Ahad, 25 September 2011

Orang Yang Menyintai Kamu


Orang yang mencintai kamu tidak pernah mampu memberikan alasan kenapa dia mencintai kamu. Yang dia tahu di hati dan matanya hanya ada kamu satu-satunya.

 Walaupun kamu sudah memiliki teman istimewa atau kekasih, dia tidak peduli! Baginya yang penting kamu bahagia dan kamu tetap menjadi impiannya.

  Orang yang mencintai kamu selalu menerima kamu apa adanya, di hati dan matanya kamu selalu yang tercantik walaupun mungkin kamu merasa berat badan kamu sudah bertambah.

 Orang yang mencintai kamu selalu ingin tahu tentang apa saja yang kamu lalui sepanjang hari ini, dia ingin tahu kegiatan kamu.

  Orang yang mencintai kamu akan mengirimkan SMS seperti ‘Selamat Pagi’,'Selamat Hari Minggu’, ‘Selamat Tidur’, ‘Take Care’, dan lain-lain lagi, walaupun kamu tidak membalas SMS-nya, kerana dengan kiriman SMS itulah dia menyatakan cintanya, menyatakan dalam cara yang berbeza,bukan “aku CINTA padamu”, tapi berselindung ayat selain kata cinta itu.

  Jika kamu menyambut hari tahun dan kamu tidak mengundangnya ke majlis yang kamu adakan, setidak-tidaknya dia akan menelefon untuk mengucapkan selamat atau mengirim SMS.

  Orang yang mencintai kamu akan selalu mengingat setiap kejadian yang dia lalui bersama kamu, bahkan mungkin kejadian yang kamu sendiri sudah melupakannya, kerana saat itu ialah sesuatu yang berharga untuknya.Dan saat itu, matanya pasti berkaca. kerana saat bersamamu itu tidak bisa berulang selalu.

 Orang yang mencintai kamu selalu mengingati setiap kata-kata yang kamu ucapkan, bahkan mungkin kata-kata yang kamu sendiri lupa pernah mengungkapkannya. kerana dia menyematkan kata-kata mu di hatinya,berapa banyak kata-kata penuh harapan yang kau tuturkan padanya, dan akhirnya kau musnahkan? pasti kau lupa, tetapi bukan orang yang mencintai kamu.

  Orang yang mencintai kamu akan belajar menggemari lagu-lagu kegemaran kamu, bahkan mungkin meminjam CD milik kamu, kerana dia ingin tahu apa kegemaran kamu - kesukaan kamu kesukaannya juga, walaupun sukar meminati kesukaan kamu, tapi akhirnya da berjaya.

  Kalau kali terakhir kalian bertemu kamu mungkin sedang selesema, atau batuk-batuk, dia akan sentiasa mengirim SMS atau menelefon untuk bertanya keadaan kamu - kerana dia bimbangkan tentang kamu, peduli tentang kamu.

  Jika kamu mengatakan akan menghadapi ujian, dia akan tanyakan bila ujian itu berlangsung, dan saat harinya tiba dia akan mengirimkan SMS ‘good luck’ untuk memberi semangat kepada kamu.

  Orang yang mencintai kamu akan memberikan suatu barang miliknya yang mungkin buat kamu itu ialah sesuatu yang biasa, tetapi barang itu sangat istimewa.

 Orang yang mencintai kamu akan terdiam sesaat, ketika sedang bercakap di telefon dengan kamu, sehingga kamu menjadi bingung. Sebenarnya saat itu dia merasa sangat gugup kerana kamu telah menggegarkan dunianya.

  Orang yang mencintai kamu selalu ingin berada dekat dengan kamu dan ingin menghabiskan hari-harinya hanya dengan kamu.

  Jika suatu saat kamu harus pindah ke daerah lain, dia akan sentiasa memberikan nasihat agar kamu waspada dengan persekitaran yang boleh membawa pengaruh buruk kepada kamu. dan jauh dihatinya dia benar-benar takut kehilangan kamu, pernah dengar ‘jauh di mata, jauh di hati?’

  Orang yang mencintai kamu bertindak lebih seperti saudara daripada seperti seorang kekasih.

  Orang yang mencintai kamu sering melakukan hal-hal yang SENGAL seperti menelefon kamu 100 kali dalam masa sehari. Atau mengejutkan kamu di tengah malam dengan mengirim SMS. Sebenarnya ketika itu dia sedang memikirkan kamu.

 Orang yang mencintai kamu kadang-kadang merindukan kamu dan melakukan hal-hal yang membuat kamu pening kepala. Namun ketika kamu mengatakan tindakannya itu membuat kamu terganggu dia akan minta maaf dan tak akan melakukannya lagi.

 Jika kamu memintanya untuk mengajarimu sesuatu maka ia akan dgn sabar walaupun kamu mungkin orang yang terbodoh di dunia!.bahkan dia begitu gembira kerana dapat membantu kamu. dia tidak pernah mengelak dari menunaikan permintaan kamu walau sesukar permintaan mu.

 Kalau kamu melihat handphone-nya maka nama kamu akan menghiasi sebahagian besar INBOX-nya. Dia masih menyimpan SMS-SMS dari kamu walaupun ia kamu kirim berbulan-bulan atau bertahun-tahun yang lalu. Dia juga menyimpan surat-surat kamu di tempat khas dan segala pemberian kamu menjadi benda-benda berharga buatnya.

 Dan jika kamu cuba menjauhkan diri daripadanya atau memberi reaksi menolaknya, dia akan menyedarinya dan menghilang dari kehidupan kamu, walaupun hal itu membunuh hatinya.

 Jika suatu saat kamu merindukannya dan ingin memberinya kesempatan dia akan ada menunggu kamu kerana sebenarnya dia tak pernah mencari orang lain. Dia sentiasa menunggu kamu.

  Orang yang begitu mencintaimu, tidak pernah memaksa kamu memberinya sebab dan alasan, walaupun hatinya meronta ingin mengetahui, kerana dia tidak mahu kamu terbeban dengan karenahnya. saat kau pinta dia berlalu,dia pergi tanpa menyalahkan kamu, kerana dia benar-benar mengerti apa itu cinta.

Sabtu, 17 September 2011

Waspada Jangan Tertipu Kepada Dua Nikmat

AL-IMAM al-Bukhari, Ahmad, at-Tirmizi dan Ibnu Majah meriwayatkan sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Dua nikmat yang kebanyakan manusia tertipu olehnya iaitu, nikmat sihat dan masa lapang."

Kisah yang dipaparkan ini dipetik dari buku Ihfazilllah Yahfazuka karya Dr 'Aidh al-Qarni.

Suatu hari seorang lelaki miskin mengeluh: “Ya Allah! Engkau telah membuatku miskin, sedangkan Engkau membuat si polan kaya.” Lalu dia pun tertidur dalam keadaan bersedih. Lelaki itu bermimpi bertemu dengan orang salih yang berkata kepadanya: “Wahai si polan, mahukah kamu menjual penglihatanmu kepadaku dengan harga seratus ribu dinar?

Jawabnya: “Tidak.” Lelaki itu bertanya lagi: “Mahukah kamu menjual kepadaku pendengaranmu, kaki dan tanganmu masing-masing berharga seratus ribu dinar?” Maka, dia pun menghitung-hitung harga yang disebutkan tadi. Lelaki itu berkata: “Maha suci Allah Sesungguhnya kamu memiliki ratusan ribu dinar, tetapi kamu tidak mensyukurinya dan kamu masih mengharapkan semoga Allah memberi rezeki kepadamu lagi? Maka, dia pun tersedar daripada tidurnya sambil menangis dan berkata: “Bagimu segala puji wahai Tuhanku.”

Bersyukur dengan nikmat sihat cukup membuat kita kaya raya sementara orang yang sakit hanya dicengkam ketakutan dengan soalan “siapa yang akan mewarisi hartanya itu?”.

Kita semua dijadikan sebagai makhluk yang miskin, lalai dan tidak memahami sesuatu pun, tetapi Allah menganugerahkan kita dengan harta, ilmu dan iman.

Belum cukupkah itu semua untuk menjadikan kita hamba-Nya yang bersyukur? Hitunglah nikmat Allah pada setiap tarikan nafas dan hembuskannya dengan syukur yang tidak terhingga.

Ingatlah ketika Rasulullah SAW bangun sembahyang pada waktu malam hingga bengkak kedua-dua kaki Baginda, padahal syurga berada di genggamannya dan kedudukan kekasih Allah menjadi sebutan baginya. Namun, tiada kalimah seindah sabda Baginda bermaksud: “Tidak bolehkah aku menjadi hamba yang bersyukur kepada Tuhanku?”

Khamis, 15 September 2011

Rahsia Senyum Yang Terabai

Senyum seringkali diabaikan dalam kehidupan seharian. Lebih-lebih lagi dalam dunia yang serba sibuk ni..asyik dahi je berkerut. Senyum tak senyum kita boleh tahu perwatakan seseorang dengan jelas pada raut wajahnya apakah ia seorang yang tenang atau selalu dalam ‘trouble’. Senyum tak semestinya bibir naik sampai ke telinga. Hehehe. Senyum itu jika dari hati yang ikhlas akan terpancar pada air muka walau bibir selamba saja.

  Para saintis mendapati senyum dan ketawa merupakan ‘senaman dalaman’ di mana dapat merangsang seluruh tubuh dan mampu memberi manfaat berguna kepada sistem saraf otak dan juga hormon-hormon. Badan juga turut 'tersenyum' dan menganggap kita dalam mood gembira.

  Memulakan hari dengan senyuman bukan sahaja berupaya membuatkan hidup kita sentiasa ceria tetapi dari sudut kesihatan ia memberi banyak kebaikan.

  Kadangkala perkara-perkara yang mudah macam nilah selalu saja tidak dipedulikan walhal ianya amat penting untuk diri kita. Sebagai contoh, perhatikan saja nafas kita. Ianya nampak mudah dan macam takde apa yang nak dihirau kan? Tapi cuba kalau tak bernafas dalam seminit… macamana la rasa ek? Itu belum dibuka rahsia bab nafas yang banyak faedah & rahsia2nya. Hehehe… Saya bukan ahli dalam bab ilmu nafas ni.

Berbalik bab senyum ni, sebelum kita nak belajar-belajar senyum jom kita baca apa faedahnya senyum ni.

Senyum membuat kita tampak menarik.
  Orang yang banyak tersenyum memiliki daya tarik. Orang yang suka tersenyum membuat perasaan orang disekitarnya damai dan senang hati. Orang yang selalu merungut, cemburu, dan mengerut dahi membuat orang-orang di sekitar tidak selesa. Apabila diperhatikan orang yang banyak tersenyum memiliki lebih banyak teman.

Senyum mengubah perasaan.
  Jika kita sedang sedih, cubalah senyum. Senyuman akan membuat perasaan menjadi lebih baik dan seronok. Menurut pemerhatian, senyum dapat menguatkan tubuh sehingga perasaan berubah menjadi semakin rilex. Automatik!

Senyum menghilangkan stres.
  Stres dapat dilihat pada raut wajah. Senyuman boleh menghilangkan lelah, bosan, dan sedih. Ketika kita stres, ambillah waktu untuk tersenyum. Senyuman akan mengurangi stres dan membuat fikiran lebih jernih.

Senyum meningkatkan imuniti.
  Senyum membuat sistem imun bekerja lebih baik. Fungsi imun tubuh bekerja secara maksima ketika seseorang merasa rilex.

Senyum menurunkan tekanan darah.
  Tak percaya? Cuba anda catatkan tekanan darah saat anda tidak tersenyum dan catat lagi tekanan darah saat anda tersenyum semasa diperiksa. Tekanan darah saat anda tersenyum pasti lebih rendah.

Senyum jadi awet muda.
  Dengan senyuman dapat menggerakkan banyak otot . Dikatakan kita hanya menggunakan 17 otot muka berbanding 43 ketika mengerutkan dahi. Dengan banyak tersenyum kita akan kelihatan lebih awet muda.

Senyum membuat kita kelihatan sukses.
  Orang yang sentiasa tersenyum kelihatan lebih ‘confident’, terkenal, dan berwibawa. Lihatlah orang-orang yang berjaya, senyuman di wajah tak pernah lekang.

Senyum membuat fikiran positif.
  Cuba praktikkan! : Fikirkan perkara-perkara buruk/negatif sambil tersenyum. Mesti susah kan? Sebabnya, ketika kita tersenyum, tubuh mengirim satu signal positif "hidup selalu baik". Sehingga saat tersenyum, tubuh menerimanya sebagai anugerah alami.

Senyum murahkan rezeki & lerai kesulitan.
  Kita ambil satu kisah seorang ahli sufi terkenal, Abu Yazid Al Busthami yang pernah didatangi seorang lelaki, wajahnya kusam dan berkerut. Dengan murung lelaki itu mengadu:
  “Tuan Guru, sepanjang hidup saya, rasanya tak pernah saya tinggal ibadah saya kepada Allah. Sewaktu orang lain sedang tidur, saya masih bermunajat. Isteri saya belum bangun, saya sudah mengaji. Saya juga bukan pemalas yang enggan mencari rezeki. Tetapi mengapa saya selalu malang dan kehidupan saya penuh kesulitan?”

Tuan Guru menjawab sederhana:
  “Perbaiki penampilanmu serta ubah air muka dan raut wajahmu. Tahukah kamu, Rasulullah s.a.w adalah seorang yang miskin namun wajahnya tak pernah keruh dan selalu ceria. Sebab menurut Rasulullah s.a.w, salah satu tanda penghuni neraka ialah muka masam yang membuat orang curiga kepadanya.”

Dah habis baca faedah senyum, sekarang cuba praktikkan beberapa tips senyum ni. InsyaAllah anda akan lihat hasil kehidupan anda amat memuaskan.

Senyumlah ketika:

1) Bangun dari tidur - mulailah kehidupan dengan penuh keceriaan
2) Selepas mandi – tubuh bertambah-tambah segar dengan mandian + senyuman
3) Sebelum mulai sesuatu kerja – kerja yang sukar menjadi mudah
4) Buntu, masalah – fikiran jadi terbuka, mudah dapat idea bernas & jalan keluar
5) Sebelum & selepas ibadah wajib & sunat
6) Sebelum tidur – dapat leraikan ‘sampah’ dalam fikiran. Tidur jadi nyenyak.
7) Setiap keadaan

Banyak cara kita boleh senyum. Nak atau tak saja. Tak perlu keluar modal, duit pun. Tapi inilah yang sering kita lupa. Sekarang dah tahu, kita faham maka amalkanlah. Untung pada diri sendiri juga, orang di sekeliling pun dapat ‘habuannya’.

p.s. Senyum yang tidak digalakkan: Senyum sinis, senyum nak mengorat anak dara, senyum kambing. Ha ha ha…

‘Senyum Sokmo!’

Kepada pengamal Reiki, senyum sudah menjadi kemestian dalam praktik seharian.
Senyum, Santai & Pasrah.

Khamis, 8 September 2011

Wanita Cantik Mudah Memerangkap Lelaki?

 Apabila di tanya mana-mana lelaki tentang ciri-ciri awek macam mana diaorang mahukan, jawapan pertama diaorang mesti si awek tu cantik. Kadang-kadang lelaki yang tak berapa handsome pun ada angan-angan nak awek cun. Bila jalan berdua-duaan sambil pegang tangan nampak dah macam beauty and the beast pulak. Kata orang tidak di peduli yang penting boleh jalan dengan bidadari. Waa..baru nampak macho. Pernah kita terfikir kenapa lelaki hanya maukan awek cun. Yang tak cun langsung tak dilayan.
Pada pandangan aku ni.....
  Sebenarnya lelaki yang tak berapa handsome ni kalau dah dapat awek yang cun melecun diorang rasa sangat bangga. Sebab bukan mudah nak dapat yang betul-betul cun. Kalau boleh nak berkepit dua puluh empat jam bertenggek atas motor di kaki lima, bagi semua orang tengok awek dia. Ada yang puji lagi lah kembang hidung si pakwe. Awek cun pula untung sebab diorang akan di tatang bagai minyak yang penuh oleh pakwe mereka.
Tetapi awek cun ni adakah mereka ni ikhlas berkawan ataupun hanya menggunakan kecantikan yang Allah kurniakan semata-mata untuk mengambil kesempatan terhadap lelaki. Baca Petikan di bawah...

PETIKAN DARI METRO GLOBAL

Hormon estradiol jadikan mereka sentiasa kurang puas hati dengan kekasih yang ada... Bagi mereka yang mempunyai banyak estradiol, satu bentuk estrogen, selalunya lebih menarik dari segi fizikal dan mudah memerangkap lelaki.

Mereka juga kurang berpuas hati dengan kekasih yang ada. Dengan itu wanita yang sedemikian sering berlaku curang, menurut hasil kaji selidik yang disiarkan daalm jurnal Royal Society.
Hormon steroid ovari itu juga dikaitkan dengan muka bersimetri, payudara besar dan nisbah ukuran pinggang ke paha yang rendah. Penyelidik juga mendapati bahawa wanita cantik berkemungkinan besar mengambil kesempatan terhadap keseksian mereka untuk memerangkap lelaki terbaik.

Dr. Kristina Durante berkata: "Wanita yang secara fizikalnya cantik bukan setakat mempunyai banyak pilihan, malah juga standard tinggi yang sukar dipuaskan. Mereka juga mempunyai alasan yang sedikit untuk komited kepada teman yang khusus jika ada lelaki berpotensi yang lebih berkualiti."
Dalam kajiannya, Kristina dari Universiti Texas, AS, mengukur paras estradiol di kalangan 52 pelajar wanita. Analisis yang dilakukan menunjukkan wanita paling cantik menikmati kepuasan paling kurang. Bagaimanapun mereka akan memilih untuk menjalin hubungan jangka panjang daripada mengadakan hubungan singkat dengan beberapa lelaki.

  Pandangan aku biarlah memiliki akhlak yang baik....senang dunia dan akhirat seandainya dapat bersama keakhir hayat, kerana kecantikan hanyalah sementara pinjaman dari Allah Yang Maha Esa. Bila-bila masa sahaja Allah boleh menarik balik kurniaanNya.
Wassalam.......

Sabtu, 3 September 2011

Konsep Cinta Dalam Islam


“Syair Arab menyebut, apabila seseorang yang bercinta di tanya, “Apakah kau menyintai atau sedang bercinta dengannya?”, maka dijawabnya, “Oh, tidak…kawan sahaja atau apa sahaja alasannya,” Ketahuilah dia seorang pasangan KAZZAB (penipu)”.
Istilah cinta amat popular dan menjadi satu ungkapan setia di bibir-bibir remaja yang menganggapnya satu kalimah suci dan bererti. Ada yang berbangga memiliki seorang kekasih yang setia dan mula memasang angan-angan untuk mendirikan rumah tangga bersama pasangan pilihan.
Fenomena ini berlanjutan dari bangku sekolah lagi malah adakalanya membawa kepada sesuatu di luar jangkauan. Cinta perlu difahami. Semestinya seorang remaja perlu memahami kehendak dan definisi yang tepat. Tanya pada diri, sama ada cinta hanya sekadar gelojak perasaan serta rasa tertarik antara satu sama lain cukup untuk menjelaskan maksudnya?
Di dalam artikel bertajuk Hakikat Percintaan Dalam Islam, rasa hati yang dinamakan cinta merupakan satu perasaan yang semulajadi di alami oleh setiap insan baik muda mahupun tua.
Allah telah menganugerahkan manusia naluri untuk meneruskan keturunan (salah satunya, menyukai pasangan berlainan jantina) atau dikenali dengan gharizah Al-Nau’. Ini merupakan salah satu naluri manusia dari yang tiga iaitu gharizah Al-baqa’ (naluri untuk meneruskan kehidupan dan mempertahankan), gharizah Al-Tadayyun (naluri untuk menyembah dan beragama) dan gharizah Al-Nau’. Jadi adanya perasaan itu sememangnya sudah fitrah manusia dan perkara ini wajar dan tidak haram di sisi Islam.
Dalam keadaan ini, manusia perlu memahami kedudukan cintanya dan ke mana hala tuju seterusnya. Malangnya remaja hilang punca dan meletakkan satu kesimpulan yang mudah tentang hakikat cinta.
Cinta perlu difahami sebagai satu rasa kasih sayang yang penuh rasa hormat, tanggungjawab, kesetiaan, komitmen, keikhlasan, bermaruah dan ada matlamat. Jika ciri-ciri ini tidak ada dalam apa yang dikatakan sebagai cinta, maka hubungan sedemikian sekadar satu permainan dan kepura-puraan sahaja.
Konsep cinta dalam Islam meletakkan satu aturan yang sistematik dan teratur tanpa mengabaikan hubungan antara manusia dan Allah. Atas dasar ini, Islam meletakkan cinta pada satu kedudukan yang bermaruah dan bernilai baik bagi pihak lelaki dan perempuan. Ke mana hala tujunya destinasi cinta remaja? Adakah setakat mengisi usia remaja dan adakalanya putus di tengah jalan? Mungkin destinasi cinta remaja yang diingini lebih kepada konsep ala Barat yang disifatkan penuh romantis dan indah.
Mulianya cinta berlandaskan Islam kerana cinta yang dibina bermatlamat. Kerana ingin mendapat kasih sayang Tuhan, manusia sedia berkongsi rasa cinta dan kasih sayang sesama insan. Kerana inginkan kasih sayang Tuhan jualah, masing-masing ingin selamat-menyelamatkan antara satu sama lain dari segi hubungan dan kehidupan di dunia untuk mengejar sesuatu yang abadi di akhirat.
Cinta yang dibina bukan cinta kosong tetapi cinta yang punya pengertian yang luhur dan hanya dapat dirasakan dengan jiwa yang bersih yang sentiasa mencari Tuhan.“Syair Arab menyebut, apabila seseorang yang bercinta di tanya, “Apakah kau menyintai atau sedang bercinta dengannya?”, maka dijawabnya, “Oh, tidak…kawan sahaja atau apa sahaja alasannya,” Ketahuilah dia seorang pasangan KAZZAB (penipu)”.
Istilah cinta amat popular dan menjadi satu ungkapan setia di bibir-bibir remaja yang menganggapnya satu kalimah suci dan bererti. Ada yang berbangga memiliki seorang kekasih yang setia dan mula memasang angan-angan untuk mendirikan rumah tangga bersama pasangan pilihan.
Fenomena ini berlanjutan dari bangku sekolah lagi malah adakalanya membawa kepada sesuatu di luar jangkauan. Cinta perlu difahami. Semestinya seorang remaja perlu memahami kehendak dan definisi yang tepat. Tanya pada diri, sama ada cinta hanya sekadar gelojak perasaan serta rasa tertarik antara satu sama lain cukup untuk menjelaskan maksudnya?
Di dalam artikel bertajuk Hakikat Percintaan Dalam Islam, rasa hati yang dinamakan cinta merupakan satu perasaan yang semulajadi di alami oleh setiap insan baik muda mahupun tua.
Allah telah menganugerahkan manusia naluri untuk meneruskan keturunan (salah satunya, menyukai pasangan berlainan jantina) atau dikenali dengan gharizah Al-Nau’. Ini merupakan salah satu naluri manusia dari yang tiga iaitu gharizah Al-baqa’ (naluri untuk meneruskan kehidupan dan mempertahankan), gharizah Al-Tadayyun (naluri untuk menyembah dan beragama) dan gharizah Al-Nau’. Jadi adanya perasaan itu sememangnya sudah fitrah manusia dan perkara ini wajar dan tidak haram di sisi Islam.
Dalam keadaan ini, manusia perlu memahami kedudukan cintanya dan ke mana hala tuju seterusnya. Malangnya remaja hilang punca dan meletakkan satu kesimpulan yang mudah tentang hakikat cinta.
Cinta perlu difahami sebagai satu rasa kasih sayang yang penuh rasa hormat, tanggungjawab, kesetiaan, komitmen, keikhlasan, bermaruah dan ada matlamat. Jika ciri-ciri ini tidak ada dalam apa yang dikatakan sebagai cinta, maka hubungan sedemikian sekadar satu permainan dan kepura-puraan sahaja.
Konsep cinta dalam Islam meletakkan satu aturan yang sistematik dan teratur tanpa mengabaikan hubungan antara manusia dan Allah. Atas dasar ini, Islam meletakkan cinta pada satu kedudukan yang bermaruah dan bernilai baik bagi pihak lelaki dan perempuan. Ke mana hala tujunya destinasi cinta remaja? Adakah setakat mengisi usia remaja dan adakalanya putus di tengah jalan? Mungkin destinasi cinta remaja yang diingini lebih kepada konsep ala Barat yang disifatkan penuh romantis dan indah.
Mulianya cinta berlandaskan Islam kerana cinta yang dibina bermatlamat. Kerana ingin mendapat kasih sayang Tuhan, manusia sedia berkongsi rasa cinta dan kasih sayang sesama insan. Kerana inginkan kasih sayang Tuhan jualah, masing-masing ingin selamat-menyelamatkan antara satu sama lain dari segi hubungan dan kehidupan di dunia untuk mengejar sesuatu yang abadi di akhirat.
Cinta yang dibina bukan cinta kosong tetapi cinta yang punya pengertian yang luhur dan hanya dapat dirasakan dengan jiwa yang bersih yang sentiasa mencari Tuhan.