"Yang
paling kukuh keimanan ialah berkawan kerana Allah, bermusuhan kerana Allah,
cinta kerana Allah dan membenci kerana Allah.
( Hadis Riwayat Tabarani dari Ibnu Abbas r.a)
Mengapakah teruna memilih gadis jelita?
Kata orang, gadis seperti ini menyejukkan serta
menggembirakan hati. Betulkah begitu?
Gadis ltu pada asasnya bererti wanita yang belum
bernikah. Walaupun begitu, perkataan 'gadis' juga digunakan bagi menggambarkan
kesucian seseorang wanita. Wanita yang sudah ternoda sebelum berkahwin digelar
'sudah tiada gadis' atau 'sudah tiada dara'. Umumnya, pengertian pertama iaitu
wanita yang belum bernikah digunakan secara formal sedangkan yang kedua itu
adalah gelaran yang diberikan secara berbisik-bisik.
Alam gadis merupakan alam yang paling manis bagi
seseorang wanita. Semasa inilah seseorang wanita ltu akan mencapai tahap
mekarnya dan keayuannya. Pada masa inilah wanita ltu mula dipanggil 'bergetah'
jika kita hendak meminjam bidalan Soekarno. Bila dipandang, banyak hati lelaki
akan tergoda. Ada gadis yang 'boleh tahan' dan ada gadis yang 'tak boleh
tahan'. Gadis yang 'boleh tahan' biasanya dianggap manis tapi tidaklah jelita.
Yang 'tak boleh tahan' pula adalah gadis yang sungguh cantik menawan. Ramai
lelaki yang tergoda kepada gadis 'tak boleh tahan' ini apatah lagi jika gadis
itu sendiri pandai pula menggoda dan mempermainkan perasaan lelaki.
Tidak dapat dinafikan bahawa lelaki teruna
sememangnya tertarik pada rupa dan bentuk fizikal gadis. Itulah yang menjadi
asas mengapa mereka lebih memberi perhatian. Ada orang berpendapat bahawa gadis
yang cantik lebih beruntung kerana lelaki melayaninya dengan lebih baik, mesra
dan lemah-lembut.
Janganlah sekali-kali seorang lelaki berduaan saja
dengan seorang wanita, melainkan dengan didampingi seorang muhrim.
- Hadis Rasulullah riwayat Bukhari dari Ibnu Abbas
r.a.
Biasanya teruna akan terpikat dan terpesona dengan
kecantikan si gadis dahulu, kemudian barulah si teruna menyelidiki perangai si
gadis. Ini menyebabkan ramai lelaki terperangkap, menyesal atau menderita,
terutamanya bila sudah terlanjur dan tidak boleh berundur lagi sedangkan baru
tahu bahawa si gadis ltu teruk perangainya atau sudah ternoda.
Walaupun 'mata yang belum berisi pengalaman' itu
tertarik pada rupa yang cantik, sebenamya jodoh hati ialah hati juga, bukannya
rupa. Maksudnya pada akhirnya gadis yang hatinya paling suci sesuci hatinyalah
yang dipilih oleh teruna untuk dikahwini.
Berikut adalah petua-petua sekiranya anda ingin
memilih gadis jelita menjadi lsteri anda:
Elakkan
Dari Berkawan Dengannya
Dengan merapati dan berkawan dengan si gadis,
kecantikan hati ini sebenamya sukar untuk dinilai oleh lelaki. Selalunya yang
dilihat semuanya 'baik, sopan dan elok' apatah lagi pada masa itu sang teruna
sedang mahu, dia hanya nampak yang elok. Si gadis pula mungkin hanya
berpura-pura jadi baik dan sopan untuk memikat teruna. Itulah sebabnya ada yang
membidalkan bahawa 'Yang bercahaya tidak semestinya emas' dan 'Yang cantik
tidaklah semestinya permata'. Maka elakkan dari berkawan dengannya untuk
mengelakkan anda dari terpesona dan terpedaya.
Di atas kejelitaan yang tiada tara bergantunganlah
kehancuran yang tiada tara. ( Bidalan ltali).
Lakukan
Risikan Secara Rahsia
Kecantikan hati biasanya boleh dinilai oleh
pengamatan rahsia si teruna bersama keluarga teruna terhadap si gadis. Risikan
rahsia lni adalah untuk mengetahui bagaimanakah tingkahlaku si gadis itu bila
dia berada bersama keluarganya sendiri. Adakah si gadis dari jenis yang suka
berjalan, bergaul bebas, atau suka menolong ibunya memasak, rajin berkemas dan
taat dalam beribadat akan dapat ditentukan dengan lebih jelas. Pihak teruna
juga boleh mengetahui perihal moral si gadis dengan menyelidiki ke manakah si gadis
itu suka pergi di hujung minggu atau di masa lapangnya. Jika dia gemar pergi ke
tempat yang kurang baik, besar kemungkinan dia mempunyai sifat-sifat yang
kurang baik pula.
Kejelitaan
dan kegembiraan tidak akan bersatu lama. -Goethe
Walaupun pada asasnya cara menyelidik begitu, atau
dipanggil 'merisik' ini tidak begitu disukai oleh si gadis sendiri, ia adalah
jalan yang dianggap lebih baik darl cara berkawan dengan si gadis, membawanya
ke mana suka, dan 'menyelidik' dengan bertanya pada gadis itu atau hasil
memperhatikan tingkahlakunya di depan mata.
Cari
Yang Duduk Bersama lbubapa
Sebenarnya alam gadis terdedah kepada pelbagai
gejala yang tidak begitu menyenangkan. Terdapat lebih banyak unsur negatif dari
yang positif di luar rumah, malah, bagi sesetengah keluarga ianya berlaku dalam
rumah sendiri. Si gadis, yang masih dalam peringkat belajar hidup mudah
terpengaruh kepada unsur-unsur negatif yang boleh merosakkan kesuciannya serta
kebaikan perangainya. Ini kerana unsur-unsur negatif biasanya memberikan
keseronokan dan nikmat tetapi kenikmatan ini berakhir sebentar saja disusuli
pula oleh sesalan dan kemuraman mungkin seumur hidup.
Wanita jelita tidak bernasib baik dan teruna yang
bijak tidak cantik. - Bidalan Cina
Cari
Yang Pandai Mengurus Rumahtangga
Pada zaman sekarang, masa remaja si gadis bererti
masa sebagai pelajar sekolah menengah, pra-universiti dan pusat pengajian
tinggi. Bagi gadis-gadis ini, masa untuk mereka belajar menjadi 'wanita' dari
ibu adalah amat terhad, jika ada, praktikannya hanya dalam jangkamasa pendek.
Kesempatan untuk berada di dapur amatlah terhad pada hujung minggu serta semasa
cuti. Akibatnya, semakin ramai gadis yang berorientasikan kerja makan gaji dan
tidak berorientasikan mengurus rumahtangga.
Cari
Yang Hormat Kepada Orang Tua
Selidikilah apakah dia gadis yang tahu menghormati
orang tua. Ini penting kerana dia nanti akan bersua, bertandang ataupun duduk
bersama ibubapa anda. Walau betapa cantik pun dia, jika dia tidak menghormati
ibu dan bapa mertuanya, dia akan menyebabkan anda menjadi serba-salah dalam
menangani kehidupan anda.
Kejelitaan wanita, gema hutan dan pelangi, akan
wujud sebentar saja. - Bidalan Jerman
Cari
Yang Pandai Menjaga Kehormatan
Hal ini juga dapat diperhatikan di kalangan
gadis-gadis yang tidak begitu berjaya dalam pelajaran. Lebih ramai yang suka
bekerja makan gaji dari membantu lbu di rumah atas alasan meringankan beban
keluarga. Bagi gadis yang mudah 'lupa' masa inilah mereka akan jadi rosak.
Mereka akan keluar dengan lelaki tanpa segan silu, mula memakai pakaian yang
ketat dan menjolok mata serta belajar berbagai cara dari rakan sebaya untuk
memikat lelaki. lbubapa yang tidak mengawasi gerak-geri anak gadisnya mungkin
akan menyebabkan gadis itu menjadi gadis murahan.
Cari
Yang Tidak Bebas Dengan Lelaki
Pada zaman dahulu, ada lbubapa yang sengaja tidak
menghantar anak perempuannya ke sekolah. Takut nanti jadi perempuan jahat
akibat dapat bergaul dengan lelaki secara bebas. Bila zaman semakin moden,
pemikiran cara ini dianggap sudah usang. Ramai pula menganggap adalah lebih
baik bagi wanita bersekolah asalkan saja di sekolah dia dilengkapi dengan input
tatasusila dan adat apatah lagi agama.
Wahai si jelita jangan banggakan wajahmu, ianya
hanya tamu yang akan berundang beberapa hari saja.- Bidalan Hindustan
Cari
Yang Didikan Agamanya Cukup
Beredamya zaman perlu mengambilkira faktor
sekeliling si gadis. Jelas pada kita bahawa cara hidup gadis sekarang sudah
jauh berbeza berbanding gadis satu atau dua dekad silam. Namun, dari sudut nalurinya
adalah sama saja. Zaman gadis adalah zaman mencari identiti dan cuba
mengekalkan identiti itu. Jika terdedah dia kepada yang buruk maka buruklah
jadinya. Walaupun begitu, gadis yang mendapat didikan yang baik besar
kemungkinan akan menjadi wanita yang berguna kepada negara dan agama malah
boleh menjadi contoh teladan sama ada kepada wanita mahupun lelaki.
Kadangkala lebih baik wanita buta dari wanita yang
terlalu jelita. - Bidalan Servia
Cari
Yang Berpegang Teguh Pada Suruhan Agama
Ada empat sebab utama mengapa teruna memilih
seseorang gadis, kerana kecantikannya, kerana hartanya, kerana keserasian taraf
dan kerana agama. Yang akan membahagiakan ialah memilih gadis yang beragama.
Dimanakah letaknya nilai gadis yang cantik? Letaknya ialah pada keimanan gadis
itu. Jika dia cantik dan dia pula beriman, berharta dan setaraf pula, maka
dialah yang masuk ke dalam kategori gadis yang 'tak boleh tahan'. Tapi
sedarlah, dia akan memilih lelaki yang baik-baik pula!
Bertunang
Jangan Lama
Bila anda sudah melamarnya, jangan tunggu
lama-lama. Nikahlah dengan segera kerana gadis jelita ramai yang ingin
menggodanya. Elakkan dari membawanya ke sana-sini kerana ini akan menerbitkan
cemburu di hati lelaki yang jahat serta membahayakan keselamatan si gadis.
Petua orang tua-tua, kalau boleh, semasa bertunang perlulah berahsia, semasa
bernikah perlulah dihebahkan agar semua orang tahu.
Katakan kepada wanita bahawa dia jelita, dan
syaitan akan mengulangi kata itu kepadanya sepuluh kali. - Bidalan tali
Kahwini
Dia Ketika Usianya Masih Muda
Hal lni mungkin dianggap satu kontroversi oleh
ramai orang tapi la merupakan kebenaran yang sukar untuk dinafikan. Mengahwini
gadis jelita ketika umumya masih muda remaja dapat membantunya agar selamat
dari godaan dan gangguan lelaki yang tidak bertanggungjawab. Ramai gadis jelita
yang telah rosak kerana merosakkan diri atau dirosakkan. Ibubapa seharusnya
melepaskan anaknya untuk dikahwini lebih awal dan jangan membuat alasan bahawa
anaknya masih belajar atau baru bekerja.
Seorang gadis, sama ada dahulu ataupun sekarang,
layak berkahwin blia dia sudah berumur kira-kira 13 tahun. Ramai orang mungkin
berflkir anda gila mengahwini gadis semuda itu, tapi siapakah sebenarnya yang
gila jika gadis jelita seperti ltu besar kemungkinannya akan ternoda? Cuma,
lbubapa patutlah mempastikan bahawa anak gadis mereka mendapat suami yang baik
serta bertanggungjawab.
Wanita jelita yang kurang bernasib baik akan
berjumpa lebib ramai pencinta berbanding suami.- Bidalan Jerman
Elakkan
Dari Terlalu Cemburu
Memang sudah menjadi adat dunia, gadis yang cantik
jelita memang menjadi idaman teruna, suami orang mahupun duda. Elakkan dari
menaruh perasaan cemburu. Yang penting ialah sejauh manakah anda telah
bertindak untuk memilikinya. Bila si gadis telah menjadi isteri anda, didiklah
dia agar dia menjaga kehormatannya serta taat pada agama.
Layan
Dia Dengan Baik
Walau betapa jelita pun dia, seorang gadis tidak
memandang pada paras rupa anda. Yang penting bila anda berkahwin dengannya
ialah cinta anda kepadanya. Cinta bukan bermakna anda mahu ambil bulan bawa ke
ribanya atau selalu melakukan seks dengannya. Cinta pada wanita ialah memahami
jiwa mereka dan melayani mereka dengan baik. Bila dia sudah cinta pada anda
seluruh jiwa raganya, dia tidak akan mudah tergoda dengan lelaki lain. Dia akan
hanya anggap anda sebagai pengarang jantung dan buah hatinya.
Kejelitaan wanita yang tidak berguna itu ibarat
racun dalam cembul emas.- Bidatan Tamil
Bertanggungjawab
Walau betapa jelita pun dia, seorang gadis mahukan
lelaki yang mampu menjaganya dengan baik, menguruskan kebajikannya serta
memimpinnya menjadi wanita yang baik serta taat pada agama. Lelaki yang mereka
mahukan ialah yang bertanggungjawab terhadap anak-anak serta menghormati pula
ibubapa si gadis.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan