenis kuih tradisional yang dibalut dengan daun pisang..memang kemas betul cara balutannya.  Kuih pulut inti..biasanya pulut inti ni dibungkus cara 3 segi macam bungkus nasi lemak. Yang ni 4 segi. Sempat juga aku makan semalam.
Lagi satu menu yang 'special'nya ialah gulai kawah. Tengok pun dah teringin nak makan..bila dah makan memang sedap betul...perencahnya dicampur dgn..pisang muda..terung..kacang panjang dan lain lain.  Kalau kat kampung memang senang jumpa buat macam ni tapi kat Shah Alam  memang susah nak dapat. Bila dah jumpa apa lagi..rezeki tak di tolak. 


PULUT INTI AYAM
GULAI KAWAH

































Terima kasih kerana sudi menjemput kami sekeluarga ke majlis Tahlil semalam. Semoga 
Pak Njang sekeluarga dimurahkan rezeki oleh Allah. Ammiiinn....