Jumaat, 22 Januari 2010

renungan sejenak

Dunia fesyen hari semakin jauh menyimpang dan kebanyakannya mengeksploitasi artis Malaysia yang dilihat berpakaian tetapi sebenarnya telanjang (tidak menutup aurat) seperti yang pernah diungkapkan oleh Rasulullah SAW:

"Sesungguhnya sebilangan ahli neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya." [Riwayat Bukhari dan Muslim]

Setiap umat Islam mempunyai hak untuk memakai apa sahaja, tetapi Islam juga mempunyai hak ke atas mereka untuk mendidik kod etika berpakaian yang betul agar mereka tidak disamakan dengan artis yang bukan Islam.

Allah berfirman dalam Al-Quran: "Hai nabi-nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar) yang demikian itu supaya mereka mudah dikenali. Lantaran itu mereka tidak diganggu. Allah maha pengampun lagi maha penyayang." [Al Ahzab 33:59].


Sesungguhnya, telah banyak peringatan yang Allah beri, tetapi mungkin artis-artis ini tidak tahu, oleh itu menjadi kewajipan untuk kita menegur mereka dan berkongsi peringatan dari Rasulullah kepada anaknya iaitu:

"Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya" [Riwayat Bukhari dan Muslim]

Sesungguhnya Islam tidak melarang fesyen untuk wanita Islam tetapi biarlah fesyen itu melindungi mereka daripada fitnah dan bahaya jenayah rogol.
Fikir-fikirkanlah.

Rabu, 20 Januari 2010

Hanya satu panggilan RM3,511 hilang sekelip mata

Hanya satu panggilan RM3,511 hilang sekelip mata


2010/01/20
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel

KUALA LUMPUR: Bermodalkan suara lunak di gagang telefon, beberapa ahli sindiket penipuan profesional kad kredit dikesan ‘menyedut’ wang orang ramai dengan hanya menyamar sebagai pegawai Bank Negara Malaysia.

Sindiket penipuan profesional berkenaan didakwa hanya perlu meyakinkan mangsa menyerahkan nombor siri kad kredit sebelum wang mangsa lesap dalam tempoh beberapa minit.


Dalam beberapa kes, suspek menyamar sebagai pegawai Jabatan Siasatan Penipuan Kad Kredit Bank Negara yang sedang melakukan intipan dan operasi membongkar individu yang melakukan penipuan.


Kejadian terbaru pada 11 Januari lalu membabitkan seorang kerani bernama Low, 40, yang dihubungi suspek yang kononnya menjalankan siasatan, kira-kira jam 8.45 malam.


Lelaki terbabit bertanya sama ada mangsa ada membuat pembelian barang kemas di premis menjual barang kemas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Mangsa yang curiga dengan identiti lelaki berkenaan bagaimanapun menafikan sebelum meletakkan telefon itu.


Bagaimanapun, tidak lama kemudian mangsa menerima pula panggilan telefon daripada seorang lagi lelaki yang memperkenalkan diri sebagai pegawai dari Bank Negara.


Dengan nada tegas dan meyakinkan, suspek mendakwa mangsa diperdaya pihak tertentu dengan menggunakan kad kredit palsu dengan nombor kad kredit miliknya.


Lakonan hebat itu menyebabkan mangsa yakin dakwaan berkenaan selepas suspek memberitahu pihaknya sedang menjalankan siasatan mengenal pasti suspek yang menyamar itu.


Suspek berpura-pura membacakan nombor kod kad kredit mangsa bagi tujuan penyemakan sebelum meminta mangsa mengesahkan nombor rahsia kad kredit.


Pada masa sama, suspek mengarah mangsa ke mesin pengeluaran wang automatik bagi menyemak 16 digit nombor kad kreditnya secepat mungkin.


Malah, suspek turut menyuruh mangsa menukar nombor pin kad kredit miliknya itu bagi tujuan keselamatan.

Bagaimanapun, mangsa mula curiga menghubungi pihak bank bagi penyemakan baki akaun penggunaan kad kreditnya.


Namun, agak terlambat apabila suspek terlebih dulu mengeluarkan wang RM3,511.22 tanpa disedari mangsa.


Susulan itu, mangsa membuat laporan di Balai Polis Danau Kota.


Sementara itu, Ketua Biro Aduan MCA, Datuk Micheal Chong berkata, kes penipuan terbaru itu kedua selepas seorang jurutera berusia 40-an turut diperdaya sindiket membabitkan kerugian RM40,000.

copy from:
sinar harian
Taktik panggilan rambang perdaya mangsa

KUALA LUMPUR - Penjenayah yang terbabit dalam sindiket penipuan kad kredit kini semakin licik apabila sanggup menyamar sebagai pegawai bank dan membuat panggilan secara rambang kepada pelanggan tertentu untuk mendapatkan maklumat akaun sebelum melakukan pemindahan wang di luar pengetahuan mangsa.

Kebanyakan pelanggan yang menjadi mangsa mendakwa ahli sindiket ini akan membuat panggilan untuk meminta pengesahan maklumat kerana curiga kad kredit milik mangsa sedang digunakan oleh pihak lain.

Rata-rata pelanggan mempercayai suspek kerana mereka akan dihubungi oleh pegawai kedua dari Bank Negara yang berpura-pura untuk mengesahkan panggilan pertama yang dibuat, sebelum meminta mangsa memberikan nombor kad kredit serta maklumat terperinci berhubung akaun mereka.

Ketua Biro Pengaduan Awam MCA, Datuk Michael Chong berkata, terbaru, seorang kerani wanita berusia 40 tahun, turut dilaporkan menjadi mangsa penipuan sindiket berkenaan dan mengalami kerugian kira-kira RM4,000.

Menurutnya, mangsa yang dikenali sebagai Low berkata, pada 9 Januari lalu dia menerima panggilan daripada sebuah bank yang kononnya mahu mendapatkan pengesahan berhubung pembelian barangan kemas Poh Kong di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) yang dibayar menerusi kad kredit miliknya.

“Mangsa yang berasa pelik tidak mengendahkan panggilan tersebut kerana dia berada di rumah ketika itu dan tidak pernah membuat sebarang pembelian tersebut.:

“Tidak lama kemudian, mangsa mendakwa menerima satu panggilan lain dari Bank Negara dan memintanya untuk memberikan maklumat terperinci berhubung akaun bank termasuk nombor pengenalan yang tertera pada kad kreditnya,” katanya semalam.

Michael berkata, pegawai terbabit memberi alasan kepada mangsa bahawa mereka mengesyaki kad kredit milik mangsa digunakan oleh orang lain dan sedang menyiasat perkara itu:.

Katanya, beberapa minit selepas itu, mangsa kemudiannya dihubungi oleh seorang lagi pegawai bank yang dikenali sebagai ‘Alan’ yang meminta mangsa untuk memberikan nombor akaun untuk pengesahan kedua sebelum mengarahkannya ke ATM berdekatan untuk memeriksa nombor 16 digit yang tertera pada kad miliknya.

“Pegawai terbabit dikatakan berpura-pura memberi panduan kepada mangsa untuk memeriksa akaunnya termasuk menukar kata laluan kad, sehingga mangsa tidak menyedari bahawa dia sedang diperdaya untuk membuat pemindahan wang ke akaun lain,” katanya.:

Menurutnya, mangsa bagaimanapun hanya menyedari dia diperangkap oleh sindiket itu pada keesokan harinya, selepas mendapati wang simpanannya dipindahkan ke akaun lain.

Beliau berkata, mangsa terus membuat laporan polis di Balai Polis Setapak berhubung kejadian sebelum tampil ke Wisma MCA membuat aduan.

Dalam pada itu, Michael mengesahkan bahawa Low bukanlah mangsa pertama sindiket berkenaan kerana bagi tempoh tahun lalu, pihaknya menerima aduan daripada tiga mangsa berhubung kes sama membabitkan kerugian mencecah RM52,000.

Katanya, beliau percaya ramai lagi yang terpedaya dan menjadi mangsa sindiket terbabit tetapi malu untuk tampil membuat aduan. Jelasnya, orang awam perlu lebih berhati-hati terhadap panggilan yang diterima dan disarankan untuk terus pergi ke bank membuat pengesahan sekiranya mendapat panggilan yang mencurigakan.

copy from:
sinar harian 20012010

Selasa, 19 Januari 2010

account problem

......hari ini aku mendapat email lagi, kononnya maybank2u bertajuk maybank berhad (account problem). kali ini tidak mungkin aku tertipu lagi pada penyangak2 3rd party fund transfer. bila diteliti betul2 link email tu bukanlah dari maybank.
.....oleh itu usahlah anda semua tertipu. doa aku biarlah penyangak2 ni tidak akan hidup senang dunia dan akhirat dengan mencuri hak orang lain... Aminnn....yarabbal...alamin..

Ahad, 17 Januari 2010

pindahan wang pihak ke3

salam sejahtera... anda peru berhati-hati dengan email yang tidak anda kenali kerana saya sudah terperangkap dengan 3rd party fund transfer kononya dari maybank2u.com

alkisahnya.....aku mendapat email dari maybank meminta aku update data tahun 2010 untuk tujuan keselamatan. Tanpa ragu2 aku telah klik link email tersebut dan diminta menunggu 1 minit untuk mendapat TAC no. Setelah berjaya mendapat TAC melalui hset, aku telah log in TAC tersebut. selang 10minit duit dalam akaun aku telah lesap RM2500.00 alangkah terperanjatnya aku apabila mendapat sms menyatakan 3rd party fund transfer succesfully.
......aku harap anda semua tidak akan tertipu sepertimana yang aku kena.