Ahad, 7 September 2014

Kejohanan Sepak Takraw KFC-Utusan 2014

Pagi tadi sempat berkunjung menyaksikan pertandingan sepak takraw KFC-Utusan Peringkat Akhir di Space U8 Shah Alam. Ambil kesempatan Tebus & Menang keratan kepala akhbar. Dapat 1 unit botol air pun jadilah. Alhamdulillah..

Selasa, 6 Mei 2014

HIDUP TIDAK KEKAL


Marilah bersama-sama kita pertingkatkan amal agar sentiasa mendapat rahmat dari Allah sebagai bekalan di akhirat nanti. Dimanakah tempat kita?

Rabu, 1 Januari 2014

Selamat Tahun Baru 2014

Selamat Tahun Baru 2014. Semoga amal ibadat kita dapat dipertingkatkan dari semasa kesemasa. Jika tahun lepas ada terkurang maka tahun ini selagi kita bernafas buatlah amal ibadat sebanyak mungkin. Walaupun kita tidak nampak ganjaran di depan mata sekarang,  In Sha Allah di akhirat nanti kita akan dapat. Jika sebelum ini kita hanya ke masjid hanya seminggu sekali semasa solat Jumaat sahaja. Apakata tahun ini kita pergi ke masjid solat berjemaah sekurang2nya satu waktu sehari ( 5 waktu adalah terbaik). Biarlah bermula dari sikit daripada tiada permulaan langsung. Lama kelamaan In Sha Allah hati kita akan resah kalau tidak ke masjid berjemaah. Bukannya susah untuk mendapat pahala dari Allah taala. Marilah bersama kita mengimarahkan masjid2 tidak kira dimana berada.

Semoga kehidupan yang kita akan lalui selepas ini akan dipermudahkan dengan amal ibadat kita disamping berdoa kehadrat Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani. Amiinn yarabbal alaamin...