Memaparkan catatan dengan label Keluarga. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Keluarga. Papar semua catatan

Sabtu, 26 November 2016

Gambar Retak Seribu

Inilah gambar yang dikatakan retak seribu tu....ada ke sampai seribu?
hheeee....

Cermin yang retak
Cermin yang telah siap diganti baru

Retaknya ini tiada kena mengena dengan unsur2 tidak baik..mungkin dah tiba masanya untuk ditukar baru..Redho dengan ketentuan Allah...

Khamis, 24 November 2016

Retak Seribu

dah lama tak menulis blog. Kalau baca pada tajuk retak seribu ni biasanya dikaitkan dekat hati dan perasaan, tapi retak ini memang betul-betul retak. Cermin tingkap kereta kenari yang aku guna selama ini tiba-tiba retak. Berkemungkinan faktor cuaca bukan dari unsur-unsur lain sebab retaknya datang dari bawah cermin naik ke atas menyebabkan semua retak. Nasib baik tinted..tidaklah terus berderai. Kejadian pun masa kereta parking..dah banyak hari tak berjalan. Entah berapa harga cermin tingkap sebelah pemandu Wallahuaklam...esok ada masa aku pergi kedai pasang cermin tingkap yang baru. Harap-harap ada sparepart walaupun kenari dah tak di keluarkan oleh Perodua.
Tak sempat nak ambil gambar retak seribu tu..

Ahad, 3 Julai 2016

SELAMAT HARI RAYA AIDIL-FITRI 2016

Assalamualaikum w.b.h...

Kesibukan masa membataskan aku untuk update blog sepertimana biasa. Dah setengah tahun tak update walaupun banyak pengalaman baru yang ku perolehiDikesempatan ini aku ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDIL-FITRI, MAAF ZAHIR BATIN kepada sesiapa yang mengenali diri ini tak kira jauh atau pun dekat. Jika ada salah silap, jutaan kemaafan dipohonkan kerana kita adalah manusia biasa, ada terdapat kekurangannya...
Semoga Aidil-fitri tahun ini memberi cahaya yang gemilang untuk terus menempuh hari-hari mendatang dengan sebaik mungkin dan jadikan Ramadhan yang tinggal beberapa hari ini sebagai landasan untuk terus mempertingkatkan amalan kerana belum tentu kita akan berjumpa lagi dengan Ramadhan akan datang...
SELAMAT BERPUASA DAN SELAMAT MENYAMBUT 01 SYAWAL 1437H (InshaaAllah dijangka pada 06 Jul 2016).

Khamis, 4 April 2013

Cara Membahagiakan Kedua Ibu Bapa

SETIAP anak wajib berbakti dan mentaati ibu bapa demi membahagiakan kehidupan mereka melalui hari tua. Islam meletakkan ibu bapa pada kedudukan mulia.

Banyak bakti yang boleh dilakukan kepada ibu bapa. Bakti itu dalam bentuk material dan hubungan kasih sayang. Ini bersesuaian dengan fizikal ibu bapa yang semakin uzur dan memerlukan lebih perhatian.

Antara bakti perlu dilakukan setiap anak terhadap ibu bapa.

Memberi nafkah. 

Adaibu bapa yang berdepan dengan masalah kewangan. Mereka tidak dapat lagi melakukan tugas seharian disebabkan faktor usia. Jika bekerja, tetapi tidak mencukupi untuk menampung perbelanjaan keluarga yang semakin meningkat.

Justeru menjadi tanggungjawab anak memberi nafkah atau bantuan kewangan kepada ibu bapa. Sumbangan itu tidak seberapa berbanding yang dibelanjakan ibu bapa untuk membesar dan mendidik anak.

Menyediakan tempat tinggal.

Dalam kes ibu bapa yang hilang tempat tinggal atau tidak sesuai untuk didiami, menjadi tanggungjawab anak menyediakan tempat tinggal lebih sesuai kepada ibu bapa.

Paling baik jika ibu bapa dibawa tinggal bersama agar dapat menjamin keselamatan dan keperluan harian mereka diuruskan dengan baik.

Memberi kasih sayang. 

Kasih sayang adalah sebagai membalas kasih sayang yang selama ini dicurahkan ibu bapa. Jadi, seharusnya kasih sayang itu dibalas sebaik-baiknya.

Anak yang baik tidak melupakan jasa dan kasih sayang ibu bapa. Anak soleh sentiasa memohon kepada Allah agar ibu bapa mereka diberkati dan dicucuri rahmat.

Firman Allah bermaksud: "Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua seperti mereka mencurahkan kasih sayang memelihara dan mendidikku ketika kecil." (Surah al-Isra, ayat 24)

Memberi perhatian. 

Ibu bapa yang diabaikan akan kesunyian. Mereka terasa disisih dan dan seperti tidak dipedulikan. Hal ini memberi tekanan perasaan dan menyebabkan kemurungan. Keadaan ini jika berterusan memberi kesan kepada kesihatan fizikal dan mental ibu bapa.

Ramai ibu bapa yang disisihkan dan dihantar ke rumah penjagaan orang tua. Sukar diterima akal anak mendakwa tidak mampu menjaga ibu bapa, sedangkan mereka mampu menjaga dan membesarkan beberapa anak.

Memenuhi permintaan. 

Ibu bapa sering memerlukan bantuan anak untuk melaksanakan sesuatu keperluan. Permintaan itu mungkin dalam bentuk kewangan, tenaga dan masa.

Memenuhi permintaan ibu bapa perlu diutamakan berbanding melakukan tugas lain. Sesungguhnya, memenuhi permintaan ibu bapa lebih baik berbanding melakukan ibadat sembahyang sunat, berpuasa sunat dan seumpamanya.

Malah, keutamaan berbakti kepada ibu bapa lebih utama daripada berjihad di medanperang. Diriwayatkan daripada Bukhri dan Muslim, Ibnu Umar berkata: "Saya telah bertanya kepada Nabi Muhammad SAW: "Apakah perbuatan disukai oleh Allah?" Lalu Baginda bersabda: "Sembahyang pada waktunya." Kemudian apa?" tanya saya lagi. Baginda menjawab: "Berbakti kepada kedua ibu bapa." Saya bertanya: "Apa lagi." Jawab Baginda: "Berjihad pada jalan Allah."

Melakukan apa yang disukai.

Ibu bapa tentu mengharapkan anaknya melakukan sesuatu yang baik pada pandangan mereka. Melakukan perkara yang tidak sukai ibu bapa bermakna melakukan perbuatan derhaka.

Anak derhaka kepada ibu bapa tidak mendapat keberkatan dalam kehidupannya. Sesiapa derhaka kepada ibu bapa disegerakan balasan di dunia dan tidak terlepas di akhirat.

Sabda Rasulullah bermaksud: "Dua kejahatan yang disegerakan balasan di dunia ialah zina dan menderhaka kepada kedua-dua ibu bapa." (Hadis riwayat at-Tirmizi).

Dalam hadis lain diriwayatkan al-Hakam bermaksud: "Semua dosa akan ditangguhkan Allah, yakni balasan menurut kehendak-Nya hingga ke hari kiamat, kecuali balasan menderhaka kepada kedua-dua ibu bapa. Maka, sesungguhnya Allah menyegerakan balasan kepada pelakunya pada masa hidupnya sebelum mati."

 Bercakap dengan lemah lembut. 

Satu cara menjaga perasaan ibu bapa adalah bercakap lemah lembut dengan mereka. Suara hendak direndahkan dan jangan membantah permintaan mereka.

Firman Allah bermaksud: "Tuhanmu telah memerintahkan, supaya kamu tidak menyembah selain Allah, dan hendaklah berbuat santun terhadap kedua-dua orang tua. Jika salah seorang telah lanjut usianya atau kedua-duanya telah tua, janganlah sekali-kali engkau berani berkata 'cis' terhadap mereka dan janganlah engkau suka menggertak mereka. Tetapi, berkatalah dengan sopan santun dan lemah lembut." (Surah al-Israk, ayat 23).

Sesungguhnya, anak ditegah membantah kata-kata ibu bapa dengan suara tinggi atau bermaksud merendahkan kedudukan ibu bapa. Lebih baik berdiam diri daripada berkata-kata yang mungkin menyinggung perasaan ibu bapa. Kemudian jika ada kesempatan, gunakan cara yang lembut untuk menjelaskan keadaan sebenar.

Menghadiahkan kejayaan.

Jadi, jika memperoleh kejayaan dalam pelajaran, mendapat pekerjaan, dinaikkan pangkat dan seumpamanya, seharusnya dimaklumkan kepada ibu bapa. Ibu bapa dibawa bersama-sama dalam majlis untuk meraikan kejayaan itu.

 Meluangkan masa bersama-sama.

Anak yang tinggal berasingan dengan ibu bapa perlu kerap meluangkan masa mengunjungi mereka. Ibu bapa berasa senang menerima kunjungan dan menatap wajah anaknya.

Mendoakan kebaikan untuk ibu bapa. 

Anak perlu sentiasa mendoakan kebaikan untuk ibu bapanya. Amalan mendoakan kebaikan untuk ibu bapa perlu diteruskan walaupun mereka meninggal dunia.

Sabda Rasulullah bermaksud: "Apabila meninggal seseorang itu, maka terputuslah segala amalannya, melainkan tiga perkara iaitu sedekah jariah yang berterusan memberi manfaat, ilmu yang memberi kebaikan diajarkan kepada orang lain dan anak yang soleh yang sentiasa mendoakan kebaikan kepada kedua ibu bapanya." (Hadis riwayat Muslim).

Kebaikan dilakukan anak terhadap ibu bapa sebenarnya amat kecil. Anak tidak mampu untuk membalas jasa ibu bapa sepenuhnya biarpun dia berbakti sepanjang hayatnya.

Gunakan kesempatan yang ada untuk melakukan bakti terhadap ibu bapa sebaik mungkin. Masa untuk anak berbakti kepada ibu bapa sebenarnya semakin suntuk. Lambat laun ibu bapa akan meninggal dunia. Bertindaklah sebelum terlambat, selagi ibu bapa atau salah seorangnya masih hidup.

Jumaat, 30 November 2012

Tidur Yang Terlarang

Sekadar Hiasan
Telah menjadi kebiasaan masyarakat di negara ini khususnya segelintir golongan muda, apabila datangnya hari hujung minggu pasti akan bangun tidur lambat. Sebab malamnya asyik dipenuhi kegiatan-kegiatan membuang masa dengan borak-borak kosong, lepak, merempit dan macam-macam lagi aktiviti yang kurang sihat. Tapi ada juga yang mencari rezeki halal.

Bila esoknya matahari dah terpacak pun masih tidak mahu bangkit dari kesedaran. Lebih-lebih lagi kalau yang tiada aktiviti pada hari itu, apalagi... .. disambung dengan aktiviti terlampaulah - tidur. Ada pula yang sepanjang harinya asyik berkepit dengan
perempuan bantal peluk busuk. Hanya bangun semata-mata untuk ke tandas atau membesarkan otot perut sahaja.

Orang-orang yang berakal amat tidak menyukai mereka yang hidupnya hanya dihiasi dengan aktiviti tidur sahaja sepanjang hari dan suka tidur pada waktu-waktu yang terlarang. Ini kerana dipercayai boleh menyebabkan:

1) Akal menjadi lemah
2) Pengamal tidur terlarang ini akan mengalami kegoncangan dan gangguan saraf.
3) Otak cepat dungu/bebal
4) Tubuh badan menjadi lemah
5) Suburnya sikap pemalas
6) Tiada adab

Jika diperhatikan, apabila sering mengamalkan tidur yang terlarang ini mungkin otak akan mengalami rasa bingung seketika dan tidak dapat membezakan adakah waktu tersebut adalah pagi atau senja.

Dipandang dari sudut akhlak, ianya menggambarkan keperibadian seseorang itu tidak terurus, pemalas, kurang adab pada diri dan orang ramai serta membuang masa.

Apabila diamalkan secara 'istiqamah', maka kemungkinan besar akan terjadinya penyakit gila. Dan cepat mati - tahu-tahu dah sampai umur ajalnya (masa hidup terasa pendek). Na'udzubillah.

Antara tidur yang dilarang adalah:

1) Tidur selepas Subuh iaitu pada awal-awal pagi (rezeki mahal).
2) Tidur selepas Asar.
3) Tidur selepas Maghrib
4) Tidur di bawah cahaya matahari walaupun hanya sebahagian daripada badan terkena cahaya matahari.
5) Tidur dalam majlis ilmu (kurang sopan)
6) Tidur dalam solat (ini kurang ajar)
7) Tidur dalam tandas (ini pun ada?)
8) Tidur yang terlalu banyak.

Amalan yang mulia dari pandangan para solihin adalah dengan mengurangkan tidur supaya banyak masa dapat diluangkan dengan ibadah dan aktiviti-aktiviti berfaedah.

Tips kurangkan tidur - KURANGKAN KANDUNGAN DI PERUT! 


vf

Rabu, 14 November 2012

Cemburu Lelaki

Hiasan

Dari sudut psikologi, cemburu adalah perasaan sakit hati, marah, tidak percaya, dan kurang yakin seseorang terhadap pasangan yang dicintai. Selalunya, perasaan ini timbul lantaran sikap suami atau isteri yang gemar membayangkan pasangannya mempunyai hubungan istimewa dengan seseorang di luar pengetahuannya.

Tapi kalau setakat dengar bisikan halus atau melihat isteri berbual ditelefon boleh cemburu, itu semua godaan syaitan atau memang sakit jiwa yang kronik. Hampeh.. Cemburu biarlah bertempat... 
Lelaki perlu cemburu untuk mengelak diri dari bergelar dayyuz dan perlu mengelak dari berlakunya kemungkaran. Antara gejala kemungkaran yang sering berlaku,


1. Cantik – membiarkan kecantikan dan tubuh badan isteri dan anak perempuan dinikmati oleh lelaki lain sepanjang berada di luar rumah contoh di pejabat.


2. Balik kerja lewat – membiarkan isteri dan anak perempuan balik lewat dari pejabat yang secara tak langsung membuka lebih banyak ruang ke arah maksiat seperti pulang bekerja dengan lelaki lain.


3. Aurat - membiarkan aurat isteri dan anak perempuan dewasa oleh orang lain yang bukan mahram seperti terselak kain ketika membonceng motosikal.


4. Berdua-duaan – membiarkan isteri dan anak perempuan berdua-duaan dengan lelaki bukan mahram seperti membiarkan anak perempuan dengan tunang atau pasangannya


Cemburu dan iri hati boleh dirawat. Ia secara langsung menyatakan bahawa cemburu dan iri hati adalah satu bentuk penyakit. Jika penyakit, pasti ada penawarnya. Namun, cemburu dan iri hati bukan penyakit fizikal tetapi penyakit psikologikal.

Isnin, 14 Mei 2012

Cara Membahagiakan Ibu Bapa


Hiasan
SETIAP anak wajib berbakti dan mentaati ibu bapa demi membahagiakan kehidupan mereka melalui hari tua. Islam meletakkan ibu bapa pada kedudukan mulia. 
        Banyak bakti yang boleh dilakukan kepada ibu bapa. Bakti itu dalam bentuk material dan hubungan kasih sayang. Ini bersesuaian dengan fizikal ibu bapa yang semakin uzur dan memerlukan lebih perhatian. 

Antara bakti perlu dilakukan setiap anak terhadap ibu bapa. 

Memberi nafkah. 

Adaibu bapa yang berdepan dengan masalah kewangan. Mereka tidak dapat lagi melakukan tugas seharian disebabkan faktor usia. Jika bekerja, tetapi tidak mencukupi untuk menampung perbelanjaan keluarga yang semakin meningkat. 

       Justeru menjadi tanggungjawab anak memberi nafkah atau bantuan kewangan kepada ibu bapa. Sumbangan itu tidak seberapa berbanding yang dibelanjakan ibu bapa untuk membesar dan mendidik anak. 

Menyediakan tempat tinggal.

Dalam kes ibu bapa yang hilang tempat tinggal atau tidak sesuai untuk didiami, menjadi tanggungjawab anak menyediakan tempat tinggal lebih sesuai kepada ibu bapa. 

        Paling baik jika ibu bapa dibawa tinggal bersama agar dapat menjamin keselamatan dan keperluan harian mereka diuruskan dengan baik. 

Memberi kasih sayang. 

Kasih sayang adalah sebagai membalas kasih sayang yang selama ini dicurahkan ibu bapa. Jadi, seharusnya kasih sayang itu dibalas sebaik-baiknya. 

       Anak yang baik tidak melupakan jasa dan kasih sayang ibu bapa. Anak soleh sentiasa memohon kepada Allah agar ibu bapa mereka diberkati dan dicucuri rahmat. 

     Firman Allah bermaksud: "Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua seperti mereka mencurahkan kasih sayang memelihara dan mendidikku ketika kecil." (Surah al-Isra, ayat 24)

Memberi perhatian. 

Ibu bapa yang diabaikan akan kesunyian. Mereka terasa disisih dan dan seperti tidak dipedulikan. Hal ini memberi tekanan perasaan dan menyebabkan kemurungan. Keadaan ini jika berterusan memberi kesan kepada kesihatan fizikal dan mental ibu bapa. 

      Ramai ibu bapa yang disisihkan dan dihantar ke rumah penjagaan orang tua. Sukar diterima akal anak mendakwa tidak mampu menjaga ibu bapa, sedangkan mereka mampu menjaga dan membesarkan beberapa anak. 

Memenuhi permintaan. 

Ibu bapa sering memerlukan bantuan anak untuk melaksanakan sesuatu keperluan. Permintaan itu mungkin dalam bentuk kewangan, tenaga dan masa. 

     Memenuhi permintaan ibu bapa perlu diutamakan berbanding melakukan tugas lain. Sesungguhnya, memenuhi permintaan ibu bapa lebih baik berbanding melakukan ibadat sembahyang sunat, berpuasa sunat dan seumpamanya.

   Malah, keutamaan berbakti kepada ibu bapa lebih utama daripada berjihad di medanperang. Diriwayatkan daripada Bukhri dan Muslim, Ibnu Umar berkata: "Saya telah bertanya kepada Nabi Muhammad SAW: "Apakah perbuatan disukai oleh Allah?" Lalu Baginda bersabda: "Sembahyang pada waktunya." Kemudian apa?" tanya saya lagi. Baginda menjawab: "Berbakti kepada kedua ibu bapa." Saya bertanya: "Apa lagi." Jawab Baginda: "Berjihad pada jalan Allah." 

Melakukan apa yang disukai.

Ibu bapa tentu mengharapkan anaknya melakukan sesuatu yang baik pada pandangan mereka. Melakukan perkara yang tidak sukai ibu bapa bermakna melakukan perbuatan derhaka. 

       Anak derhaka kepada ibu bapa tidak mendapat keberkatan dalam kehidupannya. Sesiapa derhaka kepada ibu bapa disegerakan balasan di dunia dan tidak terlepas di akhirat. 

           Sabda Rasulullah bermaksud: "Dua kejahatan yang disegerakan balasan di dunia ialah zina dan menderhaka kepada kedua-dua ibu bapa." (Hadis riwayat at-Tirmizi). 

         Dalam hadis lain diriwayatkan al-Hakam bermaksud: "Semua dosa akan ditangguhkan Allah, yakni balasan menurut kehendak-Nya hingga ke hari kiamat, kecuali balasan menderhaka kepada kedua-dua ibu bapa. Maka, sesungguhnya Allah menyegerakan balasan kepada pelakunya pada masa hidupnya sebelum mati." 

Bercakap dengan lemah lembut. 

Satu cara menjaga perasaan ibu bapa adalah bercakap lemah lembut dengan mereka. Suara hendak direndahkan dan jangan membantah permintaan mereka. 

       Firman Allah bermaksud: "Tuhanmu telah memerintahkan, supaya kamu tidak menyembah selain Allah, dan hendaklah berbuat santun terhadap kedua-dua orang tua. Jika salah seorang telah lanjut usianya atau kedua-duanya telah tua, janganlah sekali-kali engkau berani berkata 'cis' terhadap mereka dan janganlah engkau suka menggertak mereka. Tetapi, berkatalah dengan sopan santun dan lemah lembut." (Surah al-Israk, ayat 23). 

     Sesungguhnya, anak ditegah membantah kata-kata ibu bapa dengan suara tinggi atau bermaksud merendahkan kedudukan ibu bapa. Lebih baik berdiam diri daripada berkata-kata yang mungkin menyinggung perasaan ibu bapa. Kemudian jika ada kesempatan, gunakan cara yang lembut untuk menjelaskan keadaan sebenar. 

Menghadiahkan kejayaan.

Jadi, jika memperoleh kejayaan dalam pelajaran, mendapat pekerjaan, dinaikkan pangkat dan seumpamanya, seharusnya dimaklumkan kepada ibu bapa. Ibu bapa dibawa bersama-sama dalam majlis untuk meraikan kejayaan itu. 

Meluangkan masa bersama-sama.

Anak yang tinggal berasingan dengan ibu bapa perlu kerap meluangkan masa mengunjungi mereka. Ibu bapa berasa senang menerima kunjungan dan menatap wajah anaknya. 

Mendoakan kebaikan untuk ibu bapa. 

Anak perlu sentiasa mendoakan kebaikan untuk ibu bapanya. Amalan mendoakan kebaikan untuk ibu bapa perlu diteruskan walaupun mereka meninggal dunia. 

Sabda Rasulullah bermaksud: "Apabila meninggal seseorang itu, maka terputuslah segala amalannya, melainkan tiga perkara iaitu sedekah jariah yang berterusan memberi manfaat, ilmu yang memberi kebaikan diajarkan kepada orang lain dan anak yang soleh yang sentiasa mendoakan kebaikan kepada kedua ibu bapanya." (Hadis riwayat Muslim). 

Kebaikan dilakukan anak terhadap ibu bapa sebenarnya amat kecil. Anak tidak mampu untuk membalas jasa ibu bapa sepenuhnya biarpun dia berbakti sepanjang hayatnya.

Gunakan kesempatan yang ada untuk melakukan bakti terhadap ibu bapa sebaik mungkin. Masa untuk anak berbakti kepada ibu bapa sebenarnya semakin suntuk. Lambat laun ibu bapa akan meninggal dunia. Bertindaklah sebelum terlambat, selagi ibu bapa atau salah seorangnya masih hidup.


emilin - vf

Sabtu, 31 Mac 2012

Perkara Tidak Patut Dilakukan Semasa Memandu Kenderaan

Memandulah Dengan Cara Berhemah

Memandu laju di kawasan perumahan (tempat yang berisiko)


Pasti anda semua pernah mengalami situasi ini. Ia sangat menyakitkan hati kerana ia bukan sahaja membahayakan pemandu, tetapi turut membahayakan orang yang berada di sekitar kawasan perumahan tersebut. Seperti yang anda semua tahu, kawasan perumahan adalah kawasan yang sibuk dengan kanan-kanak bermain, orang tua menghirup udara segar dan sebagainya. Ia tidak logik sekiranya anda menganggap kawasan itu sentiasa selamat. Bawa dengan perlahan supaya dapat mengawal kenderaan anda sekiranya mengalami apa-apa kemungkinan dihadapan.

Tidak memberi signal apabila memasuki simpang


Ini juga merupakan salah satu masalah yang sering dilakukan oleh pemandu. Jangan terlalu fikirkan diri sendiri sahaja, fikirkan juga mengenai pemandu lain. Sekiranya pemandu lain tidak dapat menjangkakan apa yang anda lakukan, ia akan menyukarkan mereka untuk mengambil apa-apa tindakan yang sepatutnya. Anda sepatutnya bekerjasama di jalan raya untuk keselamatan bersama.

Mengambil 2 lot parking

Jangan fikirkan untuk kemudahan anda sahaja. Fikirkan juga untuk kemudahan orang lain. Walaupun kawasan tempat anda meletakkan kenderaan itu tidak terlalu penuh, letakkan kenderaan anda di dalam petak yang telah disediakan. Tunjukkan satu keperibadian yang baik kepada orang lain.

Parking ditempat orang kurang upaya

Pemandu normal yang meletakkan kenderaan di tempat orang yang kurang upaya seolah-olah mengharapkan diri mereka turut menjadi orang yang kurang upaya. Ia amat mengjengkelkan. Kebiasaannya, pemandu yang melakukan perkara ini adalah seorang yang amat mementingkan diri sendiri dan perlu belajar bagaimana caranya untuk menghormati orang lain.

Sentiasa memasang lampu tinggi
Tahukah anda bahawa memasang lampu tinggi boleh membahayakan pemandu lain.Sekiranya lampu rendah anda rosak, pergi baikinya dengan kadar segera. Jangan merasakan ia tidak menjadi masalah kepada anda, sebaliknya ia memberi masalah kepada orang lain.

Sentiasa kekal di jalan sebelah kanan

Seperti yang semua pemandu tau, jalan di sebelah kanan adalah untuk pemandu lain memotong anda. Jangan kekalkan kenderaan anda di sebelah kanan sahaja kerana ia akan menyukarkan pemandu lain untuk memotong. Fikirkan juga mengenai keselamatan pemandu lain dan bukannya keselesaan anda sahaja.

Menyalahgunakan hon

Anda perlu tahu bahawa hon digunakan untuk memberi amaran kepada pemandu lain sekiranya mengalami apa-apa kesulitan. Hon bukanlah tempat untuk meluahkan kemarahan anda.

Tidak fokus ketika lampu isyarat

Jangan kerana kelekaan anda melakukan susuatu ketika lampu isyarat menyebabkan pemandu lain marah kepada anda. Anda perlu tetap fokus walaupun sedang berhenti di lampu isyarat.

  • Jadilah seorang pemandu yang berhemah.  Wasallam.....

Selasa, 6 Mac 2012

Apa Erti Cinta?


C - CANTIK...
Perlukah perkahwinan berdasarkan cantik rupa semata-mata..Cantik di sini bermakna cantik rupa di mata suami/isteri..dan cantik pada hati nurani. Isteri perlu cantik dihadapan suami dan begitu juga dengan suami perlu cantik dihadapan isteri bukannya cantik atau berhias untuk orang lain. Cantik pada hati,penuh dengan sifat mahmudah sebagai isteri solehah atau suami yang soleh.

I - IKHLAS..
Keikhlasan,ketulusan dan kejujuran amat perlu dititik-beratkan. Kedua-duanya harus bertolak ansur dan berbincang dengan baik jika ada sebarang syak-wasangka.Ikhlas dalam setiap perbuatan kita,tanpa mengharapkan balasan..kadang-kadang ia memang menyusahkan.

N - NYAWA..
Kalau kita sayang orang yang kita sayang jadikanlah mereka seperti nyawa kita..sanggup lakukan apa saja selagi tidak bertentangan dengan ajaran Islam dan jangan pula ikut pepatah..i jump u jump ye:)..selalunya orang akan pegang pepatah forever love.forever and ever, everlasting. Semoga cinta Suami/Isteri hingga ke syurga..amin

T- TANGGUNGJAWAB..
Semasa melafazkan lafaz Ijab dan Kabul dengan sahnya isteri menjadi hak milik suami,dan tanggungjawab si ayah bertukar kepada si suami, beratkan.sama-sama mengingati tanggungjawab masing-masing dan jangan mengamalkan sikap berkira.

A - AMANAH/ALLAH..
Isteri adalah amanah kepada suami,jagalah amanah itu sebaik-baiknya,sebagaimana ibu bapa menjaga mereka. Sentiasa mengingati Allah S.W.T selalu,jangan ikut kata hati, Melakukan segala suruhanNya dan meninggalkan segala laranganNya. Untuk kemanisan dalam kebahagian sentiasalah berjemaah bersama-sama, samaada solat jemaah, makan bersama dan sebagainya..

Cinta menyintai dan saling memerlukan...

Isnin, 13 Februari 2012

Jangan Ada Benci Di Hati

Jangan Ada Benci Di Hati 
Ramai juga orang yang gagal dalam pergaulan kerana menyimpan perasaan BENCI dalam hati mereka. Tuhan itu maha adil. Perasaan benci dalam diri kita akan menyebabkan ramai orang mudah benci terhadap kita. Misalnya, orang yang membenci ibu bapanya mungkin akan dibenci oleh rakan-rakannya. Orang yang membenci jirannya atau bekas kekasihnya mungkin akan dapat kebencian daripada rakan sekerjanya atau malahan ketua jabatannya. Justeru hapuskanlah segala perasaan benci daripada hati kita agar kita mudah menjalin hubungan dengan orang lain. 

Kaedah Mengikis Benci 

Cara yang terbaik untuk mengikis benci ialah dengan memaafkan semua orang sebelum tidur malam. Jika setiap malam sebelum tidur kita sentiasa mencuci muka, memberus gigi, membersihkan diri dan mengibas tempat tidur, tidak bolehkah kita mencuci hati kita dengan memaafkan semua orang sebelum tidur? 

Pengalaman secara peribadi penulis menunjukkan bahawa dengan memaafkan semua orang sebelum tidur, kita akan dapat membersihkan hati serta menenangkan fikiran dan mudah menjalin hubungan baik dengan orang lain. 

Faktor-faktor Yang Boleh Merangsang Kehebatan Dalam Pergaulan 

Antara faktor yang menyebabkan kita mudah berinteraksi dengan orang lain dan orang lain mudah tertarik kepada kita ialah: 

1) Jaga solat dan lakukan ibadah-ibadah khusus dan umum yang lain. 

2) Sentiasa bersangka baik terhadap semua orang (walaupun kita perlu berwaspada setiap masa). 

3) Sentiasa memberikan senyuman ikhlas kepada orang di sekeliling kita. 

4) Banyakkan bersedekah, samada dalam bentuk wang, senyuman, bantuan tenaga, masa, nasihat, idea, pandangan, sokongan moral dan doa yang berterusan. 

5) Sentiasa memperbanyakkan sabar. Nabi s.a.w. pernah berpesan supaya mencari 144 sebab sebelum kita memarahi orang. 

6) Sentiasa ceria apabila berjumpa dengan orang lain. Pastikan setiap orang seronok 
berinteraksi dengan kita. 

7) Pamerkan perasaan sayang dan sentiasa sayang -menyayangi antara satu dengan yang lain. 

8) Bentuk dan pamerkan sahsiah yang positif setiap masa. Peribadi yang kurang sopan akan menyebabkan orang lain rasa mual terhadap kita. 

9) Amalkan sunnah-sunnah harian setiap masa dan insyaAllah orang lain akan tertarik kepada kita. 

10) Jika wujud sebarang perasaan sombong atau benci terhadap orang lain, terus ingatkan diri kita tentang mati. Kita mudah insaf dan balik ke pangkal jalan apabila mengingati mati. 

11) Sentiasa syukur dan redha atas pemberian Allah swt. 

12) Sentiasa memberi salam dan ucap selamat kepada orang lain. Pemberian salam akan mengukuhkan hubungan sesama manusia. 

13) Pamerkan simpati kepada setiap individu- individu yang memerlukan simpati dan perhatian. 

14) Jadilah pendengar dan kawan yang setia. 

15) Sampaikan berita baik tentang orang lain dan sembunyikan kelemahan atau keburukan orang lain. 

16) Sentiasalah bermaaf-maafan sebelum berpisah dengan seseorang dan iringi perpisahan dengan doa. 

Terlebih Dahulu Baiki Diri 
Untuk menarik perhatian orang lain terhadap diri kita, kita perlu terlebih dahulu menyayangi dan memperbaiki diri kita. Orang yang mengasihi dirinya tidak akan melakukan sebarang kegiatan yang boleh men-sabotaj dan merosakkan dirinya. Setiap tindak-tanduknya akan dilakukan secara berhikmah dan sentiasa memikirkan perasaan orang lain. 

Ingatlah pesanan seorang sarjana: 
"Orang tidak kisah setakat mana yang anda tahu (berilmu), sehinggalah mereka tahu yang anda kisah terhadap mereka." 

Wallahu'alam

Sabtu, 17 Disember 2011

Didik Isteri Perlu Strategi - Bahagian III (Akhir)


Bagaimana harus dijawab kalau anda ditanya begitu oleh isteri-isteri anda? Memang tidak dinafikan perasaan kasih sayang itu tidak boleh diberi sama adil. Ini diakui oleh Allah. Tetapi suami mestilah pandai memainkan peranannya supaya jangan ada dikalangan isteri-isteri yang tersinggung perasaanya kerana mengetahui suami lebih sayang kepada isteri yang lain. 

Berbalik kepada kisah tadi, maka seperti biasa Rasulullah saw mendatangi isteri-isterinya mengikut giliran masing-masing. Rasulullah sedikit pun tidakm menyebut mengenai persoalan yang dikemukakan itu. Sebaliknya sebelum baginda meninggalkan isterinya, setiap seorang baginda hadiahi sebentuk cincin dan baginda berpesan agar mereka tidak memberitahu pada isteri-isteri yang lain. Pada hari yang telah ditetapkan Rasulullah saw menyuruh isteri-isterinya berkumpul kerana baginda hendak memberi jawapan kepada persoalan yang dikemukakan. 

Maka berdebar-debarlah hati masing-masing untuk mengetahui siapakah di antara mereka yang paling disayangi oleh Rasulullah. Ada yang terasa pasti jawapannya Siti Aishah kerana beliaulah yang termuda di antara mereka. tetapi dengan kebijaksanaan Rasulullah, baginda pun berkata, "Isteri yang paling disayangi ialah mereka yang diberi cincin kepadanya." Maka tersenyumlah isteri-isteri Rasulullah kerana setiap seorang menyangka dia sahaja yang menerima cincin tersebut. Begitulah sepatutnya tindakan suami, pandai menyelesaikan kekusutan fikiran isteri. 

Satu perkara lagi biasanya kaum perempuan suka berleter atau setengah orang kata macam mulut murai. Suami yang bijak akan berdiam dan tidak menjawab leteran isteri. Ini bukan bermakna suami mengalah, tetapi sebagai satu strategi. Ibarat orang sedang sakit gigi. Gigi yang sakit jangan terus dicabut kerana akan bertambah sakitnya. Hendaklah tunggu sehingga sakitnya berkurangan barulah dicabut. Maknanya isteri yang sedang berleter, jangan dinasihati. Hendaklah tunggu keadaannya menjadi kendur barulah boleh dinasihati. Dan nasihat itu mestilah kena pada tempatnya. Maka barulah diterima dan dirasakan seperti kepala yang disirami embun pagi pada kala panas terik. Rasulullah juga pernah berhadapan dengan kerenah perempuan yang suka berleter. Rasulullah tidak menjawab sepatah pun. Baginda memberi peluang kepada perempuan tersebut meluahkan ketidakpuasan hatinya. Apabila kesemuanya telah diluahkan, barulah baginda memberi penjelasan atau pun memaafkan saja dan melupakan perkara tersebut. 

Tidak semua suami memiliki isteri yang banyak kerenah. Beruntunglah suami yang memiliki isteri yang sikapnya terlalu pangasih terhadap suami dan anak-anak. Perempuan begini rela mengorbankan seluruh jiwa dan raganya untuk kebahagiaan suami dan anak-anak. Dia akan bersikap sebagai penghibur, penyayang, pendorong dan pembantu kepada perjuangan suami sekiranya suaminya seorang pejuang atau pendakwah. Isteri begini bukan sahaja tidak membebankan suami dengan masalah-masalahnya bahkan dia akan berusaha untuk menyelesaikan masalah suaminya. Sabda Rasulullah saw yang bermaksud: 

"Barangsiapa memiliki isteri yang solehah maka sesungguhnya ia telah memiliki separuh dari agamanya." 

Rasulullah juga bersabda yang bermaksud: 

"Dunia adalah hiasan dan hiasan yang terbaik ialah memiliki isteri yang solehah." 

Apabila wanita dapat dididik dengan betul maka ia dapat memberi kebaikan kepada seluruh umat kerana di tangan wanitalah penentu corak generasi akan datang. Kelembutan dan kehalusan belaian tangan wanita yang solehah akan membahagiakan seluruh isi alam.

Rabu, 14 Disember 2011

Didik Isteri Perlu Strategi - Bahagian II

     Pada masa yang lain, pernah Rasulullah melintasi sekumpulan kaum perempuan, lalu baginda memberi salam. Tetapi tiada siapa pun yang menjawab salam baginda. Baginda memberi salam sekali lagi. Mereka masih diam juga. Akhirnya setelah tiga kali Rasulullah beri salam, barulah mereka menjawab salam baginda. Apabila ditanya mengapa mereka tidak menyahut salam yang pertama dan kedua mereka menjawab, "Kami sengaja mahu Rasulullah saw mendoakan untuk kami." 

      Begitu Rasulullah saw mendidik kaum wanita. Walaupun sesekali kesabaran baginda rasanya tercabar, tetapi Rasulullah masih dapat menunjukkan akhlak yang paling baik. Kadangkala apabila berhadapan dengan kaum perempuan yang pendek akalnya, kita kaum lelaki mudah naik angin. Memang tidak dinafikan ada masanya perempuan mengambil masa untuk memahami sesuatu perkara. Tetapi kita kaum lelaki mestilah menyedari hakikat bahawa kaum perempuan memang sediakala lemahpemikirannya. Oleh itu, kita kaum lelaki mestilah bersedia untuk mendidik isteri dengan penuh kasih sayang tanpa rasa jemu walaupun mengambil masa yang panjang. 

     Suatu ketika datang seorang perempuan berjumpa Rasulullah dan bertanya tentang mandi hadas. Rasulullah menjawab, "Ambillah sepotong kain perca yang sudah dikasturikan lalu berwuduk dengannya."Perempuan itu terpinga-pinga kerana tidak memahami keterangan Rasulullah. Lantas dia mengulangi lagi pertanyaannya, "Bagaimana saya hendak berwuduk dengan itu?" Sekali lagi Rasulullah mengulangi jawapan baginda. Tetapi perempuan yang bertanya masih belum memahaminya. Lalu Rasulullah meminta kepada Siti Aisah supaya menerangkan kepada perempuan itu. Maka Siti Aishah pun berkata, "Ambil sepotong kapas yang bersih, lalu letakkan di tempat darah. Jika kapas itu tetap putih tanda haid sudah berhenti," 

     Yang dimaksudkan dengan unsur kasih sayang dalam mendidik isteri bukanlah sekadar kata-kata asmara dana atau pujuk rayu. Tetapi ia lebih daripada itu. Sifat dan perwatakan suami itu sendiri hendaklah mempunyai ciri pengasih. Sekalipun jika dia seorang pemimpin. 

     Ada waktu-waktu yang tertentu apabila suami bersama isteri, kita hendaklah merendahkan sifat ego kita. Seperti mana yang dibuat oleh Rasulullah tatkala bersama Siti Aishah. Sewaktu Rasulullah dinikahkan dengan Siti Aishah, umur baginda 55 tahun manakala Siti Aishah baru enam tahun dan mereka bersama tatkala Siti Aishah berusia sembilan tahun. Semasa melayan Siti Aishah, ada masanya Rasulullah berlagak seperti kawan sepermainan. Siti Aishah diajak berlumba lari. Kadang-kadang Siti Aishah menang dan adakalanya Rasulullah menang dalam perlumbaan tersebut. Bermakna sewaktu bersama isteri adakalanya Rasulullah melayan kehendak isterinya tanpa menjatuhkan mertabatnya sebagai seorang suami yang wajib dihormati oleh isteri. Ini menunjukkan bahawa pada masa-masa tertentu suami mesti pandai memikat hati isteri asalkan tidak sampai terlalai hingga menurut saja segala kemahuan isteri. Di sinilah perlunya ketegasan seorang suami. Tegas dalam syariat dan tegas dalam perjuangan. Tegas tidak pula bermakna kasar atau garang cuma jangan sampai kerana hendak melayan kehendak isteri, syariat dan perjuangan terpaksa diketepikan. 

Sebagai orang yang ditua-tuakan dalam sesebuah rumahtangga, suami berhak untuk mendidik dan menyelesaikan segala kekusutan fikiran isterinya. Oleh kerana wanita seringkali bertindak mengikut perasaannya, maka adakalanya apabila fikiran terganggu emosinya juga terikut sama. Tatkala itu kalau ada kesalahan suami walaupun kecil akan diungkit-ungkit lebih-lebih lagilah jika kesalahan itu dianggap besar, mulalah meluap-luap perasaan marahnya pada suami. Memang satu sifat yang agar sukar untuk dikawal ialah tatkala dia sedang marah. Kadang-kadang dia mengamuk macam ribut taufan lakunya (sebab itu kebanyakan nama ribut diambil dari nama perempuan umpamanya Taufan Lydia, Ariel, Angela dan lain-lain). 

     Bagaimana sepatutnya tindakan suami untuk mententeramkan isteri yang sedang dilanda ribut taufan ini? Seeloknya didiamkan saja dahulu sampai kemarahannya reda kemudian baru diterangkan dengan sejelas-jelasnya setiap perkara yang perlu diterangkan terutama yang menimbulkan prasangka isteri. Mengapa perlu diamkan saja orang yang sedang mengamuk? Kerana tatkala sedang marah syaitan sengaja meluap-luapkan perasaan marahnya. Kalau dijawab, bererti kita sengaja mencari pasal kerana berlawan dengan syaitan. Maka lebih baik didiamkan sahaja sehingga perasaan marahnya kendur. Ada kalanya demi keharmonian rumahtangga, ada perkara-perkara tertentu yang tidak sepatutnya diketahui oleh isteri. Kalau perlu disembunyikan dari pengetahuan isteri, sembunyikan sungguh-sungguh. Saya bukanlah menggalakkan suami mengambil kesempatan melakukan perkara yang sumbang dan berbuat dosa di belakang isteri. Tetapi jika perkara yang disembunyikan itu tidak bertentangan dengan syariat, memang ada baiknya disembunyikan. Mungkin ia berhubung dengan suatu perkara yang isteri masih sukar untuk menerimanya. 

     Hal ini pernah berlaku dalam rumahtangga Rasulullah saw. Suatu hari isteri-isteri datang menemui baginda dan Siti Aishah, yang mewakili mereka semua, bertanya, "Wahai Rasulullah, di antara isteri-isteri Rasulullah, yang manakah yang paling Rasulullah sayangi?" Rasulullah tersenyum mendengar pertanyaan itu. Rasulullah tidak terus menjawabnya. Bahkan baginda menyuruh kesemua isterinya pulang dahulu dan berjanji akan memberikan jawapannya kemudian.



....bersambung ke bahagian ke-3

Selasa, 13 Disember 2011

Didik Isteri Perlu Strategi - Bahagian I

     Suami sebagai pemimpin rumahtangga semestinya sentiasa kretif dalam mendidik isteri. Allah bekalkan kepada kita kaum lelaki kekuatan akal yang rasional, tidak terlalu emosional atau mudah didorong oleh perasaan.Lelaki tidak mudah tersinggung berbanding dengan wanita. Jika kekuatan akal ini dapat dimanfaatkan dengan sebaik-baiknya, ditambah dengan kesabaran serta kekuatan jasmani untuk mencari nafkah keluarga, suami akan menjadi pelindung dan pendidik yang berwibawa. 

     Firman Allah yang bermaksud: 

"lelaki adalah pemimpin (pembela dan pelindung) bagi wanita, kerana Tuhan telah melebihkan yang satu dari yang lainnya, dan kerana suami telah menafkahkan sebahagian daripada hartanya." 

     Tercetusnya kebahagiaan rumahtangga ialah apabila suami dapat menggunakan kekuatan akalnya serta kesabaran dalam menghadapi kerenah dan ragam isteri - makhluk yang kuat perasaannya. 

     Secara mudah, bolehlah dikatakan lelaki adalah makhluk akal manakala wanita adalah makhluk rasa. Perasaan wanita terlalu mudah terusik dengan suasana dan keadaan sekeliling. Oleh itu dalam menghadapi wanita, lelaki hendaklah banyak menggunakan daya fikir. Kalau umpamanya isteri sedang berduka, suami perlu merancang untuk mewujudkan perasaan gembira di dada isteri. Di sinilah perlunya strategi dalam mendidik isteri. 

     Kaum wanita memang dibekalkan dengan sembilan nafsu dan akal berbanding dengan lelaki hanya satu nafsu dan sembilan akal. Nafsu yang dimaksudkan bukanlah nafsu seks semata-mata tetapi nafsu yang menyebabkan seseorang itu mudah tidak sabar, mudah prasangka, pemarah, pemboros dalam berbelanja, cepat tersinggung dan sebagainya. Pendekata, hasil dorongan nafsu itulah lahirnya pelbagai perasaan di dada wanita. Sebab itu dikatakan juga bahawa sembilan persepuluh daripada diri wanita itu ialah perasaan dan satu persepuluh saja pertimbangan akal. Atas dasar inilah wanita mesti dipandu atau dibimbing oleh lelaki agar segala tindak tanduknya tidak melulu ikut perasaan semata-mata. 

     Sembilan nafsu pada diri wanita boleh menyebabkan kerosakan pada masyarakat dan keruntuhan rumahtangga jika tidak dipagari dengan ilmu syariat. Mahu tidak mahu suami terpaksa belajar sedikit sebanyak ilmu untuk menundukkan wanita atau psikologi wanita serta memenuhkan dada dengan ilmu syariat. Barulan nanti dapat menggunakan kebijaksanaan dalam mendidik isteri sekalipun adakalanya menghadapi ragam isteri yang mencabar kesabaran kita. 

     Kebijaksanaan mesti disertai pula dengan kesabaran. Kedua-duanya mesti ada pada seorang suami. Kesabaran tanpa kebijaksanaan menyebabkan sumi menurut saja kemahuan isteri sehingga isteri besar kepala. Manakala kebijaksanaan tanpa kesabaran akan menyebabkan suami tewas dengan nafsunya sendiri sehingga bertindak ganas dan boleh membahayakan isteri. Maknanya, tanpa kesabaran seseorang itu hilang pertimbangan akal dan tidak dapat lagi melihat sesuatu persoalan dengan tenang. Jika kesabaran tidak ada pada diri, ia perlu diusahakan melalui latihan bepandukan ilmu tasauf. 

     Contoh bagaimana kesabaran boleh menundukkan nafsu wanita dapat dilihat pada satu kisah seorang perempuan tua yang suka mengganggu Rasulullah saw. Tatkala Rasulullah saw lalu di sebelah rumahnya dia akan membaling sampah kepada Rasulullah saw. Adakalanya dia menaburkan sampah dan serpihan kaca di sepanjang jalan yang akan dilalui oleh Rasulullah saw. Bahkan pernah juga dia membaling najis semasa Rasulullah lalu di sebelah rumahnya. Tetapi sedikit pun tidak dipedulikan oleh baginda Rasulullah saw. 

     Suatu hari Rasulullah rasa pelik kerana perempuan tua itu tidak menghalangi lagi perjalanannya baik dengan serpihan kaca mahupun dengan sampah yang dibalingkan. Apabila pulang dari masjid, baginda bertanya jiran perempuan tersebut. Rupa-rupanya perempuan itu sakit. Lalu baginda naik ke rumahnya dengan tujuan untuk berziarah. Rasulullah bertanyakan khabar dan tolong memasakkan air untuk perempuan tua itu. Alangkah terkejutnya perempuan tersebut melihat akhlak Rasulullah sanggup menziarai dan membantunya tatkala dia sedang sakit. Akhirnya dengan sifat sabar Rasulullah menghadapi kerenah perempuan tua itu menyebabkan terbuka hatinya memeluk Islam. 



.......bersambung ke bahagian ke-2

Khamis, 6 Oktober 2011

Selamat Menduduki Peperiksaan PMR 2011



Rehat Seketika Elak Tekanan

“APABILA calon asyik memikirkan peperiksaan, mahu tidak mahu mereka akan rasa berdebar dan bimbang.

“Ini kerana mereka bimbang jika tidak dapat menjawab soalan dengan baik. Apa yang perlu dilakukan ialah me rehatkan minda buat seketika dengan melakukan sesuatu yang boleh mengalihkan perhatian.

“Contohnya, bersukan yang tidak terlalu berat, berjalan di taman atau di kawasan perumahan, menonton televisyen dan bermain permainan video.

“Namun, ini hanya untuk mengalihkan perhatian buat seketika. Elak daripada melakukan semua aktiviti ini terlalu lama hingga hilang masa untuk belajar dan mengulangkaji,” kata pengendali program motivasi, Osman Affan.

Dia tidak menafikan, debaran yang semakin rancak setiap hari itu boleh mengganggu persediaan yang dijalankan.

“Jika anda sedang membuat persiapan terakhir untuk peperiksaan dan mula berasa resah, gelisah, tidak tenteram dan tak boleh menumpukan perhatian, mohonlah bantuan ibu bapa serta keluarga.

“Mereka paling rapat dengan anak dan ingin melihat anak berjaya dalam peperiksaan, seterusnya masa depan ma sing-masing.

“Bantuan apakah yang perlu diminta? Ini terpulang kepada situasi anda. Jika anda menghadapi masalah belajar kerana adik-beradik suka membuat bising, minta kerjasama supaya mereka tidak mengganggu. Minta ibu bapa jelaskan kepada adik-beradik daripada menambahkan bebanan yang sedang ditanggung.

“Jika ada ibu bapa menyuruh anda melakukan perkara itu dan ini menjelang peperiksaan, terangkan dengan baik yang anda sedang bersedia menghadapi peperiksaan. Anda per lukan lebih masa untuk belajar dan mengulang kaji,” ka tanya.

Untuk mereka yang mengalami tekanan perasaan, luangkan masa berbual-bual dengan ibu bapa dan ahli keluarga tanpa berbicara mengenai peperiksaan kerana ia akan menam bahkan resah.

“Selain itu, dalam kesungguhan untuk mendapat keputusan baik, ada pelajar yang terlupa untuk berehat dan ada yang mula mengabaikan masa tidur. Belajar hingga lewat malam menunjukkan seseorang pelajar itu bekerja keras dan bakal berjaya sebenarnya satu tanggapan salah,” katanya.

Dia turut mengingatkan calon bahawa aset utama pelajar ialah otak mereka. Mereka perlukan otak dalam keadaan segar dan cergas untuk mengingati serta memahami pelajaran.

“Namun, jika otak dalam keadaan letih dan lesu akibat kurang rehat serta tidur, bagaimana proses ulangkaji menjadi sesuatu yang berkesan? Bayangkan pelumba kereta yang mahu berlumba dengan kereta yang rosak. Bolehkah dia menang?” katanya yang mengendalikan motivasinya menerusi www.MotivasiBelajar.com.

Osman turut menyarankan waktu tidur awal manakala waktu terbaik adalah sebelum jam 12 tengah malam dan sebaik-baiknya antara jam 10 hingga 11 malam.

Namun, calon peperiksaan disarankan bangun awal ke esokan harinya untuk menyambung belajar. Ini akan mem buat otak lebih segar dan bertenaga sekali gus lebih mudah untuk mengingati pelajaran.

Berikut panduan yang boleh dimanfaatkan oleh calon peperiksaan dan ahli keluarga mereka:
  • Yakinkan anak jika cukup tidur dan rehat, mereka rasa selesa semasa belajar. Selain itu, ibu bapa harus berikan bantuan dengan menimbulkan rasa yakin anak boleh meng hadapi peperiksaan dengan baik.
  • Sebagai ibu bapa, hentikan membebel dan menyuruh anak belajar setiap masa. Ini berlaku kerana ibu bapa sendiri yang rasa berdebar dan bimbang, sama seperti anak mereka yang bakal menghadapi peperiksaan.

Akibatnya, ibu bapa mudah melepaskan rasa berdebar itu dengan leteran pada anak.
  • Elakkan daripada terlalu mengingatkan anak mengenai peperiksaan kerana anak mempunyai cara mereka tersen diri.
  • Sebagai ibu bapa, bantu anak menyediakan apa yang mereka perlukan seperti tempat belajar selesa, alat tulis dan buku.

Elakkan daripada cuba membantu dengan mengingatkan mereka mengenai peperiksaan setiap masa. Semakin banyak anda bercerita mengenai peperiksaan, semakin kuat tekanan perasaan yang mereka alami.
  • Tanya anak-anak secara bersahaja mengenai persiapan mereka. Anda cuma perlu senyum dan tanya, “Macam mana dengan persiapan? Ok ke tidak?” Elakkan daripada me nunjukkan anda resah dan berdebar kerana ia akan membuat keadaan mereka lebih teruk.
  • Menjelang peperiksaan, ibu bapa perlu kurangkan ber ceramah mengenai kepentingan mendapat keputusan pe periksaan yang baik. Anak-anak sudah tahu perkara itu.

Mereka sudah diingatkan sepanjang tahun di rumah dan di sekolah. Semasa makan bersama, anak-anak yang sibuk belajar perlukan masa untuk melegakan fikiran mereka.
  • Selain itu, jangan asyik berceramah mengenai kesan buruk jika keputusan tidak baik. Ini juga boleh membuatkan mereka lebih tertekan.
  • Dalam program pecutan akhir menjelang peperiksaan, satu perkara yang amat dititikberatkan ialah rasa tenang semasa menghadapi peperiksaan.

Perasaan tenang boleh membuat pelajar rasa lebih selesa dan mudah ingat apa saja yang sudah dipelajari. Satu cara paling mudah untuk menenangkan hati dan perasaan ialah melalui doa.
  • Berdoa, bayangkan apa yang diminta menjadi kenyataan. Selepas solat bersama keluarga, bapa atau imam berdoa dengan kuat (supaya boleh didengar dengan jelas oleh makmum) dengan memohon ketenangan hati dan keupayaan untuk mencapai kejayaan.

Jika boleh, berdoa dalam bahasa ibunda supaya apa yang didoakan difahami oleh sesiapa yang didoakan itu. Ini pasti akan menambahkan rasa tenang di dalam hati.