Ahad, 3 Julai 2016

SELAMAT HARI RAYA AIDIL-FITRI 2016

Assalamualaikum w.b.h...

Kesibukan masa membataskan aku untuk update blog sepertimana biasa. Dah setengah tahun tak update walaupun banyak pengalaman baru yang ku perolehiDikesempatan ini aku ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDIL-FITRI, MAAF ZAHIR BATIN kepada sesiapa yang mengenali diri ini tak kira jauh atau pun dekat. Jika ada salah silap, jutaan kemaafan dipohonkan kerana kita adalah manusia biasa, ada terdapat kekurangannya...
Semoga Aidil-fitri tahun ini memberi cahaya yang gemilang untuk terus menempuh hari-hari mendatang dengan sebaik mungkin dan jadikan Ramadhan yang tinggal beberapa hari ini sebagai landasan untuk terus mempertingkatkan amalan kerana belum tentu kita akan berjumpa lagi dengan Ramadhan akan datang...
SELAMAT BERPUASA DAN SELAMAT MENYAMBUT 01 SYAWAL 1437H (InshaaAllah dijangka pada 06 Jul 2016).

Khamis, 3 Disember 2015

TM Piala Malaysia 2015

Perlawanan Separuh Akhir 1 di Stadium Majliis Perbandaran Selayang antara Kedah vs Felda United. Keputusan 2-2. Tahniah Kedah kerana berjaya mengekang Felda United. Bekalan selesa untuk Kedah di Darul-Aman nanti. Tahniah

Isnin, 16 November 2015

Khamis, 15 Oktober 2015

Utamakan Kebersihan Diri

Utamakan kebersihan diri Anda dan keluarga. 

BODY SERIES™ Sabun Antibakteria 3 Dalam 1 (150g)

Formula perapian membersih kulit anda dengan bahan-bahan lembut yang diperoleh daripada jagung dan kelapa tanpa menyebabkan kekeringan.
  • TRIKLOKARBAN, untuk membantu bertindak terhadap kuman.
  • MINYAK BADAM iaitu pelembap kulit semula jadi untuk membantu menjadikan kulit anda lembut dan kenyal.
  • HARUMAN PENYAHBAU yang membantu meminimumkan bau peluh.
  • DASAR PENJIMAT SABUN yang unik di mana anda boleh lekatkan baki sabun. Tiada pembaziran!
  • Rumusan ini mengandungi bahan yang diperolehi daripada lembu yang selamat diguna.

BODY SERIES™ Sabun Tangan Cecair Pekat (250g)

Sedarkah anda bagaimana tangan anda sering bersentuhan dengan permukaan yang tercemar? Tangan yang kotor sering menjadi tempat kuman membiak! Untuk kemudahan dan penjimatan terbaik, dapatkan Sabun Tangan Cecair Pekat! Selain membersih, ia membunuh bakteria dan juga melembap.
  • Formula perapian membersih kulit anda dengan bahan-bahan lembut yang diperoleh daripada jagung dan kelapa tanpa menyebabkan kekeringan.
  • Dapatkan hari ini juga untuk seisi keluarga anda. 

Sabtu, 22 Ogos 2015

Gambar Sekitar Liga Primier 2015

Tahniah Kedah kerana menjuarai Liga Primer Musim 2015 dengan membawa pulang trofi dan wang tunai berjumlah RM 300 000.00

Isnin, 11 Mei 2015

Pulut Inti Ayam vs Gulai Kawah

Semalam sempat hadir majlis bacaan surah Yasin dan Tahlil serta doa selamat di Seksyen 18 Shah Alam. Apa yang menariknya ialah terjumpa sejenis kuih tradisional yang dibalut dengan daun pisang..memang kemas betul cara balutannya.  Kuih pulut inti..biasanya pulut inti ni dibungkus cara 3 segi macam bungkus nasi lemak. Yang ni 4 segi. Sempat juga aku makan semalam.
Lagi satu menu yang 'special'nya ialah gulai kawah. Tengok pun dah teringin nak makan..bila dah makan memang sedap betul...perencahnya dicampur dgn..pisang muda..terung..kacang panjang dan lain lain.  Kalau kat kampung memang senang jumpa buat macam ni tapi kat Shah Alam  memang susah nak dapat. Bila dah jumpa apa lagi..rezeki tak di tolak. 


PULUT INTI AYAM
GULAI KAWAH

































Terima kasih kerana sudi menjemput kami sekeluarga ke majlis Tahlil semalam. Semoga 
Pak Njang sekeluarga dimurahkan rezeki oleh Allah. Ammiiinn....