Rabu, 1 Januari 2014

Selamat Tahun Baru 2014

Selamat Tahun Baru 2014. Semoga amal ibadat kita dapat dipertingkatkan dari semasa kesemasa. Jika tahun lepas ada terkurang maka tahun ini selagi kita bernafas buatlah amal ibadat sebanyak mungkin. Walaupun kita tidak nampak ganjaran di depan mata sekarang,  In Sha Allah di akhirat nanti kita akan dapat. Jika sebelum ini kita hanya ke masjid hanya seminggu sekali semasa solat Jumaat sahaja. Apakata tahun ini kita pergi ke masjid solat berjemaah sekurang2nya satu waktu sehari ( 5 waktu adalah terbaik). Biarlah bermula dari sikit daripada tiada permulaan langsung. Lama kelamaan In Sha Allah hati kita akan resah kalau tidak ke masjid berjemaah. Bukannya susah untuk mendapat pahala dari Allah taala. Marilah bersama kita mengimarahkan masjid2 tidak kira dimana berada.

Semoga kehidupan yang kita akan lalui selepas ini akan dipermudahkan dengan amal ibadat kita disamping berdoa kehadrat Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani. Amiinn yarabbal alaamin...

Ahad, 22 Disember 2013

the best SECRET POPIAH JLN BATU 10 LEKIR

           the best SECRET POPIAH. Inilah gerai SECRET POPIAH yang popular terletak di Jalan Batu 10 Lekir, Sitiawan,Perak iaitu berhadapan dengan masjid Batu 10 Lekir. Perniagaan di buka setiap hari mulai jam 3.00 petang sehingga jam 7.00 malam. Sesiapa yang melalui jalan tersebut untuk ke Teluk Batik bolehlah singgah membeli SECRET POPIAH dengan harga yang berpatutan serta kualiti terbaik. Terdapat dua pilihan popiah samada basah atau kering (Digoreng). Pilihan ditangan anda. Yang pasti memang sedap.

Pelanggan menanti dengan penuh sabar
Inilah Gerai the best SECRET POPIAH

Dari jauh anda akan nampak gerai ini jika menghala ke Sitiawan


Pelanggan sempat mengambil kesempatan bergambar kenangan

uummmpphhh...


Tengok pun dah sedap..

Alangkah rugi sekiranya melalui jalan tersebut tanpa singgah membeli SECRET POPIAH. Beliau juga sedia menerima tempahan terutama untuk majlis-majlis utama seperti kenduri dan sebagainya. Selamat membeli dan menikmati SECRET POPIAH Batu 10 Lekir. 
the best SECRET POPIAH. 

# yang baik perlu hebahkan. Wasalamm..

Ahad, 3 November 2013

Final Piala Malaysia 2013 - Kelantan lwn Pahang

Gambar-gambar Sebelum Final Bola Sepak 2013, Kelantan vs Pahang. Dirakam Jam 08.00 pagi sehingga 11.00 pagi

Gerai Jualan T-Shirt Pahang
Pengunjung Yang Datang Seawal Pagi

 Pelbagai Gerai Jualan 

Penguatkuasa Membuat Operasi Merampas T-shirt Yang Bukan Original Jam 10.45pagi

Farhan Memerhati Pengunjung Yang Ramai


Suasana Seawal Pagi

Pengunjung Beratur 
 Majulah sukan untuk negara....

Khamis, 15 Ogos 2013

Indahnya Sedekah


Bersedekahlah
RASULULLAH S.A.W Bersabda: ''Sedekah itu dapat menutup 70 ribu kejahatan''. 


Anas Malik pula meriwayatkan bahawa NABI MUHAMMAD S.A.W ada bersabda yang bermaksud ; 

''Barang siapa mempunyai harta, maka bersedekahlah dia dengan kekayaanmu. Barang siapa yang mempunyai ilmu, maka sedekahlah dengan ilmunya dan barang siapa yang mempunyai tenaga bersedekahlah dengan tenaganya''. 

Jumaat, 7 Jun 2013

Cinta Seorang Lelaki

Hiasan
Bila lelaki benar-benar jatuh cinta dan setia pada kekasihnya dengan ikhlas, perubahan sikapnya amat mengejutkan. Hati lelaki yang dianggap keras selama ini, tiba-tiba secara semulajadi menjadi selembut kapas apabila sudah jatuh cinta dengan relanya. Bahkan lelaki yang mabuk cinta sanggup berkorban dan buat apa sahaja untuk kekasihnya. Sekeras manapun hati lelaki ia akan mengalirkan air mata apabila hatinya dilukai. Untuk melihat lelaki menangis amatlah payah. Diantara tanda-tanda lelaki yang jatuh cinta dengan hebat ialah:

1. Dia bersungguh-sungguh melakukan sesuatu untuk kekasihnya dengan rela bukan kerana terpaksa.

2. Dia sentiasa ingin menghiburkan kekasihnya dan berubah menjadi orang yang kuat bercakap.

3. Dia banyak menasihati kekasihnya kerana dia amat menyayangi kekasihnya.

4. Dia berusaha mengongkong kebebasan kekasihnya kerana perasaan cemburunya yang meluap-luap.

5. Dia sentiasa takut kehilangan kekasihnya.

6. Dia sentiasa mengawasi pergerakan kekasihnya kerana dia sentiasa berasa curiga.

7. Dia tidak suka ada lelaki lain rapat dengan kekasihnya.

8. Dia mudah merasa cemburu dan sensitif apabila kekasihnya tidak menumpukan sepenuh perhatian kepadanya.

9. Adakalanya dia seperti seorang anak kecil yang meminta perhatian kerana dia mahu kekasihnya melayannya lebih dari orang lain.

10. Dia menjadi orang yang paling rajin dan sanggup membantu kekasihnya melakukan apa saja.

11. Dia pandai merajuk hati kerana ingin dipujuk oleh kekasihnya.

12. Dia akan mengalabah apabila kekasihnya berjauhan daripadanya terlalu lama.

13. Dia sentiasa memastikan keselamatan kekasihnya.

14. Dia mementingkan kekasihnya daripada dirinya sendiri.

15. Dia kerap bertanya adakah kekasihnya mencintainya kerana dia merasa kasihnya lebih kuat daripada kekasihnya.

16. Dia tidak akan melayan perempuan lain yang tidak ada urusan penting dengannya.

17. Dia cuba meluangkan lebih banyak masa dengan kekasihnya walaupun terpaksa menunggu kekasihnya dengan sabar.

18. Dia membanggakan kekasihnya di depan orang lain.

19. Kalau ditinggalkan oleh kekasihnya, ia akan berasa serik dan tidak percaya dengan cinta perempuan lain namun dia sentiasa mengharap kekasihnya kembali kepadanya.

20. Apabila timbul orang ketiga, dia akan hilang akal dan sanggup berbuat apa saja untuk merebut kembali kekasihnya.

21. Dia menganggap kekasihnya sebagai orang yang paling dipercayainya dan sanggup menyerahkan harta walaupun nyawanya sendiri.

22. Dia tidak akan berlaku curang kepada kekasihnya namun jikalau dia dia berbuat demikian itu bererti hatinya belum 100% mencintai kekasihnya.

23. Bukan semua lelaki sanggup menitiskan airmata hanya untuk seorang perempuan.

HARGAILAH MEREKA..

Ahad, 19 Mei 2013

Kejujuran Lelaki

Lelaki jujur tidak gemar kalau dia dicurigai. Dia juga tidak suka dikatakan sedang menyembunyikan sesuatu. Lelaki jujur biasanya cemerlang dalam pelajaran ataupun pekerjaan. Dia tidak punya masa untuk bermain sembunyi-sembunyi. Dia suka berterus terang dan dia mahu orang mempercayai kata-katanya. Kalau dia dicurigai dia boleh berasa amat kecewa dan boleh bertindak.

Misalnya, seorang suami yang memang tiada apa-apa skandal di luar, jika isterinya tidak habis-habis melemparkan kata-kata curiga, dia boleh bertindak betul seperti apa yang dikatakan oleh isterinya itu. "Aku jujur pun isteri aku kata aku tak jujur. Baiklah aku tak payah jujur". Dikhuatiri kata-kata begini mula terdapat di dalam hatinya. Dia mungkin tidak bertindak songsang pada waktu terdekat, tetapi apabila titik hitam mula terbentuk di hatinya lambat laun, ia mungkin terjadi.
Begitu juga seorang lelaki jujur dalam kategori tunang ataupun teman. Orang jujur memang tidak patut dicurigai. Sebenarnya bukan orang jujur saja, siapa pun tidak suka jika dia dikatakan tidak baik, meskipun dia memang tidak baik. Jadi, cuba bayangkan perasaan seorang yang baik tetapi asyik dicurigai.

Persoalannya bagaimanakah hendak mengenali lelaki baik? Memang sukar namun kita perlu berpegang pada satu-satu prinsip untuk dijadikan panduan. Kita boleh kata tak semestinya begitu dan tak semestinya begini, tapi jika kita terus berkata begitu, kita tidak akan mencapai kesudahan. Kita akan menjadi seorang jurutikai dan tiba-tiba tanpa kita sedar dia sudah pun meninggalkan kita kerana tidak tahan dengan kerenah kita.
Oleh itu, jadikan apa yang akan saya paparkan di bawah ini sebagai panduan saja. Tidak semestinya betul, harus salah. Lelaki itu jujur jika:
1. Dia seorang yang cemerlang dalam usaha yang dilakukannya. Tidak semestinya betul tetapi kita boleh berpegang lelaki yang sibuk membina kecemerlangan diri memang tidak sempat untuk membina cinta-cinta palsu. Mana mungkin seorang yang sibuk menguruskan perniagaan ataupun tekun melakukan kerjanya ataupun seorang pelajar yang sibuk menelaah ada masa untuk mempermainkan wanita.

2. Dia seorang yang kuat pengamalan agamanya. Tidak semestinya betul sebab orang yang kuat beribadah pun tidak terlepas daripada godaan syaitan, malah semakin besar serbannya semakin besar pula syaitannya. Namun, tentulah lebih ramai yang sempurna hasil kuat peribadahan agamanya berbanding yang ambil tidak peduli dengan agamanya.

3. Dia seorang yang amat mengambil berat tentang keluarganya. Seorang lelaki yang baik pasti seorang yang amat disenangi oleh seluruh ahli keluarganya.Tumpuannya pada kerjaya, keluarga dan TUHAN.
Gabungan ketiga-tiga aspek ini menjadikan seseorang lelaki itu sempurna. Dia sudah tentu tidak punya masa untuk menjalin hubungan-hubungan luar biasa sebab kesibukannya bersama kerjaya, keluarga dan TUHAN.
Kerjaya menjadikannya seorang yang sibuk untuk mengejar matlamat, keluarga sandarannya untuk menjadi seorang penyayang dan bertanggungjawab. TUHAN pula menjadi pengharapannya demi kehidupan yang lebih baik dan sempurna serta kekal abadi. Apakah anda fikir seorang lelaki yang mempunyai tiga aspek begini masih patut dicurigai?

Ramai wanita akhirnya ditinggalkan kerana terlalu prasangka, menyangka yang bukan-bukan serta merangsang suami dengan tuduhan-tuduhan tidak berasas. Nasihat saya, berilah kepercayaan padu kepada suami anda selagi belum terbukti sesuatu. Selagi ia berlegar dalam pemikiran ia tidak perlu dilayan.

Selamat membina perhubungan intim dan jadilah orang yang ceria serta bahagia sepanjang hidup kita. Saling mempercayai lebih bagus daripada saling mencurigai.

Wallahualam...