SETIAP
anak wajib berbakti dan mentaati ibu bapa demi membahagiakan kehidupan mereka
melalui hari tua. Islam meletakkan ibu bapa pada kedudukan mulia.
Banyak bakti yang boleh dilakukan kepada ibu bapa. Bakti itu dalam bentuk
material dan hubungan kasih sayang. Ini bersesuaian dengan fizikal ibu bapa
yang semakin uzur dan memerlukan lebih perhatian.
Antara bakti perlu dilakukan setiap anak terhadap ibu bapa.
Memberi nafkah.
Adaibu bapa yang berdepan dengan masalah kewangan. Mereka tidak dapat lagi melakukan
tugas seharian disebabkan faktor usia. Jika bekerja, tetapi tidak mencukupi
untuk menampung perbelanjaan keluarga yang semakin meningkat.
Justeru menjadi tanggungjawab anak memberi nafkah atau bantuan kewangan kepada
ibu bapa. Sumbangan itu tidak seberapa berbanding yang dibelanjakan ibu bapa
untuk membesar dan mendidik anak.
Menyediakan tempat tinggal.
Dalam kes ibu bapa yang hilang tempat tinggal atau tidak sesuai untuk didiami,
menjadi tanggungjawab anak menyediakan tempat tinggal lebih sesuai kepada ibu
bapa.
Paling baik jika ibu bapa dibawa tinggal bersama
agar dapat menjamin keselamatan dan keperluan harian mereka diuruskan dengan
baik.
Memberi kasih sayang.
Kasih sayang adalah sebagai membalas kasih sayang yang selama ini dicurahkan
ibu bapa. Jadi, seharusnya kasih sayang itu dibalas sebaik-baiknya.
Anak yang baik tidak melupakan jasa dan kasih sayang ibu bapa. Anak soleh
sentiasa memohon kepada Allah agar ibu bapa mereka diberkati dan dicucuri
rahmat.
Firman Allah bermaksud: "Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka
berdua seperti mereka mencurahkan kasih sayang memelihara dan mendidikku ketika
kecil." (Surah al-Isra, ayat 24)
Memberi perhatian.
Ibu bapa yang diabaikan akan kesunyian. Mereka terasa disisih dan dan seperti
tidak dipedulikan. Hal ini memberi tekanan perasaan dan menyebabkan kemurungan.
Keadaan ini jika berterusan memberi kesan kepada kesihatan fizikal dan mental
ibu bapa.
Ramai ibu bapa yang disisihkan dan dihantar ke rumah penjagaan orang tua. Sukar
diterima akal anak mendakwa tidak mampu menjaga ibu bapa, sedangkan mereka
mampu menjaga dan membesarkan beberapa anak.
Memenuhi permintaan.
Ibu bapa sering memerlukan bantuan anak untuk melaksanakan sesuatu keperluan.
Permintaan itu mungkin dalam bentuk kewangan, tenaga dan masa.
Memenuhi permintaan ibu bapa perlu diutamakan berbanding melakukan tugas lain.
Sesungguhnya, memenuhi permintaan ibu bapa lebih baik berbanding melakukan
ibadat sembahyang sunat, berpuasa sunat dan seumpamanya.
Malah, keutamaan berbakti kepada ibu bapa lebih utama daripada berjihad di
medanperang. Diriwayatkan daripada Bukhri dan Muslim, Ibnu Umar berkata:
"Saya telah bertanya kepada Nabi Muhammad SAW: "Apakah perbuatan
disukai oleh Allah?" Lalu Baginda bersabda: "Sembahyang pada
waktunya." Kemudian apa?" tanya saya lagi. Baginda menjawab:
"Berbakti kepada kedua ibu bapa." Saya bertanya: "Apa
lagi." Jawab Baginda: "Berjihad pada jalan Allah."
Melakukan apa yang disukai.
Ibu bapa tentu mengharapkan anaknya melakukan sesuatu yang baik pada pandangan
mereka. Melakukan perkara yang tidak sukai ibu bapa bermakna melakukan
perbuatan derhaka.
Anak derhaka kepada ibu bapa tidak mendapat keberkatan dalam kehidupannya.
Sesiapa derhaka kepada ibu bapa disegerakan balasan di dunia dan tidak terlepas
di akhirat.
Sabda Rasulullah bermaksud: "Dua kejahatan yang disegerakan balasan di
dunia ialah zina dan menderhaka kepada kedua-dua ibu bapa." (Hadis riwayat
at-Tirmizi).
Dalam hadis lain diriwayatkan al-Hakam bermaksud: "Semua dosa akan ditangguhkan
Allah, yakni balasan menurut kehendak-Nya hingga ke hari kiamat, kecuali
balasan menderhaka kepada kedua-dua ibu bapa. Maka, sesungguhnya Allah
menyegerakan balasan kepada pelakunya pada masa hidupnya sebelum
mati."
Bercakap dengan lemah lembut.
Satu cara menjaga perasaan ibu bapa adalah bercakap lemah lembut dengan mereka.
Suara hendak direndahkan dan jangan membantah permintaan mereka.
Firman Allah bermaksud: "Tuhanmu telah memerintahkan, supaya kamu tidak
menyembah selain Allah, dan hendaklah berbuat santun terhadap kedua-dua orang
tua. Jika salah seorang telah lanjut usianya atau kedua-duanya telah tua,
janganlah sekali-kali engkau berani berkata 'cis' terhadap mereka dan janganlah
engkau suka menggertak mereka. Tetapi, berkatalah dengan sopan santun dan lemah
lembut." (Surah al-Israk, ayat 23).
Sesungguhnya, anak ditegah membantah kata-kata ibu bapa dengan suara tinggi
atau bermaksud merendahkan kedudukan ibu bapa. Lebih baik berdiam diri daripada
berkata-kata yang mungkin menyinggung perasaan ibu bapa. Kemudian jika ada
kesempatan, gunakan cara yang lembut untuk menjelaskan keadaan sebenar.
Menghadiahkan kejayaan.
Jadi, jika memperoleh kejayaan dalam pelajaran, mendapat pekerjaan, dinaikkan
pangkat dan seumpamanya, seharusnya dimaklumkan kepada ibu bapa. Ibu bapa
dibawa bersama-sama dalam majlis untuk meraikan kejayaan itu.
Meluangkan masa bersama-sama.
Anak yang tinggal berasingan dengan ibu bapa perlu kerap meluangkan masa
mengunjungi mereka. Ibu bapa berasa senang menerima kunjungan dan menatap wajah
anaknya.
Mendoakan kebaikan untuk ibu bapa.
Anak perlu sentiasa mendoakan kebaikan untuk ibu bapanya. Amalan mendoakan
kebaikan untuk ibu bapa perlu diteruskan walaupun mereka meninggal dunia.
Sabda Rasulullah bermaksud: "Apabila meninggal seseorang itu, maka
terputuslah segala amalannya, melainkan tiga perkara iaitu sedekah jariah yang
berterusan memberi manfaat, ilmu yang memberi kebaikan diajarkan kepada orang
lain dan anak yang soleh yang sentiasa mendoakan kebaikan kepada kedua ibu
bapanya." (Hadis riwayat Muslim).
Kebaikan dilakukan anak terhadap ibu bapa sebenarnya amat kecil. Anak tidak
mampu untuk membalas jasa ibu bapa sepenuhnya biarpun dia berbakti sepanjang
hayatnya.
Gunakan kesempatan yang ada untuk melakukan bakti terhadap ibu bapa sebaik
mungkin. Masa untuk anak berbakti kepada ibu bapa sebenarnya semakin suntuk.
Lambat laun ibu bapa akan meninggal dunia. Bertindaklah sebelum terlambat,
selagi ibu bapa atau salah seorangnya masih hidup.
Hadith : Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Kasihanilah mereka yang berada di bumi nescaya kamu akan dikasihi oleh mereka yang tinggal di langit”.
Khamis, 4 April 2013
Sabtu, 16 Mac 2013
Bertafakur Dengan Nikmat
Assalamualaikum
Warahmatullahi Wabarakatuh..
Kita mendapati manusia sentiasa berterima-kasih sesama mereka ketika mana seseorang daripada mereka menghulurkan bantuan kepada saudaranya yang lain, sekalipun pertolongan itu kecil. Kita tidak menemui ramai yang bersyukur kepada Allah di atas nikmatNya sekalipun besar. Seolah-olah nikmat-nikmat itu adalah suatu yang diperolehi dengan usaha sendiri, bukan dengan kelebihan daripada Allah Subhanahu wa Ta’ala.
Kita mendapati manusia sentiasa berterima-kasih sesama mereka ketika mana seseorang daripada mereka menghulurkan bantuan kepada saudaranya yang lain, sekalipun pertolongan itu kecil. Kita tidak menemui ramai yang bersyukur kepada Allah di atas nikmatNya sekalipun besar. Seolah-olah nikmat-nikmat itu adalah suatu yang diperolehi dengan usaha sendiri, bukan dengan kelebihan daripada Allah Subhanahu wa Ta’ala.
Malahan ramai yang
menggunakan nikmat untuk tuiuan maksiat. Itulah kelalaian, bantahan dan
kekufuran terhadap nikmat. Mereka tidak memberikan nilaian sebenar terhadap
nikmat melainkan jika mereka terhalang dari mendapatkannya atau musibah menimpa
mereka. Tatkala itu, mereka akan kembali memohon kepada Allah. Ada juga yang
merasa sempit (putus asa) dengan kehidupan sehingga ingin membunuh diri.
Dan apa-apa nikmat Yang ada pada kamu maka adalah ia dari Allah; Kemudian, apabila kamu ditimpa kesusahan maka kepadaNyalah kamu meraung meminta pertolongan.
Kemudian, apabila ia menghapuskan kesusahan itu daripada kamu, tiba-tiba sepuak di antara kamu mempersekutukan (sesuatu Yang lain) Dengan Tuhan mereka.
(Mereka melakukan Yang demikian) kerana mereka kufur, tidak bersyukur akan nikmat-nikmat Yang Kami berikan kepada mereka. oleh itu, Bersenang-senanglah kamu (dengan nikmat-nikmat itu bagi sementara di dunia), kemudian kamu akan mengetahui (balasan buruk Yang akan menimpa kamu).
(Surah Al-Nahl: Ayat 53-55)
Dan ia telah memberi kepada kamu sebahagian dari tiap-tiap apa jua Yang kamu hajati. dan jika kamu menghitung nikmat Allah nescaya lemahlah kamu menentukan bilangannya. Sesungguhnya manusia (yang ingkar) sangat suka menempatkan sesuatu pada bukan tempatnya lagi sangat tidak menghargai nikmat Tuhannya.
(Surah Ibrahim: Ayat 34)
Dengan itu, kita mendapati Al-Qur’an Al-Karim menyeru kita agar bertafakkur dan mengenali nikmat Allah yang tidak terhingga banyaknya. Perlulah diberi nilai yang sewajarnya kepadanya dan merasai kelebihan Allah Subhanahu wa Ta’ala dengan limpahan kurniaNya. Mestilah dilaksanakan segala kewajipan puji dan syukur kepada Allah. Amat penting sekali kita merenung, bertadabbur dan menghargai terhadap segala tanda-tanda kekuasaan Allah.
Dan apa-apa nikmat Yang ada pada kamu maka adalah ia dari Allah; Kemudian, apabila kamu ditimpa kesusahan maka kepadaNyalah kamu meraung meminta pertolongan.
Kemudian, apabila ia menghapuskan kesusahan itu daripada kamu, tiba-tiba sepuak di antara kamu mempersekutukan (sesuatu Yang lain) Dengan Tuhan mereka.
(Mereka melakukan Yang demikian) kerana mereka kufur, tidak bersyukur akan nikmat-nikmat Yang Kami berikan kepada mereka. oleh itu, Bersenang-senanglah kamu (dengan nikmat-nikmat itu bagi sementara di dunia), kemudian kamu akan mengetahui (balasan buruk Yang akan menimpa kamu).
(Surah Al-Nahl: Ayat 53-55)
Dan ia telah memberi kepada kamu sebahagian dari tiap-tiap apa jua Yang kamu hajati. dan jika kamu menghitung nikmat Allah nescaya lemahlah kamu menentukan bilangannya. Sesungguhnya manusia (yang ingkar) sangat suka menempatkan sesuatu pada bukan tempatnya lagi sangat tidak menghargai nikmat Tuhannya.
(Surah Ibrahim: Ayat 34)
Dengan itu, kita mendapati Al-Qur’an Al-Karim menyeru kita agar bertafakkur dan mengenali nikmat Allah yang tidak terhingga banyaknya. Perlulah diberi nilai yang sewajarnya kepadanya dan merasai kelebihan Allah Subhanahu wa Ta’ala dengan limpahan kurniaNya. Mestilah dilaksanakan segala kewajipan puji dan syukur kepada Allah. Amat penting sekali kita merenung, bertadabbur dan menghargai terhadap segala tanda-tanda kekuasaan Allah.
Dengan demikian, kita dapat menambah perasaan
ingin menerima kelebihan, kemuliaan, rahmat, dan ihsan Allah. Selain itu, rasa
kefakiran dan keperluan diri kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala juga bertambah,
pada setiap detik dan pergerakan atau diam.
Perlu juga disedari
betapa cuainya kita dalam menunaikan kewajipan syukur dan kemestian menggunakan
ni’mat-ni’mat ini untuk keta’atan dan menjauhi kemaksiatan.
Nikmat yang terbesar dan teragung ialah nikmat Islam:
Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu ugama kamu, dan Aku telah cukupkan nikmatKu kepada kamu, dan Aku telah redakan Islam itu menjadi ugama untuk kamu. maka sesiapa Yang terpaksa kerana kelaparan (memakan benda-benda Yang diharamkan) sedang ia tidak cenderung hendak melakukan dosa (maka bolehlah ia memakannya), kerana Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
(Surah Al-Ma’idah: Ayat 3)
Nikmat yang terbesar dan teragung ialah nikmat Islam:
Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu ugama kamu, dan Aku telah cukupkan nikmatKu kepada kamu, dan Aku telah redakan Islam itu menjadi ugama untuk kamu. maka sesiapa Yang terpaksa kerana kelaparan (memakan benda-benda Yang diharamkan) sedang ia tidak cenderung hendak melakukan dosa (maka bolehlah ia memakannya), kerana Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
(Surah Al-Ma’idah: Ayat 3)
Ahad, 10 Februari 2013
Ciri-ciri Wanita Idaman Lelaki
![]() |
| Hiasan |
Wanita yang berpegang kepada agama mempunyai keperibadian yang unggul. Batas-batas syariat yang dipegang dan terpelihara dalam hidupnya mengangkat martabat dirinya sebagai seorang yang layak dikagumi oleh lelaki.
Dia tidak
akan melakukan sesuatu yang bertentangan dengan syariah Islam. Memang beruntung
mana-mana lelaki yang beristeri dengan wanita sebegini.
2.
Kecantikan Dalaman
Wanita
yang tulen adalah lemah lembut dalam perwatakannya tetapi mempunyai prinsip
dalam hidup. Inilah kecantikan dalaman yang dicari oleh ramai lelaki. Kalau
cantik, tu dikira sebagai BONUS.
Wanita
yang mempunyai kecantikan dalaman tidak akan sesekali menjual maruah dirinya
hanya untuk mencari nama dan wang. Mereka tidak akan sesekali tunduk pada nafsu
atau berbuat sesuatu semata-mata kerana mahukan harta dan kekayaan.
3. Manja
Lelaki
suka wanita yang keanak-anakan atau yang ada sifat manja, supaya lelaki boleh
memainkan peranan sebagai pelindung. Namun begitu, sifat manja dan
keanak-anakan yang melampau tidak sesuai kerana ia akan menampakkan wanita itu
seperti kurang matang.
4. Pandai
Menjaga Kecantikan
Lelaki
menginginkan wanita yang pandai menjaga kecantikan dirinya. Wanita dan
kecantikan memang susah nak dipisahkan. Mereka akan kelihatan bertambah cantik
jika bijak menguruskan penampilan diri.
Lelaki
secara fitrahnya memang mahukan wanita yang pandai menjaga kecantikan, kerana
ia akan membuat mereka bangga.
5.
Berakhlak Mulia
Wanita
yang berakhlak mulia dikenali juga sebagai wanita solehah. Wanita adalah hiasan
dunia, tetapi seindah hiasan adalah wanita solehah. Merekalah ibu, isteri,
kekasih dan merupakan tunjang kejayaan suami.
6. Tidak
Mempamer Keseksian
Lelaki
suka menjamu mata dengan melihat aurat wanita, namun tidak suka menjadikanya
isteri kerana keindahan diri wanita tu seolah-olah menjadi barang pameran untuk
mata semua lelaki.
7. Tidak
Cerewet
Lelaki
suka pada wanita yang tidak cerewet. Mengapa pula? Sebab wanita yang cerewet
boleh merimaskan dan mudah menyebabkan lelaki merasa jemu dengannya.
Biasanya,
wanita yang cerewet suka mengkritik apa saja yang tidak disenanginya walaupun
perkara itu hanyalah perkara kecil.
8.
Memahami Lelaki
Wanita
yang memahami hati lelaki biasanya mempunyai intuisi yang cukup kuat. Lelaki
mengimpikan wanita yang mampu memahami situasinya dalam keadaan suka dan duka.
Pendek
kata, tanpa perlu bersuara, dia itu sudah dapat membaca riak wajah suaminya.
Lantas, bertindak menghiburkan atau memberi kekuatan.
9. Sejuk
Mata Memandang
Wanita
yang manis wajahnya dan sejuk dipandang mata akan mendamaikan perasaan seorang
lelaki.
Sabtu, 26 Januari 2013
Tanda@ Lelaki Yang Belum Bersedia Untuk Bernikah
1. Terus ‘tutup mulut’ apabila anda bertanya kepadanya mengenai
kesediannya untuk berumahtangga.
2. Tidak pernah ada niat untuk menemui orang tua anda walaupun
anda sudah berusaha untuk mempertemukan dengan orang tua anda.
3. Tidak pernah memegang janji. Melupakan dan membatalkan janji
dengan anda bukan perkara yang menganggu fikirannya.
4. Tidak pernah benar-benar memerlukan orang lain. Mungkin dia
banyak teman atau sanak saudara, tapi tidak ada yang benar-benar akrab dan dekat
dengannya. Jadi, dia memang tidak mengerti makna ‘ikatan’
5. Jarang memperkenalkan anda kepada kenalannya.
6. Mudah bercinta dengan wanita lain.
7. Tidak pernah membincangkan masalah peribadinya dengan anda.
Juga tidak mengizinkan anda untuk mengetahui masalah peribadinya dengan anda.
8. Terlalu menganggap bahawa segala-galanya mesti sempurna.
9. Berulangkali dia menceritakan mengenai keburukan-keburukan
dirinya kepada anda.
Khamis, 24 Januari 2013
7 Sunnah Nabi
Hidup bukan
untuk hidup, tetapi hidup untuk Yang Maha Hidup. Hidup bukan untuk mati, tapi
mati itulah untuk hidup. Kita jangan takut mati, jangan mencari mati, Jangan
lupakan mati, tapi rindukan mati.kerana, mati adalah pintu berjumpa dengan
Allah SWT. Mati bukanlah akhir cerita dalam hidup,tapi mati adalah awal cerita
sebenarnya,maka sambutlah kematian dengan penuh ketakwaan.
Persiapkan
kematian dengan selalu menjaga tujuh sunnah Nabi setiap hari. Ketujuh sunnah
Nabi SAW itu adalah:
Pertama: Tahajjud
karena kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya.
Kedua: Membaca
Al-Qur’an sebelum terbit matahari. Alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia,
sebaiknya mata membaca Al-Qur’an terlebih dahulu dengan penuh pemahaman.
Ketiga: Jangan
tinggalkan masjid untuk sholat berjama'ah, terutama di waktu subuh. Sebelum
melangkah kemana pun langkahkan kaki ke masjid, karena masjid merupakan pusat
keberkatan, bukan kerana panggilan muadzin tetapi panggilan Allah yang mencari
orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah.
Keempat: Jaga solat
Dhuha kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha.
Kelima: Jaga
sedekah setiap hari. Allah menyukai orang yang suka bersedekah, dan malaikat
Allah selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari.
Keenam: Jaga
wuduk terus menerus kerana Allah
menyayangi hamba yang berwudhu. Kata khalifah Ali bin Abu Thalib, “Orang yang
selalu berwudhu senantiasa ia akan merasa selalu solat walau ia sedang tidak solat,
dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, ampuni dosa dan sayangi dia ya Allah”.
Ketujuh: Amalkan
istighfar setiap saat. Dengan istighfar masalah yang terjadi kerana dosa kita
akan dijauhkan oleh Allah. (Pesan indah dari KH. Arifin Ilham).
Selasa, 1 Januari 2013
Selamat Tahun Baru 2013
Selamat menyambut
mentari pertama ditahun baru 2013
Selamat menghirup
udara pertama di tahun 2013
Selamat menikmati
tiupan angin pertama di tahun 2013
Semoga ditahun ini
segala cita kita dapat terwujud dengan pengharapan baru
Semoga Allah memberkati hidup kita hari ini hingga keakhirNya
Semoga amalan kita diterima oleh Allah dan marilah bersama kita beristiqamah
Sesungguhnya kita adalah hambaNya
Langgan:
Catatan (Atom)
.jpg)
.jpg)