Sabtu, 29 Januari 2011

Bagaimana Cara Menghadapi Dugaan Bercinta

Cinta itu indah seandainya percintaan itu disemaikan dengan bibit-bibit kasih sayang dan kemesraan antara satu sama lain, dimana anda hendaklah sentiasa berfikiran secara rasional tanpa mengikut emosi. Sekiranya anda mengikut emosi ianya akan membawa kerosakan dan kemusnahan sepertimana mungkin anda pernah mendengar dan membaca didada-dada akhbar ada manusia sanggup bertindak diluar batas kemanusiaan sekiranya ianya gagal mengawal emosi seperti membunuh diri dan sebagainya. Biarlah fikiran menguasai emosi dan bukan emosi menguasai fikiran.
Kadangkala sekiranya anda menghadapi dugaan bercinta ini sebaik-baiknya anda cuba mengenalpasti apakah faktor dalaman mahupun luaran yang membelenggu hubungan anda. Mungkin disebabkan oleh perskitaran, orang lain atau pihak ketiga dan sebagainya dan mungkin juga masalah itu datangnya dari anda sendiri. Ataupun hilang kepercayaan antara satu sama lain dalam hubungan percintaaan ini.
Sebaik-baiknya, apabila berhadapan dengan masalah atau musuh, anda hendaklah bertenang dan cuba selesaikan masalah dengan cara terbaik kerana percayalah setiap masalah ada jalan penyelesaiannya sepertimana setiap penyakit semestinya ada ubatnya selain daripada mati.
Kebiasaannya, apabila masalah bercinta ini timbul adalah amat sukar untuk kedua belah pihak ini bertemu bertentang mata untuk cuba menyelesaikan masalah yang dihadapi. Masing-masing tidak mahu mengaku kalah ibarat api dengan api, sama-sama panas akibatnya merosak jiwa. Cara yang paling terbaik ialah bertemu dengan pasangan dan berbincang dari hati kehati supaya tidak timbul syak-wasangka dan buatlah keputusan yang paling tepat untuk kebaikan bersama.
Janganlah terlalu mudah berputus asa, sebaliknya berusaha menghadapi dugaan bersama pasangan dan mintalah nasihat serta pandangan dari kawan yang paling rapat dengan anda dan boleh dipercayai ataupun dapatkan pandangan daripada keluarga sendiri kerana kebiasaannya mereka ini lebih memahami jiwa dan diri anda, tetapi awas, jangan tersilap mencari kawan kerana kadangkala kawan boleh mengambil kesempatan atas kelemahan diri anda dan sebagainya.
Setelah segala usaha dibuat untuk memulihkan hubungan, sebagai seorang Islam kita hendaklah berdoa kepada Allah, memohon agar hubungan anda berkekalan sehingga ke akhir hayat.
Kesimpulannya, walaubagaimanapun setiap kehidupan mesti ada dugaan selagi kita bergelar manusia. Tepuk dada tanya......
Wasalam..

Tiada ulasan: