Sabtu, 16 Mac 2013

Bertafakur Dengan Nikmat


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh..

Kita mendapati manusia sentiasa berterima-kasih sesama mereka ketika mana seseorang daripada mereka menghulurkan bantuan kepada saudaranya yang lain, sekalipun pertolongan itu kecil. Kita tidak menemui ramai yang bersyukur kepada Allah di atas nikmatNya sekalipun besar. Seolah-olah nikmat-nikmat itu adalah suatu yang diperolehi dengan usaha sendiri, bukan dengan kelebihan daripada Allah Subhanahu wa Ta’ala.
Malahan ramai yang menggunakan nikmat untuk tuiuan maksiat. Itulah kelalaian, bantahan dan kekufuran terhadap nikmat. Mereka tidak memberikan nilaian sebenar terhadap nikmat melainkan jika mereka terhalang dari mendapatkannya atau musibah menimpa mereka. Tatkala itu, mereka akan kembali memohon kepada Allah. Ada juga yang merasa sempit (putus asa) dengan kehidupan sehingga ingin membunuh diri.
Dan apa-apa nikmat Yang ada pada kamu maka adalah ia dari Allah; Kemudian, apabila kamu ditimpa kesusahan maka kepadaNyalah kamu meraung meminta pertolongan.

Kemudian, apabila ia menghapuskan kesusahan itu daripada kamu, tiba-tiba sepuak di antara kamu mempersekutukan (sesuatu Yang lain) Dengan Tuhan mereka.

(Mereka melakukan Yang demikian) kerana mereka kufur, tidak bersyukur akan nikmat-nikmat Yang Kami berikan kepada mereka. oleh itu, Bersenang-senanglah kamu (dengan nikmat-nikmat itu bagi sementara di dunia), kemudian kamu akan mengetahui (balasan buruk Yang akan menimpa kamu).
(Surah Al-Nahl: Ayat 53-55)

Dan ia telah memberi kepada kamu sebahagian dari tiap-tiap apa jua Yang kamu hajati. dan jika kamu menghitung nikmat Allah nescaya lemahlah kamu menentukan bilangannya. Sesungguhnya manusia (yang ingkar) sangat suka menempatkan sesuatu pada bukan tempatnya lagi sangat tidak menghargai nikmat Tuhannya.
(Surah Ibrahim: Ayat 34)

Dengan itu, kita mendapati Al-Qur’an Al-Karim menyeru kita agar bertafakkur dan mengenali nikmat Allah yang tidak terhingga banyaknya. Perlulah diberi nilai yang sewajarnya kepadanya dan merasai kelebihan Allah Subhanahu wa Ta’ala dengan limpahan kurniaNya. Mestilah dilaksanakan segala kewajipan puji dan syukur kepada Allah. Amat penting sekali kita merenung, bertadabbur dan menghargai terhadap segala tanda-tanda kekuasaan Allah.
 Dengan demikian, kita dapat menambah perasaan ingin menerima kelebihan, kemuliaan, rahmat, dan ihsan Allah. Selain itu, rasa kefakiran dan keperluan diri kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala juga bertambah, pada setiap detik dan pergerakan atau diam.
Perlu juga disedari betapa cuainya kita dalam menunaikan kewajipan syukur dan kemestian menggunakan ni’mat-ni’mat ini untuk keta’atan dan menjauhi kemaksiatan.

Nikmat yang terbesar dan teragung ialah nikmat Islam:
Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu ugama kamu, dan Aku telah cukupkan nikmatKu kepada kamu, dan Aku telah redakan Islam itu menjadi ugama untuk kamu. maka sesiapa Yang terpaksa kerana kelaparan (memakan benda-benda Yang diharamkan) sedang ia tidak cenderung hendak melakukan dosa (maka bolehlah ia memakannya), kerana Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
(Surah Al-Ma’idah: Ayat 3)

Ahad, 10 Februari 2013

Ciri-ciri Wanita Idaman Lelaki

Hiasan
1. Berpegang Kepada Agama
Wanita yang berpegang kepada agama mempunyai keperibadian yang unggul. Batas-batas syariat yang dipegang dan terpelihara dalam hidupnya mengangkat martabat dirinya sebagai seorang yang layak dikagumi oleh lelaki. 
Dia tidak akan melakukan sesuatu yang bertentangan dengan syariah Islam. Memang beruntung mana-mana lelaki yang beristeri dengan wanita sebegini.

2. Kecantikan Dalaman

Wanita yang tulen adalah lemah lembut dalam perwatakannya tetapi mempunyai prinsip dalam hidup. Inilah kecantikan dalaman yang dicari oleh ramai lelaki. Kalau cantik, tu dikira sebagai BONUS.
Wanita yang mempunyai kecantikan dalaman tidak akan sesekali menjual maruah dirinya hanya untuk mencari nama dan wang. Mereka tidak akan sesekali tunduk pada nafsu atau berbuat sesuatu semata-mata kerana mahukan harta dan kekayaan.

3. Manja

Lelaki suka wanita yang keanak-anakan atau yang ada sifat manja, supaya lelaki boleh memainkan peranan sebagai pelindung. Namun begitu, sifat manja dan keanak-anakan yang melampau tidak sesuai kerana ia akan menampakkan wanita itu seperti kurang matang.

4. Pandai Menjaga Kecantikan

Lelaki menginginkan wanita yang pandai menjaga kecantikan dirinya. Wanita dan kecantikan memang susah nak dipisahkan. Mereka akan kelihatan bertambah cantik jika bijak menguruskan penampilan diri. 
Lelaki secara fitrahnya memang mahukan wanita yang pandai menjaga kecantikan, kerana ia akan membuat mereka bangga.

5. Berakhlak Mulia

Wanita yang berakhlak mulia dikenali juga sebagai wanita solehah. Wanita adalah hiasan dunia, tetapi seindah hiasan adalah wanita solehah. Merekalah ibu, isteri, kekasih dan merupakan tunjang kejayaan suami.

6. Tidak Mempamer Keseksian

Lelaki suka menjamu mata dengan melihat aurat wanita, namun tidak suka menjadikanya isteri kerana keindahan diri wanita tu seolah-olah menjadi barang pameran untuk mata semua lelaki.

7. Tidak Cerewet

Lelaki suka pada wanita yang tidak cerewet. Mengapa pula? Sebab wanita yang cerewet boleh merimaskan dan mudah menyebabkan lelaki merasa jemu dengannya. 
Biasanya, wanita yang cerewet suka mengkritik apa saja yang tidak disenanginya walaupun perkara itu hanyalah perkara kecil.

8. Memahami Lelaki

Wanita yang memahami hati lelaki biasanya mempunyai intuisi yang cukup kuat. Lelaki mengimpikan wanita yang mampu memahami situasinya dalam keadaan suka dan duka.
Pendek kata, tanpa perlu bersuara, dia itu sudah dapat membaca riak wajah suaminya. Lantas, bertindak menghiburkan atau memberi kekuatan.

9. Sejuk Mata Memandang

Wanita yang manis wajahnya dan sejuk dipandang mata akan mendamaikan perasaan seorang lelaki. 

Sabtu, 26 Januari 2013

Tanda@ Lelaki Yang Belum Bersedia Untuk Bernikah


1. Terus ‘tutup mulut’ apabila anda bertanya kepadanya mengenai kesediannya untuk berumahtangga.
2. Tidak pernah ada niat untuk menemui orang tua anda walaupun anda sudah berusaha untuk mempertemukan dengan orang tua anda.
3. Tidak pernah memegang janji. Melupakan dan membatalkan janji dengan anda bukan perkara yang menganggu fikirannya.
4. Tidak pernah benar-benar memerlukan orang lain. Mungkin dia banyak teman atau sanak saudara, tapi tidak ada yang benar-benar akrab dan dekat dengannya. Jadi, dia memang tidak mengerti makna ‘ikatan’
5. Jarang memperkenalkan anda kepada kenalannya.
6. Mudah bercinta dengan wanita lain.
7. Tidak pernah membincangkan masalah peribadinya dengan anda. Juga tidak mengizinkan anda untuk mengetahui masalah peribadinya dengan anda.
8. Terlalu menganggap bahawa segala-galanya mesti sempurna.
9. Berulangkali dia menceritakan mengenai keburukan-keburukan dirinya kepada anda.

Khamis, 24 Januari 2013

7 Sunnah Nabi


Hidup bukan untuk hidup, tetapi hidup untuk Yang Maha Hidup. Hidup bukan untuk mati, tapi mati itulah untuk hidup. Kita jangan takut mati, jangan mencari mati, Jangan lupakan mati, tapi rindukan mati.kerana, mati adalah pintu berjumpa dengan Allah SWT. Mati bukanlah akhir cerita dalam hidup,tapi mati adalah awal cerita sebenarnya,maka sambutlah kematian dengan penuh ketakwaan.

Persiapkan kematian dengan selalu menjaga tujuh sunnah Nabi setiap hari. Ketujuh sunnah Nabi SAW itu adalah:

Pertama: Tahajjud karena kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya. 

Kedua: Membaca Al-Qur’an sebelum terbit matahari. Alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-Qur’an terlebih dahulu dengan penuh pemahaman.

Ketiga: Jangan tinggalkan masjid untuk sholat berjama'ah, terutama di waktu subuh. Sebelum melangkah kemana pun langkahkan kaki ke masjid, karena masjid merupakan pusat keberkatan, bukan kerana panggilan muadzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah.

Keempat: Jaga solat Dhuha kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha.

Kelima: Jaga sedekah setiap hari. Allah menyukai orang yang suka bersedekah, dan malaikat Allah selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari.

Keenam: Jaga wuduk  terus menerus kerana Allah menyayangi hamba yang berwudhu. Kata khalifah Ali bin Abu Thalib, “Orang yang selalu berwudhu senantiasa ia akan merasa selalu solat walau ia sedang tidak solat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, ampuni dosa dan sayangi dia ya Allah”.

Ketujuh: Amalkan istighfar setiap saat. Dengan istighfar masalah yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah. (Pesan indah dari KH. Arifin Ilham).

Selasa, 1 Januari 2013

Selamat Tahun Baru 2013



Selamat menyambut mentari pertama ditahun baru 2013

Selamat menghirup udara pertama di tahun 2013
Selamat menikmati tiupan angin pertama di tahun 2013
Semoga ditahun ini segala cita kita dapat terwujud dengan pengharapan baru

Semoga Allah memberkati hidup kita hari ini hingga keakhirNya
Semoga amalan kita diterima oleh Allah dan marilah bersama kita beristiqamah
Sesungguhnya kita adalah hambaNya


Rabu, 12 Disember 2012

Tip Kecantikan Yang Boleh Di jadikan Panduan


1. Minum banyak air... minum.. minum dan minum! Bukan air coke atau air berperisa seperti kopi dan teh tapi air suam atau air mineral! Dengan minum banyak air bersih dapat membantu membuang toksin dalam badan, menjaga kesihatan kulit dan juga membantu membakar kalori dalam badan. Senang bukan?.


2. Bersenam ! Baik untuk kesihatan.. elok untuk rohani! Berjalan di sekitar rumah pun satu bentuk senaman yang mudah! Jangan malas untuk bersenam... lepas bangkit tidur, cuba lakukan sedikit senaman regangan untuk melancarkan kembali peredaran darah. 

3. Jangan merokok. Merokok merosakkan kulit dan juga menjejaskan kesihatan. Semua orang tahu tu.. jadi kenapa nak merokok?? Nak kuruskan badan?? Kurus sebab merokok hanya kerana badan kita dah berpenyakit, jadi kuruslah! Jika org memilih antara sihat dan berpenyakit.. pasti orang lebih nak sihat, kan.

4. Tidur yang cukup... Jangan asyik berjaga waktu malam... tak elok tu. Waktu malam kan dikhaskan untuk tidur? Tak cukup tidur akan membuat anda kelihatan lebih tua dan mata lebam. 
Photo hiasan

5. Pada waktu tertentu, benarkan kulit anda berehat dari memakai sebarang mekap. Kulit juga perlu bernafas! Jangan biarkan sisa-sisa mekap melekat di muka ketika masuk tidur. Rajin-rajinlah cuci muka. Kat rumah.. tak payahlah sapu itu ini... cukuplah dengan wajah yang bersih. 

6. Makan yang cukup tapi bukan berlebihan. Jangan sebab nak kurus, anda rela berlapar setiap hari. Cara yang baik, makan ketika lapar dan berhenti sebelum kenyang. Makanan memberikan tenaga dan vitamin yang diperlukan badan tetapi jeling-jelinglah makanan anda. Pastikan ia menu sihat dan bukan penuh lemak atau junk food dan fast food semata-mata. 

7. Luangkan masa untuk memanjakan diri seperti membuat facial atau mencuci rambut di salun, sauna dan spa atau nikmati saja mandian buih di rumah! Tak semestinya di salun.. anda juga boleh memanjakan diri dengan melakukan sendiri di rumah. Jika rajin.. cari pelbagai jenis bunga yang wangi dan lakukan sendiri mandian bunga. Bunga dikatakan mempunyai energy tersendiri untuk mencantikkan tubuh badan. 

8. Elakkan stress. Stress mempercepatkan proses penuaan. Nikmatilah muzik lembut di kamar bagi meredakan ketegangan. 

9. Don't worry, be happy. Anggap diri anda hebat dan cantik, pasti anda akan kelihatan hebat!! Jika kita yakin dengan diri kita, tentu penampilan kita pun cantik! 

10. Ketawa penghibur duka! Jadi ketawalah apabila bergurau senda dengan keluarga atau kawan-kawan. Jangan memoyokkan diri atau menarik muka masam. Anda hanya menambahkan kedutan di muka. 

Wallahualam....

vf