Siapakah orang yang
sibuk ?
Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya
seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s.
Siapakah orang yang manis senyumannya ?
Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang ditimpa musibah
lalu dia kata "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun."
Lalu sambil berkata,"Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuan Mu ini",
sambil mengukir senyuman.
Siapakah orang yang kaya ?
Orang yang kaya adalah orang yang senantiasa bersyukur dengan apa yang ada dan
tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini.
Siapakah orang yang miskin ?
Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada sentiasa
menumpuk-numpukkan harta.
Siapakah orang yang rugi ?
Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih
berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikan.
Siapakah orang yang paling cantik ?
Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak serta budipekerti yang
baik.
Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas?
Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa
amal-amal kebaikan di dunia di mana kuburnya akan diperluaskan saujana
mata memandang.
Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit?
Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak membawa
amal-amal kebaikan lalu kuburnya menghimpitnya.
Siapakah orang yang mempunyai akal ?
Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana
telah mengunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari siksa/azab neraka.
Siapakah org yg KEDEKUT ?
Orang yg kedekut ialah orang yang membiar atau membuang email begitu
sahaja, malah dia tidak akan menyampaikan pula pada orang lain berkenaan
perkara-perkara kebaikan.
"Ikatan UKHUWAH bukanlah sesuatu yang dapat dibeli dengan harta serta wang
ringgit , tetapi ia merupakan roh yang dihidupkan oleh ALLAH dalam hati orang-orang
yang beriman apabila DIA mengkehendakinya agar mereka dekat dan bersatu".
Tiada ulasan:
Catat Ulasan