Sabtu, 19 Mac 2011

Tafsiran Mimpi Menurut Islam - Bahagian III

Mimpi Sesama Manusia


Adakala kita sering bermimpi yang adakalanya kita berada dalam keadaan bahaya di mana ada orang yang memburu kita dan cuba membunuh kita serta sering berada dalam pelarian dan ketakutan. Baiklah, mimpi sebegini boleh dihuraikan kepada mimpi berjumpa dan melihat orang yang mana terdiri kepada empat golongan iaitu orang tua, kanak, orang yang dikenali dan juga orang yang tidak dikenali. Diharap penerangan di bawah ini boleh dijadikan panduan, wallahuallam.

1. Mimpi melihat lelaki yang dikenali
Al-Ustaz Abu Sa'id berkata; "Bermimpi melihat lelaki yang dikenal menunjukkan akan mendapatkan sesuatu daripadanya, dari orang yang mirip dengannya atau yang satu nama dengannya."


Maksud bemimpi menerima barang-barang berharga daripadanya bererti mendapatkan sesuatu yang dicita-citakan daripadanya. Kalau yang bermimpi itu orang yang layak menjadi pemimpin dan dia melihat menerima kemeja baru daripadanya, maka dia akan memimpin orang itu. Bermimpi menerima tali dari seseorang bererti ada berjanji denganya.

2. Melihat orang tua
Melihat orang tua yang tidak dikenal atau yang berumur 35 tahun ke atas menunjukkan terbatasnya umur orang yang bermimpi itu. Sesiapa yang melihat seolah-olah dia mengikuti orang tua, bererti dia mengikut kebaikan. Sesiapa yang melihat orang tua Rasytaq, bererti dia mendapat kawan yang luas atau ganas dan melihat orang tua Turki bererti dia mendapat kawan yang baik.
3. Melihat pemuda / tidak dikenali
Mimpi pemuda adalah musuh. Bermimpi melihat pemuda putih merupakan musuh yang tersembunyi, pemuda hitam adalah musuh yang kaya, pemuda berkulit kemerah-merahan merupakan musuh yang tua.


Jika orang yang bermimpi itu melihat diikuti oleh pemuda bererti dia akan berjumpa dengan musuh. Jika dia melihat bertembung melihat orang tua berubah menjadi anak muda, maka bermacam-macam mimpinya. Ada yang mengatakan dia akan mendapat kesenangan. Ada yang mengatakan dia akan mendapat kemerosotan, sama ada masalah dunia atau agamanya, ada yang mengatakan dia akan mati.

Jika dia melihat pemuda yang tidak dikenal dan sangat marah melihatnya, maka dia akan berjumpa dengan musuh yang sangat dibenci orang. Jika dia senang melihatnya, maka dia akan bertemu musuh yang disukainya.

Perempuan yang melihat perempuan muda dalam tidurnya bererti itu adalah musuh baginya dalam keadaan apa pun. Tetapi bermimpi melihat perempuan tua, bererti itu dunianya. Jika dia melihat wanita itu berhias mendedahkan auratnya, maka dia akan mendapatkan kesenangan dunianya. Jika dia melihat wanita tua itu berpaling muka, maka hilanglah kemegahannya.

Jika dia melihat orang tua masuk ke dalam rumahnya bererti dia akan mendapat kesenangan dunia dan jika dia melihatnya keluar dari rumahnya bererti hilang kesenangan dunianya. Kalau dia melihat wanita tua itu bukan Islam bererti kesenangan yang itu kesenangan yang haram, tetapi kalau Islam bererti kesenangannya itu kesenangan yang halal.

Jika dia melihat seolah-olah wanita muda bertukar menjadi wanita tua menunjukkan baiknya dunianya. Jika ada lelaki melihat wanita tua yang tidak suka kepadanya sedangkan dia suka melihatnya bererti dia susah mendapat kesenangan dunia. Jika wanita itu nampaknya suka kepadanya, maka dia mendapat kesenangan dunia sekadar kesukaan wanita tua itu.

4. Melihat kanak-kanak
Mimpi kanak-kanak ialah musuh yang lemah. Jika ada lelaki yang bermimpi seolah-olah dia berubah menjadi kanak-kanak bererti hilang maruahnya. Namun demikian mimpinya itu menunjukkan akan hilangnya kesusahannya. Jika dia melihat seolah-olah mendukung kanak-kanak, bererti dia akan mentadbir kerajaan.


Sesiapa yang melihat seolah-olah dia belajar Quran atau adab bererti dia lepas dari dosa. Sesiapa yang melihat seolah-olah dia mempunyai anak yang ramai bererti akan menghadapi kesusahan kerana mengurus kanak-kanak pun banyak kesusahannya.

Menurut hikayat, ada seorang lelaki mendatangi Ibnu Sirin dan berkata: "Saya bermimpi seolah-olah di bilik saya ada kanak-kanak menjerit" Maka Ibnu Sirin berkata: "Takutlah kepada Allah dan janganlah memukul orang dengan kayu."

Melihat kanak-kanak perempuan dalam tidur bererti mendapat keringanan dan kemudahan setelah, menghadapi kesusahan. Sesiapa yang bermimpi membeli hamba abdi bererti dia mendapat kesusahan dan sesiapa yang bermimpi membeli hamba sahaya akan mendapat kebaikan.

Jika ada hamba abdi, yang belum akil baligh, bemimpi seolah-olah dia sudah baligh bererti dia akan merdeka. Jika dia melihat seolah-olah sudah baligh, lalu diberikan kepadanya kain putih, maka dia akan mengahwini perempuan merdeka. Jika dia melihat diberikan kepadanya pakaian hitam bererti dia menikahi perempuan bekas hamba sahaya. Jika dia melihat diberikan pakaian merah bererti dia akan mengahwini perempuan mulia. Tetapi jika orang yang sudah tua bermimpi seperti ini maka dia akan mati. Jika orang yang mengerjakan maksiat tersembunyi melihatnya, maka akan ketahuan perbuatannya.

Sesiapa yang bermimpi mempunyai anak lelaki yang sudah akil baligh, bererti itu merupakan kemegahan dan kekuatan baginya. Tetapi kemegahan dan kekuatan itu lebih besar kemungkinan berlaku pada ibu anak itu. Perempuan yang bermimpi mempunyai anak lelaki yang sudah dewasa, bererti satu kebaikan yang akan datang kepadanya. Nainun demikian kata satu pendapat orang yang mempunyai anak kecil, kemudian dia melihat seolah-olah sudah dewasa, bererti menunjukkan akan matinya. Kata yang lain lagi melihat kanak-kanak seolah-olah sudah menjadi dewasa menunjukkan kepada kekuatan dan pertolongan.

Ada orang yang isterinya sedang hamil bermimpi seakan-akan lahirnya anak lelaki tetapi rupanya isterinya melahirkan anak perempuan. Ada juga yang bemimpi mendapat anak perempuan tetapi dia mendapat anak lelaki. Bahkan ada juga yang tepat seperti yang dilihatnya dalam mimpinya itu.

Ada seorang wanita di Makkah bermimpi seakan-akan di sekeliling Ka'bah ada bidadari-bidadari yang sedang memegang wangi-wangian. Tiba-tiba ada orang berkata kepada wanita itu: "Tahukah engkau bahawa Abdul Aziz bin Abu Daud berkahwin malam ini?" Setelah terbangun rupanya Abdul Aziz sudah mati.

Kesimpulan

Semua kejadian dan takdir serta ajal maut adalah rahsia Allah swt. Kita boleh berdoa sebagai satu alat perhubungan atau permintaan kita kepada-Nya.Berdoalah dan mintalah dari-Nya.Minta yang baik, maka baiklah datangnya tetapi meminta yang buruk, buruklah jadinya, wallahuallam.

Kita juga boleh mengamalkan adab-adab ketika lepas bermimpi seperti mimpi tersebut amat menghantui kita, disunatkan melakukan perkara-perkara berikut :

1. Membaca ta'awwuz (A'uuzubillahi minasysyaitoonir roojiim)


2. Meludah kesebelah kiri kita sebanyak 3 kali.

3. Mengubah cara tidur ke sebelah yang lain.

4. Bangun sembahyang 2 rakaat (kalau termampu) dan berdoalah agar kita dijauhkan dari musibah dan bencana serta mintalah yang baik-baik serta perlindungan dari-Nya.

Kalau diamalkan perkara di atas Insya-Allah mimpi yang buruk itu tidak ada apa-apa kesan ke atas kita, wallahualam.

37 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Salam.

Saya mimpikan sorang lelaki tua berjubah putih dtg dimuka pintu bilik yang didiami saya dan rakan yang tidak saya kenali, lelaki tua itu senyum lalu membetulkan kiblat di bilik saya. lalu berlalu dengan seyum. lelaki tua itu memang saya kenali, tetapi secara jauh. tambahan pula, dia sudah meninggal. Dia seorang yang warak didunia.

Tanpa Nama berkata...

Assalamualaikum..sy brmimpi sy berjalan di depan cermin,tetapi tubuh sy di dlm cermin itu berhenti dn memandang tajam ke arah sy dn muka sy kelihatan hodoh..dn di berlarutan shngga sy berjumpa seorg prempuan muda berwajah hodoh dn seorg budak kecil yg comel dn seorg perempuan tua yg berambut putih dn brikat di belakang..prempuan muda itu memksa sy untk mngambil budak itu dn mnyuruh sy mnjganya..setelah dipksa sy mngambilnya tpi sy kenakan 3 syarat iaitu msa pertemuan mereka kmbli untk mlihat budak trsebut..tetapi prmpuan tua itu hnya terdiam dn tidak berbicara..apkah mkna smua mimpi sy itu?

Tanpa Nama berkata...

Mesti tu malaikat

Tanpa Nama berkata...

Itu kemungkinan mimpi yang sangat seram

Tanpa Nama berkata...

mimpi sngt mnakutkan...assalamualaikum

Unknown berkata...

Saya bermimpi bertemu dgn mualaf cina menjual minyak wangi..muka sangat suci bercahaya..dan wangian yg di jualnya menusuk kalbu..

Unknown berkata...

assalamualaikum..saye bermimpi seoarang lelki yang sye knali sedang sakit dirumah. dan ketika lelaki tersebut sedang sakit, die masih gagah untuk mnolong sye, ketika sye dalam kesusahan.. sye sering kali mimpi seorang llki itu, tetapi mimpinya berlainan. apakah maksud mimpi sye itu ??

Tanpa Nama berkata...

saya mimpikan seorang lelaki yang saya cintai memberikan saya seorang bayi dan seorang budak perempuan berumur dalam lingkungan 3tahun bernama Qalesya..budak perempuan itu memanggil saya mumy..apakah maksud mimpi saya itu?

Tanpa Nama berkata...

Saya juga pernah bermimpi lelaki paksa saya mengambil budak kecil.
Berkali kali saya menolak sampai terjaga dari tidur. Dan bermacam helah dilakukan supaya saya memegang bayi itu. Sehingga saya tertidur semula, mimpi tersebut bersambung semula pada kisah yg berlainan tetapi lelaki itu tetap paksa saya pegang bayi tu.
Pada pengalaman saya ia bermakna anda mendapat saka, jin atau apa2 sahaja yg sangat dibenci.

Unknown berkata...

Assalamualaikum wr.wb.
Sy bermimpi tdi mlam sy satu sekolahan dg iqbal cjr. Apa arti dri semua itu.. Mohon jwabanya. Trims.

Rashidy Jamaludin berkata...

owhhh tu jodoh dengan tokey minyak tuu hehe

Rashidy Jamaludin berkata...

owhhh tu jodoh dengan tokey minyak tuu hehe

Ahmad albab berkata...

k

Ahmad albab berkata...

klu begitu bermakna,gst akan naik sampai pru14kali ni

Ahmad albab berkata...

wasalam.ITU tanda,,,tuanku ahli nujum akan berkahwin dgn ninda anak watan permaisuri raja adigun sidek,kerana beta percaya stiap kapal2 y berdgng di mahtera ITU kpunyaan sultan paik tuanku

Ahmad albab berkata...

klu mimpi mcm tu,dia suruh awk.kawin cpat2,sbb sementara haruman itu tempias,beerti awk masih mempunyai smangt utk berumh tangga

Ahmad albab berkata...

time tu sy tgh Mandi kan,,,SBB sy wangi ,tulaa mknanya kita Ada jdoh,hehee

Tanpa Nama berkata...

Anak saya meninggal selama tiga tahun ketika umurnya 12 tahun dan saya tidak pernah langsung bermimpi tentang dirinya...tapi baru-baru ini saya bermimpi tentang anak saya itu... Walaupun dlm mimpi itu saya tahu yang anak saya telah meninggal dunia...anak saya cuma memandang saya

Mohd Rozie berkata...

Assalam.... Pada tafsiran diatas terdapat perkataan abdi & sahaya... Merujuk kepada kamus dewan, sahaya & abdi adalah dalam maksud yang serupa, tetapi pada tafsiran diatas kedua dua perkataan tersebut tergolong dalam maksud berbeza. Mohon tuan ulas untuk pencerahan sekalian. Terima kasih.

Unknown berkata...

Saya bermimpi dikejar orang tidak dikenali dengan 2 bilah pedang,Saya tengah gendong anak kecil Perempuan,Saya berlari kearah bukit,orang tak dikenali melempar sebilah pedang itu berputar dikaki kanan Saya,Saya berlari ke arah sebuah rumah,lalu Saya sembunyi disitu

Unknown berkata...

Salam.saya bermimpi tiga org lelaki berkulit gelap dan sedang menuruni tangga rumah saya seolah hendak keluar dari rumah dan salah seorang dari mereka memandang saya sambil senyum atau mcm tersengih dan sambil saya berkata pada lelaki tu 'aku cam muka kau'lepastu trus saya terjaga waktu tu dlm 6.30 petang..

Unknown berkata...

Salam.saya bermimpi tiga org lelaki berkulit gelap dan sedang menuruni tangga rumah saya seolah hendak keluar dari rumah dan salah seorang dari mereka memandang saya sambil senyum atau mcm tersengih dan sambil saya berkata pada lelaki tu 'aku cam muka kau'lepastu trus saya terjaga waktu tu dlm 6.30 petang..

Unknown berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Unknown berkata...

Salam .. saya bermimpi kawan lelaki saya yang lama saya kenali. Dia dihalang oleh tunangnya untuk terus berhung dgn saya. Sedangkan hubungan kami hanya sahabat walaupun sebanrnay dalam diam saya memang menaruh hati padanya tetapi dia tidak tahu. Adakah mimpi ini petanda atau amaran supaya saya menjauhkan diri dari sahabat lelaki saya ni..

hanieyldaEtarra berkata...

seorang Rakan Lelaki saya Yang Telah berkahwin Bermimpi bahawa Telah Melihat aurat( rambut ) seorang wanita Yang Bukan Isterinya , sedangkan Wanita Yang di lihat nya Dari mimpi itu ialah seorang yng berhijab ( bertudung )

Tanpa Nama berkata...

Maknanya akan terbuka aibnya

Tanpa Nama berkata...

Assalammualaikum..saya mimpi pasal seorang lelaki nie banyak kali(3 kali je kot hahaha)..saya tak pasti sama Ada lelaki Tu org yg saya kenal atau tidak..tapi naluri saya kuat mengatakan lelaki Tu Bukan org yg saya kenal..mimpi nie sekejap Ada sekejap tak Ada..yg peliknya saya tahu bila saya mimpi psl lelaki yg sama nie..macam mana saya tahu?..saya pon tak pasti (naluri)..lelaki tu mcm lelaki dewasa..dalam mimpi Tu dia Ada ckp ngan saya..tapi saya tak ingat..yg saya pasti Cara dia cakap lembut ngan tenang sngt..sumpah cair..saya bagitahu kawan saya..dia ckp saya nie kemungkinan jawapan solat istikharah seseorang..tapi tak pasti la betul ke tak apa yg dia ckp.

ora solution berkata...

diam je kalau dh tau.

Unknown berkata...

Sy mimpi bertemu lelaki yg sy kenali, lelaki tu cuba tuk mendekatkan diri ngan sy.. Tuk lebih mengenali sy.. Apakah maksud d sebalik mimpi sy..

Unknown berkata...

Sy mimpi bertemu lelaki yg sy kenali, lelaki tu cuba tuk mendekatkan diri ngan sy.. Tuk lebih mengenali sy.. Apakah maksud d sebalik mimpi sy..

Unknown berkata...

Sy mimpi bertemu lelaki yg sy kenali, lelaki tu cuba tuk mendekatkan diri ngan sy.. Tuk lebih mengenali sy.. Apakah maksud d sebalik mimpi sy..

Tanpa Nama berkata...

Sya sudah berkahwin mimpi lelaki tak dikenali yg mempunyai isteri mahu berkenalan lebih rapat Dan sanggup jumpa ibu bagi no Tel..

Unknown berkata...

Assalamualaikum... Saya Bermimpi seorang lelaki tua berjubah putih dan berjanggut putih panjang memandang saya... Apakah maksud mimpinya... Mohon penjelasan... Terima kasih

Unknown berkata...

Suami sy bermimpi seorang tua wajah berseri2 berpakaian putih,wanhi seperti memakai minyak atar..org tua itu mgatakan hendak.mmbawa suami sy pergi jauh..apa maksud mmpi itu

Nurrohim Yusoff berkata...

Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam Jumaat.. 13 Nov 2020,Jumaat sebelum terjaga dari Subuh, sy bermimpi tangan sy dipegang erat dari seorg yg berserban dan berjubah putih wajahnya bersinar cahaya sehinggakn sy xdpt melihat wajahnya, beliau memegang tangan sy dan sy dapat rasakan begitu lembut tapak tanganya seperti bayi, Subhanallah.. beliau memegang tgn sy dan membawa sy ke suatu tempat yg aneh, susana pada saat itu waktu malam dan kdg kala kedengaran suara2 ganjil, sy x pasti suara makhluk apa, time tu bulan mengambang.. lepas itu dia membawa sy masuk ke suatu tempat seakan akan gua, di sepanjang perjalanan di dalam gua tersebut, sy mndapati ada bongkahan dinding batu seolah2 mcm baru di tebuk utk mmbuat laluan dan samar2 kedengaran suara makhluk mengerang seolah2 tgh marah kesakitan. Di sepanjang perjalanan di dlm gua tersebut laluan menjadi cerah, oleh kerana wajah yg bercahaya itulah sy dpt melihat keadaan suasana jalan di dalam gua tersebut , tangan sy erat dipegang oleh beliau dan perjalanan kami terhenti selepas beliau menunjukkan ada satu jalan yg sgt gelap dan begitu dalam. Bila sy dpt pulang ke rumah sy menceritakan kpd ahli keluarga sy apa yg terjadi pd mlm tersebut, dan sy boleh declair pada mereka org yg brtapak tgn lembut berwajah cahaya dan perpakaian putih itu ada Rasulullah S.A.W, pada saat tu sy seronok sgt.. tiba2 terjaga dr tidor mmg tepat masuk waktu Subuh.. MasyaaAllah..sampai skrg sy xtahu maksud mimpi tersebut..adakah benar Rasulullah yg sy jumpa..rahsia Allah.. sy pun xtahu.. benar mimpi permainan tidur, tp mimpi mlm tu mmg lain dr yg lain.. sy rasa seronok dan tenang bila beliau pegang tangan sy dlm mmpi tersebut.. itu ja boleh sy katakan dn menceritakan pd sahabat2 semua.. maafkan sy jika mimpi sy ini nampak ganjil dan x masuk akal.. yela nama pun mimpi..hehe.. mudah2han kita semua mendapat keberkatan hidup dan mndapat syafaat Rasulullah di Akhirat kelak.. inshaaAllah.. aminn.. sekian Assalamualaikum.

Gler mm³ berkata...

Assalamualaikum. Ketika usia sy 14 tahun saya bermimpi ada susuk tubuh yang dililit kain lebar dlm 2inci dn panjang dr kaki sampai atas seperti mumia. Susuk tubuh tu melompat² mengejar org. Semua kwn lari bertempiaran ketakutan sambil menjerit pocong. Tapi sy pelik kenapa bungkusannya berbeza. Tiba² susuk tersebut berada dihadapan saya dan menunduk, pada mulanya seram juga. Namun tiba² rasa tenang, tak sempat pikir apapun tiba² saya terus membuka ikatan n lilitan dr susuk tubuh tersebut. Susuk tersebut berwajah tampan memakai jubah putih dn berserban putih. Tersenyum seakan mengucapkan terima kasih. Tersedar dr tidur untuk solat subuh. Xdpt sy lupakn indah n tampan wajahnya. Tenang hati sy melihat dn sy tak pernah jumpa lelaki yg wajah sama.

Gler mm³ berkata...

Sedikit penambahan; wajahnya juga seperti bercahaya. Senyumannya seakan "berterima kasih",berbahagia(ibarat saat kita benar² ikhlas memberi senyuman) cth:hari di ijab kabulkan, berseri² wajah pengantin sbb merasa bahagia,bersyukur,rasa lepas segala masalah, dll..sukar digambarkan juga.