Isnin, 17 Januari 2011

RAHSIA DISEBALIK UCAPAN SALAM – Bahagian III

Dalam hal ini Rasulullah bersabda maksudnya: “ Orang yang menaiki kenderaan mengucapkan salam terlebih dahulu kepada orang yang berjalan, orang yang berjalan kepada orang yang duduk, dan pihak yan sedikit kepada kumpulan yang ramai”. Dalam hadis yang lain pula: “Orang yang kecil memberi salam kepada orang yang besar, orang yang berjalan kepada orang yang duduk, dan kumpulan yang sedikit kepada kumpulan yang ramai”. (Riwayat Bukhari dan Muslim).

Berdasarkan dua hadis di atas, jelaslah kepada kita bahawa, seorang anak perlu memberi salam terlebih dahulu kepada bapanya, seorang isteri kepada suaminya, seorang murid kepada gurunya, seorang pekerja kepada majikannya dan seorang rakyat kepada pemimpinnya. Andainya berlaku sebaliknya tidaklah pula sampai menjejaskan hukum memberi salam. Terdapat juga kes dimana kedua-dua belah pihak mempunyai kedudukan yang sama seperti dua orang murid yang sama-sama sedang berjalan. Dalam hal ini Rasulullah menjelaskan:

“Sesungguhnya orang yang lebih utama di sisi Allah ialah yang memulakan memberi salam kepada orang lain”. (Riwayat Abu Daud).

Berlumba-lumba untuk mendahulukan salam merupakan satu tuntutan dan amalan. Menanti pihak lain memberikan salam terlebih dahulu amat tidak baik kerana ia memungkinkan lahirnya perasaan tinggi diri di dalam hati yang mana sifat-sifat tersebut boleh menjejaskan amalan –amalan murni yang lain.

Hikmah utama salam ini digalakkan ialah kerana ia merupakan alat paling berkesan untuk menyuburkan perasaan muhibbah antara satu sama lain, sebagaimana pesan Rasulullah s.a.w:

“Kamu tidak akan masuk ke syurga sehingga kamu beriman dan kamu tidak beriman sehingga kamu berkasih-kasihan. Sukakah kamu aku tunjukkan satu perkara yang mana bila kamu melakukannya, kamu akan menjadi berkasih-kasihan? Maka para sahabatmenjawab: ‘Ya’. Rasulullah menyambung: Ucapkanlah salam sesama kamu”. (Riwayat Abu Hurairah).

Profesor Dr Hamka dalam bukunya ‘Falsafah Hidup’ ada mencungkil rahsia ucapan salam di dalam Islam. Petikan yang menarik di dalam tulisan beliau ialah: “Lantaran ucapan ini, terpeliharalah pertalian di dalam agama, tali persaudaraan, dan hapuslah dengan sendirinya dendam dan sakit hati, hati yang tadinya hendak membenci telah dipaksa oleh lidah supaya tunduk, tunduk kepada perdamaian dan kebahagiaan”.

Kesimpulannya, ucapan ‘Assalamualaikum’ adalah sebaik-baik ucap selamat yang tidak dapat ditandingi oleh sebarang ucap selamat yang diajarkan oleh mana-mana tradisi dan kebudayaan dalam dunia ini. Pengertiannya sangat indah, tinggi dan mulia di mana ia melambang cita-cita Islam yang inginkan perdamaian dan kesejahteraan hidup bersama di bawah ikatan persaudaraan yang sangat luas.

Wasalam..

Ahad, 16 Januari 2011

RAHSIA DISEBALIK UCAPAN SALAM – Bahagian II

















Salam bukan sahaja terhenti kepada orang yang masih hidup, malah orang yang telah mati juga wajar diucapkan salam kerana ucapan salam itu sebagai satu doa kepada mereka. Dalam konteks ini, dapat digambarkan bahawa hubungan silaturrahim sesama Islam tidak putus walaupun telah meninggal dunia.

Memberi salam hukumnya sunat, manakala menjawabnya adalah wajib berdasarkan firman Allah: “Dan apabila kamu diberi penghormatan dengan sesuatu ucapan hormat (seperti memberi salam), maka balaslah penghormatan itu dengan yang lebih baik daripadanya, atau balaslah dia (dengan cara yang sama)”. (Surah An-Nisa’ ayat 86).

Menjawab salam dalam majlis keramaian adalah fardu kifayah, iaitu memadai hanya seorang atau sebahagian yang hadir sahaja menjawabnya. Sabda Rasulullah s.a.w:

“Sesuatu kumpulan yang lalu di suatu tempat dan mereka menemui orang Islam, maka memadai seorang daripada mereka mengucapkan salam. Demikian juga sesuatu kumpulan dalam majlis andainya ada orang memberi salam kepada mereka, maka memadailah seorang sahaja antara mereka menjawab”. (Riwayat Abu Daud).

Menjawab salam yang dikirimkan oleh orang yang jauh juga wajib dijawab. Seorang ulamak terkenal bernama Abi Zakaria Yahya mengulas sebagaimana katanya:

“Apabila seseorang mengutuskan salam kepada seseorang yang lain, maka si pembawa hendaklah berkata : “Si fulan mengucapkan (mengirimkan) salam kepada anda”, penerima hendaklah menjawab seberapa segera dengan berkata: “Alaika wa alaihissalam”. (padamu dan padanya jua kesejahteraan).

Berhubung dengan perkara ini, Rasulullah s.a.w pernah didatangi oleh seorang lelaki yang menyampaikan ucapan salam daripada bapanya, maka Rasulullah spontan menjawab: “Kesejahteraan jua keatas kamu dan bapa kamu”.

Pada dasarnya hukum memberi salam itu sunat, tetapi dalam beberapa ketika dan keadaan, hukum tersebut akan menjadi makruh seperti memberi salam kepada orang yang membuang air atau sedang bersetubuh. Makruh juga diucapkan salam kepada orang yang sedang tidur, mengantuk, sedang sembahyang, sedang berada dibilik mandi dan orang yang sedang makan, dimana mulutnya penuh dengan makanan. Dalam keadaan ini, penerima salam tidaklah diwajibkan menjawabnya, malah haram sekiranya sedang bersembahyang.

Imam Nawawi dalam kitabnya “Al-Azkar” telah menerangkan dengan lebih lanjut lagi tentang hukum memberi salam dan menjawab salam dimana ia telah dibahagikan kepada beberapa bahagian:

a. Lelaki muslim yang tidak dikenali sebagai fasik dan tidak melakukan bida’ah maka sunat memberi salam kepadanya dan wajib menjawab salam yang diberikan olehnya.

b. Bagi perempuan dengan perempuan sama halnya seperti lelaki dengan lelaki, iaitu sunat memberi salam dan wajib menjawabnya.

c. Bagi perempuan dengan lelaki pula perlu dilihat kepada dua keadaan. Keadaan pertama sekiranya perempuan itu isteri, hamba atau muhramnya, maka hukumya sama seperti biasa. Keadaan kedua pula sekiranya perempuan ajnabiah (bukan muhram) dan memiliki rupa paras yang cantik dan boleh menimbulakan fitnah, maka tidak harus bagi lelaki memberi salam kepadanya dan demikian juga sebaliknya. Hukum menjawabnya pula tidak harus bagi perempuan dan makruh bagi lelaki.

d. Bagi perempuan yang sudah tua dan lemah serta tidak ditakuti fitnah lagi, maka harus ia memberi salam kepada lelaki dan harus pula lelaki menjawabnya. Begitu juga sebaliknya.

e. Seorang lelaki dibolehkan memberi salam kepada kumpulan wanita yang ramai dan sekumpulan lelaki yang ramai juga harus memberi salam kepada seorang perempuan dengan syarat tidak mendatangkan fitnah bagi kedua belah pihak.

f. Haram memberi salam kepada orang-orang Yahudi daN Nasrani, demikian juga haram menjawab salam daripada mereka. Rasulullah bersabda: “Jangan kamu memulakan salam pada orang Yahudi dan Nasrani”. (Riwayat Abu Hurairah), dan sabda baginda lagi: “Apabila Ahli Kitab memberi salam kepada kamu, maka jawablah – wa’alaikum’.

g. Sunat memberi salam dalam majlis yang bercampur antara umat Islam dengan penganut agama-agama lain dengan niat khusus ditujukan kepada orang-orang Islam sahaja.

Seperkara yang tidak patut dilupakan disini ialah mengenai adab atau peraturan –peraturan yang baik memberi salam.

.......bersambung

Sabtu, 15 Januari 2011

RAHSIA DI SEBALIK UCAPAN SALAM – Bahagian I



Setiap bangsa dan agama mempunyai adat menyapa yang tersendiri sewaktu bertemu. Islam telah meletakkan perkataan “ASSALAMU ALAIKUM” sebagai ucapan rasmi bagi umatnya ketika di awal pertemuan atau di awal perbualan. Meskipun ucapan “Assalamu alaikum” itu kedengaran amat ringkas, namun perkataan itu merangkumi segala falsafah kesejahteraan. Juga merupakan salam persaudaraan antarabangsa tanpa mengenal bangsa dan keturunan. Barisan kalimah salam itu sendiri tidak dapat mengubah ucapan salam itu kepada bahasa mereka, malah terus mengekalkannya dengan bahasa yang asal iaitu bahasa Arab.

Rasulullah s.a.w dalam sebuah hadis ada menyebut: “Ungkapkanlah salam kepada orang yang engkau kenal dan juga tidak kenal”. (Riwayat Bukhari dan Muslim).

Hadis tersebut menunjukkan Islam menggalakkan umatnya supaya sering melafazkan ucapan salam kepada saudara-saudara se-Islam tanpa membezakan warna kulit, bangsa dan keturunan, pangkat dan darjat serta tidak mengira telah mengenali atau tidak antara satu sama lain. Galakan sedemikian adalah semata-mata untuk memupuk perasaan muhibbah dan kasih sayang sesama Islam bagi mewujudkan kesatuan yang erat, perpaduan yang kukuh dan perhubungan yang rapat.

Ucapan salam dilafazkan oleh seseorang samada ketika berjumpa saudaranya di perjalanan, di pasar, di perhentian bas, pejabat atau di mana-mana sahaja. Rasulullah s.a.w menyarankan di dalam hadisnya: “Apabila seseorang daripada kamu berjumpa dengan saudaranya, maka ucapkanlah kepadanya salam”.

Seseorang yang hendak berpisah dengan saudaranya atau meninggalkan sesuatu majlis juga turut dituntut mengucapkan salam sebagai ucapan perpisahan kepada individu atau kumpulan yang ditinggalkan. Sabda Rasulullah s.a.w bermaksud: “Andai kamu hendak masuk sesuatu majlis, maka ucapkanlah salam dan berikanlah salam sekali lagi apabila kamu bangun keluar meninggalkan majlis”.

Ucapan salam juga sunat dilafazkan sewaktu hendak memasuki masjid, rumah sendiri atau rumah orang lain meskipun tidak ada orang di dalamnya. Ini berdasarkan firman Allah bermaksud: “Ucapkanlah salam sewaktu memasuki rumah untuk diri kamu sendiri sebagai doa selamat, mudah-mudahan Allah melimpahkan rahmat kurniaan yang baik lagi diberkati kepada kamu”.

FirmanNya lagi bermaksud: “Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu masuk ke rumah mana-mana rumah yang bukan rumah kamu, sehingga kamu terlebih dahulu meminta izin serta memberi salam kepada penghuninya”. (Surah An-Nur ayat 27).

Ucapan salam mestilah dengan lafaz “Assalamu alaikum” yang bermaksud kesejahteraan keatas kamu, dan menjadikewajipan pula kepada penerima salam membalas dengan lafaz “Wa alaikum mussalam” yang bermaksud demikian juga kesejahteraan ke atas kamu.

...(bersambung bahagian ke-2).

Elak Menonton TV Atau Aktiviti Seumpamanya Tanpa Henti Lebih Dari 2 Jam

Saya jumpa satu artikel di Pharmas UK berkaitan dengan serangan jantung. Menurut tulisan itu, menonton TV terlalu lama mempunyai kesan buruk kepada kesihatan. Selain mendorong anda menjadi malas, menjadikan anda obes, dan menumpulkan fikiran anda, penemuan baharu menunjukkan bahawa menonton TV terlalu lama meningkatkan risiko serangan jantung. Menurut kajian, setiap satu jam anda menonton televisyen, peluang untuk anda meninggal dunia akibat penyakit jantung meningkat kepada lima.

Jika anda memberikan alasan bahawa anda aktif bersukan dan tidak mengalami masalah kesihatan, artikel ini sewajarnya mengubah persepsi anda. Tanpa mengira berapa kerap anda melakukan senaman atau anda memiliki tahap kesihatan yang memuaskan, namun duduk terlalu lama mempunyai kesan negatif terhadap paras lemak dalam darah dan paras gula dalam darah tubuh anda. Kedua-dua faktor tersebut merupakan faktor risiko terbesar untuk menyebabkan serangan jantung.

Jika anda mahu menonton televisyen, hadkan pada rancangan yang mahu ditonton sahaja dan tidak menonton rancangan itu tanpa melakukan sebarang aktiviti. Sebaik-baiknya, lakukan sebarang aktiviti fizikal ketika menonton rancangan TV kegemaran anda, misalnya, anda boleh mengelap perabot, membersihkan lantai, atau melakukan senaman ringan. Jangan sesekali mengambil mudah maklumat ini kerana anda mungkin tidak menyedari risikonya pada peringkat awal.

Oleh sebab anda sudah mengetahui maklumat ini, maka nasihatilah ahli keluarga, rakan-rakan agar mengelakkan diri menonton TV atau duduk terlalu lama kerana berdasarkan kajian perbuatan itu terbukti memudaratkan kesihatan mereka. Anda mungkin dapat menyelamatkan nyawa mereka daripada diserang penyakit jantung!/www.duniacacamarba.blogspot.com

Ahad, 9 Januari 2011

Facebook Bakal Ditutup Sepenuhnya 15 Mac 2011

09 JANUARY 2011
Facebook Bakal Ditutup Sepenuhnya 15 Mac 2011

Mark Zuckerberg mengumumkan bahawa Facebook akan ditutup pada Mac 2011. Jadi dia meminta kepada penguna agar menyimpan semua gambar dan maklumat peribadi berkaitan sebelum ia tidak dapat di akses bermula 15 Mac 2011.

Pengumuman ini mendapat respon meluas dari penguna facebook seluruh dunia.

Menurut Weekly World News :

Mark Zuckerberg announced that Facebook will be shut down in March. Managing the site has become too stressful.

“Facebook has gotten out of control,” said Zuckerberg in a press conference outside his Palo Alto office, “and the stress of managing this company has ruined my life. I need to put an end to all the madness.”


Zuckerberg went on to explain that starting March 15th, users will no longer be able to access their Facebook accounts.

“After March 15th the whole website shuts down,” said Avrat Humarthi, Vice President of Technical Affairs at Facebook. “So if you ever want to see your pictures again, I recommend you take them off the internet. You won’t be able to get them back once Facebook goes out of business.”

Zuckerberg said that the decision to shut down Facebook was difficult, but that he does not think people will be upset.

“I personally don’t think it’s a big deal,” he said in a private phone interview. “And to be honest, I think it’s for the better. Without Facebook, people will have to go outside and make real friends. That’s always a good thing.”

Some Facebook users were furious upon hearing the shocking news.

“What am I going to do without Facebook?” said Denise Bradshaw, a high school student from Indiana. “My life revolves around it. I’m on Facebook at least 10 hours a day. Now what am I going to do with all that free time?”

However, parents across the country have been experiencing a long anticipated sense of relief.

“I’m glad the Facebook nightmare is over,” said Jon Guttari, a single parent from Detroit. “Now my teenager’s face won’t be glued to a computer screen all day. Maybe I can even have a conversation with her.”

Those in the financial circuit are criticizing Zuckerberg for walking away from a multibillion dollar franchise. Facebook is currently ranked as one of the wealthiest businesses in the world, with economists estimating its value at around 7.9 billion.

But Zuckerberg remains unruffled by these accusations. He says he will stand by his decision to give Facebook the axe.

“I don’t care about the money,” said Zuckerberg. “I just want my old life back.”

The Facebook Corporation suggests that users remove all of their personal information from the website before March 15th. After that date, all photos, notes, links, and videos will be permanently erased.



Posted by jeebond
Penanda facebook

Jumaat, 31 Disember 2010

SELAMAT TAHUN BARU 2011

Selamat Menyambut Tahun Baru 2011

...semoga kita semua lebih matang menghadapi hari-hari mendatang. Tahun baru juga menunjukkan yang usia kita semakin meningkat. Justeru itu, peningkatan amalan ibadat kepada Allah empunya alam semesta ini amatlah dituntut semoga hari-hari mendatang yang akan kita tempuhi akan lebih bermakna.

...sempena melangkah ke tahun 2011,aku telah menutup akaun facebook maelburger kerana bila difikirkan telah banyak masa terbuang begitu sahaja tanpa mendapat apa-apa faedah dan secara tidak sedar kita telah melakukan suatu pembaziran. Pembaziran masa, tenaga , kewangan dan sebagainya.

....adalah lebih baik masa yang ada, kita gunakan kejalan yang lurus. Dan pada kekawan yang hendak berhubung dengan aku lebih baik guna e-mail dan 'handset' sahaja.

.....walaupun tiada facebook, kehidupan boleh diteruskan seperti biasa. Marilah kita buat yang terbaik dari yang terbaik untuk agama, bangsa dan negara yang kita cintai ini.

wasalam....