Sabtu, 10 Disember 2011

Wanita Gemuk Tiada Tarikan Seksual?

Sekadar Hiasan

Isteri gemuk punca anda hilang daya tarikan di mata suami? Walaupun ia dilihat sebagai subjektif di mana bukan semua suami beranggapan sedemikian tetapi permasalahan ini tetap menghantui wanita yang menghadapi masalah berat badan. 

Anggapan ini seakan streotaip, lihat wanita gemuk, pasti ada yang berbisik,"malangnya suami". Ini kerana bila susuk tubuh mula hilang bentuknya, suami pula semakin dingin dan sepi bila melihat isteri gemuk. 

Tidak hairanlah kalau ramai wanita hari ini sanggup berbelanja besar ke gym, mengamalkan diet itu dan ini kerana mahu mengikat pandangan suami, kesihatan nombor dua. 

Sebenarnya, bukan hanya suami dingin terhadap isteri gemuk harus dibimbangi, sebaliknya masalah kegemukan ini juga harus diberi perhatian sewajarnya kerana boleh menimbulkan masalah kesihatan. 

Rata-rata suami mengakui perubahan bentuk badan isteri mempengaruhi keinginan mereka untuk hubungan intim. Bila tiada rangsangan menyebabkan tiada keinginan, akhirnya hubungan intim tidak berlaku. 

Mungkin ada yang mengatakan, lelaki terlalu cerewet atau mengada-ngada tetapi harus di fahami bahawa daya tarikan susuk tubuh wanita menjadi salah satu rangsangan seksual yang mampu menimbulkan reaksi seksual. 

Tanpa reaksi secukupnya hubungan seksual tidak mungkin terjalin dengan baik. Seharusnya dalam permasalahan ini, cuba jangan mengaitkannya dengan perbezaan gender, di mana isteri itu dilihat sebagai objek seksual. Masalahnya, daya tarikan fizikal memang merupakan salah satu faktor yang memberi rangsangan seksual, bukan hanya kepada lelaki tetapi juga wanita. 

Bentuk tubuh yang terlalu gemuk atau obesiti tidak kira lelaki mahupun wanita, umumnya dianggap kurang memberi rangsanga seksual. Bila kurang rangsangan, tiada reaksi pada anggota reproduktif dan akhir hubungan intim tidak dapat di lakukan. 

Bagi mengembalikan semula rangsangan seksual, isteri gemuk seharusnya cuba untuk menurunkan berat badan demi keintiman hubungan peribadi suami isteri. Menurunkan berat badan bukan sesuatu mudah, sebagai langkah bijak, berbincang dengan suami bagaimana cara untuk mengurangkan berat badan. 

Perbaiki komunikasi, berbincang dengan suami mengenai rancangan diet anda, minta dia bantu anda memastikan segera rancangan mengikut jadual. Sebaiknya gabungan diet anda melalui pengawalan makanan dan senaman. 

Walaupun mengambil masa untuk kembali langsing, anda harus berusaha, tunjukkan kesungguhan demi mengembalikan semula keintiman hubungan yang telah lama tidak nikmati...

Gemuk atau slimnya seseorang wanita bergantung pada pandangan lelaki atau suami masing-masing.Wallahualam...

Tiada ulasan: