Isnin, 11 Julai 2016

Pengalaman Nyaris Dirempuh Kereta

10 Julai 2016 - mungkin kenangan yang tidak dapat dilupakan sewaktu memandu kereta dalam perjalanan balik dari MRSM Terendak ke Shah Alam melalui jln tepi pantai...
Dari arah bertentangan, sebuah kereta wira putih...tetiba saja pakcik tu dgn wifenya buat 'drift' depan aku..apa lagi..aku sempat mengelak..terpaksa langgar tong sampah plastik tepi jalan..nasib baik tong sampah plastik dan kosong..macam dalam filem pulak..'at the end' Alhamdulillah...kami semua selamat termasuk sebuah kereta Alphard putih..bukan laju pun lagipun jalan kampung..bila suruh pakcik tu ketepi jln utk berehat sekejap..aku tanya padanya..pakcik mengantuk ke..katanya tak..tak taulah sebab apa tetiba 'DRIFT'..
Pengajaran boleh diambil ialah berhati2 dijalanraya..walau kelajuan 40/50kmh pun kalau nk jadi kemalangan akan terjadi juga..kita perlu sentiasa berwaspada dijalanraya..apa yg penting sebelum bertolak..bacalah doa naik kenderaan..In shaa Allah kita sentiasa dibawah lindunganNya..amiinn...

Tiada ulasan: